Followers

Friday 6 April 2018

Attitude Reflects Leadership ! Ahli PPBM Perlu Sedar


Keadaan dan suasana begini pastinya mengundang resah dan ketakutan kepada kita kita kerana yang memikul senjata dengan peluru hidup itu adalah seorang remaja atau kanak-kanak di bawah umur. 

Situasi yang berlaku di negara-negara tertentu di dunia dan jika beginilah situasinya sudah tentu ramai yang dah sedia maklum bagaimana lanskap politik negara terbabit.

Tidak ada demokrasi sebaliknya rakyat hidup dalam ketakutan dengan kehadiran militia lengkap dengan senjata automatik yang boleh membunuh sesiapa sahaja berdasarkan pertimbangan akal dan bukannya undang-undang.

Soalnya kenapa remaja dan kanak-kanak ini berbeza hidupnya dengan kalangan mereka yang berada di negara lain ?

Sudah tentu ianya kerana sikap para pimpinan dan orang-orang yang mengaku bijak pandai dalam politik yang telah menyebabkan nasib para remaja dan kanak-kanak itu berada di hujung tanduk.

Perbalahan sesama sendiri atas apa jua alasan sekalipun akhirnya pasti membawa musibah yang bukan sahaja mengundang malapetaka kepada hidup kita tetapi juga kepada negara.

Namun MMI beranggapan bahawa, walaupun hidup para remaja dan kanak-kanak itu sentiasa dimomok dengan maut ianya bukanlah atas kemahuan mereka.

Sama ada paksaan atau sukarela ianya disebabkan oleh seorang manusia yang mengaku sebagai pemimpin !

Pemimpin sebeginilah yang sebenarnya PETUALANG yang mampu membinasakan sesebuah negara.

Hakikatnya sehebat mana pun pemimpin yang memimpin para militia itu, beliau hampir pasti bukanlah pemimpin yang wajar diangkat oleh mana-mana negara mahupun dunia sekalipun.

Beliau hanya boleh bermaharajalela di tanahnya sendiri tanpa sebarang sokongan daripada mana-mana negara dan badan dunia malah dikutuk sebagai antara pemimpin paling durjana.

Kesannya ? Tanah dan negara jajahannya tidak akan ke mana dan sudah pasti RAKYATlah yang menjadi mangsa !

Attitude Reflects Leadership ! 


Kerana itu MMI yakin dan percaya bahawa perkara yang sama sedang berlaku di bumi Malaysia !

Sama ada rakyat sedar atau tidak, keputusan seorang pemimpin bernama Mahathir secara tidak langsung benar-benar menepati apa yang MMI maksudkan SIKAP dan KEPUTUSANnya benar-benar menepati maksud diatas.

Sebab itulah akhirnya PPBM dibubarkan !
Ahli PPBM Gesa Pimpinan Parti Mohon Maaf Secara Terbuka
ALOR SETAR, 6 April – Lebih 30 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menggesa pucuk pimpinan parti membuat permohonan maaf secara terbuka di atas kelemahan mereka sehingga menyebabkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengeluarkan perintah agar parti itu dibubarkan sementara.
Mereka yang terdiri daripada anggota PPBM akar umbi bagi bahagian Pendang, Jerai, Sungai Petani dan Alor Setar turut merasa diperbodohkan apabila masa, wang ringgit dan kerja kuat untuk parti selama ini menjadi sia-sia menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Kami menuntut agar Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Timbalan Presiden PPBM), Setiausaha Agung PPBM, Datuk Shahruddin Md Salleh serta Setiausaha Kerja PPBM, Muhammad Suhaimi Yahya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh ahli parti yang kini telah bergelar bekas ahli PPBM atas kelemahan mereka yang mengakibatkan parti terbubar.
Kita terpaksa menumpang simpati atau menjadi peminta sedekah kepada parti lain, kami amat malu dengan tindakan bodoh pemimpin kami sendiri,” kata anggota akar umbi PPBM bahagian Pendang, Shukor Shamsuddin, yang mewakili anggota parti akar umbi yang lain, dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.
Shukor berkata, anggota PPBM juga tidak boleh menyalahkan RoS kerana jabatan itu telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik, sebaliknya pimpinan parti harus belajar daripada kesilapan besar yang dilakukan mereka sebelum menguruskan sesebuah parti.
“Kami melihat kepimpinan PPBM terutama Tun Mahathir dan yang lain mempunyai pengalaman, tidakkah mereka tahu peraturan-peraturan Akta Pertubuhan. Adakah sebelum ini Persidangan UMNO dibuat tanpa mesyuarat di cawangan-cawangan serta bahagian-bahagian, salah tetap salah dan jangan nak perbodohkan kami untuk kami salahkan RoS pula,” katanya.
Semalam, Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim menerusi sidang medianya mengumumkan perintah pembubaran sementara PPBM mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966.
Perintah itu memperuntukkan PPBM diberi tempoh 30 hari untuk menghantar semua dokumen yang diperlukan RoS dan jika ada rayuan dan ditolak, PPBM akan dibatalkan pendaftarannya.
Surayati dilaporkan berkata PPBM juga tidak boleh menggunakan nama dan logo parti dalam tempoh perintah pembubaran sementara itu serta tidak dibenarkan melaksanakan sebarang aktiviti berkaitan parti.Bernama
Well rasanya tak perlu puak-puak PPBM ni persoal dan desak Mahathir mohon maaf bagai sebab ampa pun lebih kurang macam militia budak-budak tu, dipergunakan untuk keselesaan pemimpin diatas !

Tak sedaq-sedaq lagi ???

MMI

1 comment:

  1. Ya..Allah..!!! Dia boleh bergelak2, brkwn dgn taiko tu..? Dulu dia yg kata org tu rasis la..apa la.. Depa taiko tu nnt rasa aje nak ambik m'sia & nak bodohkan melayu aja...Sedaq la..Ingat la balik..Jgn mudah LUPA..atuk...!!!

    ReplyDelete

Labels