Followers

Tuesday 1 May 2018

Apakah Permatang Pauh Masih Milik Keluarga Anwar Selepas PRU14 ??


Ramai yang melihat PRU14 sebagai medan buku bertemu ruas di Permatang Pauh apabila penyandang Wan Azizah dari PKR tidak bertanding sebaliknya menyerahkan kerusi tersebut kepada Nurul Izzah anaknya yang didatangkan dari Lembah Pantai.

Wan Azizah pula berpindah keluar dan bertanding di Pandan !

Dari pengamatan MMI apa yang berlaku ini adalah strategi Wan Azizah sendiri kerana melihat pencabarnya di Permatang Pauh bukanlah calang-calang lawan sebaliknya adalah Datuk Zaidi, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh yang selama ini telah menunaikan tanggungjawabnya terhadap seluruh rakyat Permatang Pauh melebihi Ahli Parlimen sendiri.

Tak perlu MMI perjelaskan satu persatu kerana hampir pasti seluruh pengundi di Permatang Pauh tahu siapa sebenarnya yang bekerja untuk rakyat.

Selain dari itu Wan Azizah juga dikhabarkan punya agenda peribadi apabila membuat keputusan bertanding di Pandan. Semuanya ada kena mengena dengan si peliwat di penjara Sungai Buluh, rasanya ramai yang boleh agak.

Apa pun semua gerak kerja Team Zaidi di Permatang Pauh sejak awal 2013 yang lalu benar-benar memberikan saingat sengit kepada calon PKR Nurul Izzah.

Dilaporkan PKR kini berada dalam keadaan terdesak untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi mereka sejak Pilihan Raya Umum 1999.

Nada kebimba­ngan terserlah apabila ca­lonnya, Nurul Izzah Anwar mengakui pertarungan di kerusi berkenaan kali ini tidak semudah yang disangka selepas meng­ambil kira beberapa faktor.

Katanya, selain bim­­­bang peratusan keluar mengundi yang rendah pada 9 Mei nanti boleh menyebabkan mereka tumbang, faktor kekuatan lawan iaitu Barisan Nasio­nal (BN) dan Pas juga merupakan perkara yang perlu diberi perhatian.

“Sebab itu saya kata PKR tidak boleh ambil mudah. Mereka (BN dan Pas) mempunyai sejarah yang panjang di sini, jadi mereka ada kekuatan jentera. Oleh itu, sejak dua tahun lepas, kita (PKR) mula bekerja kuat di sini,” katanya dalam satu sidang akhbar baru-baru ini.

PKR sebelum ini dianggap kebal di Permatang Pauh apabila BN gagal sebanyak enam kali untuk merampas kerusi berkenaan termasuk dua percubaan pada pilihan raya kecil (PRK) 2008 dan 2015.

Bagaimanapun, pemerhati politik menyifatkan faktor kemenangan PKR di situ adalah kerana sokongan penyokong Pas terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Kerjasama politik mem­ba­bitkan kedua-dua parti terputus pada 2015 selepas Pas mendakwa PKR mengkhianati mereka dalam pelbagai isu. sumber utusan

Hakikatnya ada 2 perkara yang perlu kita fahami ...

1.Kenyataan Nurul adalah strategi low profile PKR untuk mendapat simpati pengundi seperti mana yang pernah dilakukan oleh Wan Azizah yang sering menjaja kisah Anwar walaupun hari ini beliau bersama Mahathir.

2.Kerisauan ini punya logiknya kerana perpisahan PAS dari Pakatan Haprak adalah satu kerugian besar kepada parti-parti yang bersama dalam Pakatan Haprak memandangkan PAS adalah penyumbang undi terbesar kepada Pakatan Haprak dulunya.

Selain daripada itu momentum dan gerak kerja UMNO Permatang Pauh yang sudah menempah nama sebagai bahagian UMNO paling aktif ( dalam perkiraan MMI sendiri) turut menjadikan rentak PKR yang hanya mengejar kedudukan dan kuasa politik semata-mata terencat.

Melihat kepada semua senario diatas adalah sesuatu yang mustahil untuk Nurul Izzah dan PKR sekali lagi mencatat nama di Permatang Pauh !

Jika para pengundi benar-benar memilih berdasarkan kepada gerak kerja dan tanggungjawab maka calon Barisan Nasional P044 Datuk Zaidi Bin Mohd Said adalah calon yang paling layak dipilih mewakili rakyat Permatang Pauh.


Soalnya apa yang pengundi Permatang Pauh mahukan ?

Pembelaan dan kemajuan oleh Datuk Zaidi mewakili Barisan Nasional atau terus menjadi pak turut PKR yang akhirnya mungkin terlupa siapa sebenarnya Ahli Parlimen seperti mana yang berlaku dalam penggal yang lalu.

Pilihan di tangan ANDA !!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels