Followers

Friday, 3 August 2018

BELIA MACAI - BANGKIT atau jadi TONGONG !


Atas apa maksud sekalipun, Menteri Belia & Sukan kerajaan Pakatan Harapan, Syed Saddiq tidak seharusnya mengeluarkan ungkapan MACAI terhadap 3 persatuan belia yang disebut dalam Parlimen !

Perkataan MACAI walaupun tidak terkandung dalam kamus ianya jelas menjurus kepada penghinaan kedudukan serta darjat seseorang atau kumpulan tertentu dan ianya berlaku atas rasa benci dan marah kerana tidak sehaluan.

Malahan kalau kita perhatikan, ungkapan ini menjadi bahan kepada pemain-pemain politik sejak 2013 yang lalu.

Dalam keadaan begitu, kita sedar bahawa tidak sewajarnya ungkapan-ungkapan sebegini dilontarkan oleh seorang Ahli Parlimen yang sedar dan tahu berkenaan peraturan dewan.

Makanya tindakan Syed Saddiq itu bolehlah kita samakan sebagai tindakan budak hingusan dan bodoh yang masih lagi terbawa-bawa dengan dendam politik tetapi cuba untuk menunjukkan kepada rakyat kononnya beliau adalah seorang pemimpin kerajaan yang tegas dan berdedikasi.

Jom kita ajar Syed Saddiq sikit .....

Untuk makluman persatuan-persatuan yang disebut oleh Menteri Belia & Sukan kerajaan Pakatan Harapan itu jauh lebih berintegriti dan faham tentang kedudukan serta gerak kerja mereka.

Malahan kalau kita perhatian banyak program-program yang dijalankan oleh persatuan-persatuan ini menjurus kepada soal membina jatidiri anak muda selain usaha-usaha yang terarah kepada soal kepimpinan dan setia taat mereka sebagai warganegara Malaysia.

Jangan SPIN ! Setia taat itu menjurus kepada hormat kepada Agama, Bangsa dan Negara !

Tidak cukup dengan itu kumpulan ini menjadi barisan paling hadapan mendedahkan golongan belia dengan dunia sebenar dan mempersiapkan mereka untuk mendepani cabaran yang akan ditempuhi.

Sebagai buktinya MMI kongsikan gerak kerja kumpulan yang Syed Saddiq label sebagai MACAI antaranya ;


Sidang DUN Muda GPMS ketengah wibawa anak muda

KUALA TERENGGANU 31 Jan. - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muda Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Terengganu kali kedua hari ini mencipta penanda aras tersendiri dalam mengangkat wibawa pemimpin pelapis negeri dengan kewibawaan yang mereka perlihatkan.

Persidangan itu memberi pendedahan pengalaman berharga kepada golongan muda mengenai perjalanan DUN yang sebenar itu sebagai tempat menggubal perundangan dan dasar pentadbiran  bagi kepentingan negeri dan rakyat.

Yang Dipertua DUN, Datuk Mohd. Zubir Embong berkata, kesemua 32 belia yang berperanan sebagai wakil rakyat mewakili setiap kerusi DUN memperlihatkan ciri ketokohan menerusi cara mereka berdebat dengan penuh adab, hujah yang bernas dan mengemukakan usul di samping mematuhi setiap peraturan.

"Mereka berhujah dengan yakin, bersama fakta-fakta yang tepat, dan ini merupakan satu perkara yang saya cukup kagum, malah saya percaya kalau mereka terus dibimbing,  ini suatu tanda  akan dipenuhi dengan golongan berkualiti tinggi sebagai pemimpin masa depan," katanya. Baca selanjutnya SINI


Belia 4B, PDRM tingkat kerjasama

Gerakan Belia 4B (GB4B) Selangor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Program Banteras Dadah dan Kempen Sayangi Belia bagi tempoh lima tahun yang bermula pada bulan ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, program tersebut bertujuan mewujudkan masyarakat belia yang cemerlang dari segi minda serta peribadi selain tidak terjerumus dalam kegiatan jenayah atau dadah.

“Program yang melibatkan tempoh lima tahun itu adalah komitmen bersama GB4B dengan PDRM yang memberikan lebih banyak penekanan dalam soal pendidikan golongan belia tentang bahayanya jenayah serta najis dadah.

“Menerusi program itu, pihak berkuasa bersama pertubuhan belia akan mengambil pendekat­an mengadakan pertemuan de­ngan lebih kerap dengan golongan muda di negeri ini,” katanya Selanjutnya SINI


Kursus Kepimpinan MiB 300 Zon Utara

Majlis Belia Malaysia melalui Jawatankuasa Latihan dan Kepimpinan Majlis Belia Malaysia telah menganjurkan Kursus Kepimpinan MiB 300 Zon Utara yang dijalankan selama 3 hari bermula pada 8 hingga 10 September 2017 bertempat di Komplek Rakan Muda Baling Kedah. Kursus pada kali ini melibatkan para peserta dari kalangan ahli pertubuhan belia di negeri zon utara iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Lagi gambar klik SINI

Soalan MMI ada Syed Saddiq buat semua tu sebelum ni ?

Gambar sekadar hiasan

MMI juga nak merujuk kepada soal kebebasan bersuara dan hak yang sering dilaung-laungkan oleh Syed Saddiq dan kumpulannya dalam Pakatan Harapan sebelum ini.

Di manakah kebebasan bersuara dan hak itu hari ini ?

Hilang ? 

Bukankah rakyat (golongan belia) seharusnya punya kebebasan ini dan hak untuk membuat keputusan ?

Salahkan para belia jika memilih menjadi penyokong kerajaan BN sebelum ini ?

Ehh jangan lupa Syed, ada ramai para belia yang juga menjadi penyokong Pakatan Harapan, malahan pada PRU ke-14 yang lalu diberitakan bahawa pengundi muda (yang secara tidak langsung adalah golongan belia) telah memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan !

So apa sebenarnya motif kamu melabel para belia sebagai MACAI ?

Bagi MMI ianya adalah satu PENGHINAAN yang disengajakan dan dirancang lebih awal atas alasan kebencian dan dendam politik semata-mata !

Dalam isu yang menyentuh secara langsung kumpulan belia ini, tindakan Syed Saddiq sebenarnya tidak seharusnya diberikan PENGAMPUNAN kerana orang-orang seperti ini hanya indah khabar dari rupa.

Para belia khususnya kumpulan yang dihina sedemikian rupa WAJAR untuk kerahkan seluruh angkatan BELIA untuk BANGKIT SEGERA dan DESAK SYED SADDIQ untuk segera MELETAKKAN JAWATAN atau di PECAT SERTA MERTA !

KEGAGALAN berbuat demikian atau menerima penjelasan kemudian dengan pertemuan stereotaip berjabat tangan tanda isu selesai setelah kumpulan kamu di HINA hanyalah satu kesilapan besar !

Pada MMI jika kamu GAGAL bangkit dan AJAR si CELUPAR itu, maka jelaslah bahawa memang betul apa yang Syed Saddiq kata memang kamu MACAI malah mungkin lebih teruk dari itu !!!!!!!

Jangan jadi tomato sebab tomato tak ada otak dan tak boleh bercakap !

BANGKIT atau jadi TONGONG ? 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels