Followers

Tuesday 3 April 2018

Jom Tengok Apa Yang Pembangkang Kata Kerajaan Zalim Buat Untuk Rakyat


Lagi dekat dengan PRU14 lagi banyak tohmahan dilemparkan terhadap kerajaan BN serta seluruh pimpinannya seolah-olah kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Najib Razak ini mengamalkan dasar pentadbiran militia yang akan membunuh sesiapa sahaja yang menentang mereka.

Dakyah sebegini pastinya akan terus diperhebatkan oleh pembangkang dan pimpinan tertinggi mereka sudah pasti akan mengepalai kumpulan-kumpulan ini untuk menunjukkan betapa maksumnya mereka sehingga perlu diangkat sebagai pemimpin gantian untuk menyelamatkan Malaysia.

MMI sedar dan amat memahami bahawa zaman teknologi ini merupakan zaman yang amat perit buat seluruh rakyat Malaysia khususnya dalam menyaring maklumat dan berita yang disebarkan.

Bukan semudah zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri kerana pada ketika itu media sosial belum lagi wujud atau dikuasai sepenuhnya oleh masyarakat di Malaysia.

Bezanya amat ketara sekali kalau dibandingkan dengan zaman pentadbiran Najib Razak !

Sebagai contoh sebelum ini ada dikalangan warga Malaysia yang sanggup mengeluarkan wang simpanan dari akaun Tabung Haji masing-masing hanya kerana termakan dengan hasutan Rafizi sehingga akhirnya hilang kelayakan untuk menunaikan haji.

Rafizi ? Duit dalam simpanan Tabung Hajinya kekal !

Siapa yang zalim sebenarnya ?

Dan kerana tuduhan pembangkang kononnya kerajaan BN ini zalimlah maka kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak hari ini mengekalkan kos bagi menunaikan haji walaupun kerajaan Arab Saudi melaksanaan cukai nilai tambahan (VAT).

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, ia akan ditanggung oleh kerajaan sebagai pemberian subsidi kepada Jemaah haji yang sebelum ini RM300 juta dan kini meningkat kepada RM500 juta.

“Sebenarnya ia tidak memberi impak kepada Jemaah haji kerana bayaran menunaikan haji kekal RM9,980 bagi mereka yang pertama kali ini menunaikan haji, kos haji musim 2018 secara keseluruhan meningkat kepada RM22,450 daripada RM19,055.

“Ia merangkumi makanan dan perkhidmatan yang menjadikan nilai subsidi meningkat daripada RM300 juta kepada RM500 juta,” katanya bagi menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi di dewan Rakyat, Khamis.

Terdahulu Raime meminta kerajaan menyatakan langkah-langkah strategik berikutan kerajaan Arab Saudi telah memperkenalkan cukai VAT sebanyak 5 peratus bermula tahun ini dan apa usaha kerajaan dalam menangani kos keseluruhan subsidi yang ditanggung Tabung Haji.

Dalam menjawab soalan tambahan Raime yang meminta kerajaan menjelaskan adakah kerajaan bercadang untuk mengurangkan jumlah Jemaah haji bagi mengurangkan kos subsidi tersebut, Asyraf berkata ia juga tidak akan berlaku memandangkan jumlah Jemaah haji sehingga kini meningkat mendadak berbanding sebelum ini.

“Kita tidak pernah merasakan kenaikan kos adalah suatu halangan untuk terus beri perkhidmatan kepada Jemaah haji, kuota rasmi yang diumumkan kerajaan masih tidak cukup untuk menampung rakyat Malaysia yang semakin lama semakin ramai mendaftar untuk menunaikan haji.

“Sebab itu kerajaan amat prihatin saban tahun meningkat walaupun hadapi kos yang meningkat, kerajaan tetap mengarahkan supaya Tabung Haji tidak menaikkan kos yang ditanggung yang menjadikan jumlah subsidi hampir RM500 juta,” ujarnya lagi.

Kalau pendirian ini pun dianggap sebagai zalim, MMI tak pastilah dengan pembangkang ? 

Mungkin Firaun agaknya sebab berbalik kepada persoalan apa dasar mesra rakyat yang telah mereka lakukan ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels