Followers

Showing posts with label Pelacuran. Show all posts
Showing posts with label Pelacuran. Show all posts

Monday, 5 August 2013

SABAH HOTSpot Perdagangan Manusia & Pelacuran ??


Rasanya kes yang berlaku di Tawau Sabah ni sama berat dengan insiden di Lahad Datu.Jika di Lahad Datu kita perlu menentang pengganas Kiram yang menceroboh sempadan negara , kes di Tawau juga melibatkan pencerobohan sempadan cuma berbeza bentuk dan keadaan.

Isu di Tawau melibatkan pencerobohan manusia yang sukar untuk di kenal pasti dan jauh lebih bahaya kerana ianya melibatkan pemerdagangan manusia dan kegiatan pelacuran.

Wow bahaya beb .. rasanya inilah antara salah satu pintu masuk terbesar ke Malaysia selama ni.

Nunukan, in East Kalimantan, is within visual reach of Tawau, Sabah.

It is a busy transit point for more than just tourist and traders. The island town which borders Tawau is a hotspot for pimps, teen prostitutes and human trafficking.

In October last year a report in Indonesia’s Kompas media revealed that 20% of students in Nunukan had indulged in prostitution at one time or another.

Last week the Nunukan Women Empowerment and Family Planning Agency (BPPKBD) said they had documented nine cases of human trafficking on the island since December last year.

Nunukan is the main transit point to Tawau. The island has nine sub-districts – Krayan, Krayan Selatan, Lumbis, Sembakung, Nunukan, Nunukan Selatan, Sebatik, Sebatik Barat and Sebuku. The later three sub-districts is well known among Tawau natives.

The Indonesian consulate in Sabah is both aware and alert to the situation and have processed several cases of human trafficking involving pimps and victims sending them back to Nunukan.

According to the BPPKBD Nunukan has been in the spotlight for some time as a human trafficking hotspot mostly due to its close proximity with Sabah’s porous border.

Limited surveillance resources on either side is seen as a reason for the perennial illegal trade.

According to Nunukan BPPKBD chief Mardiah: “Our area is a good route for such cases because supervision here is still limited.

“Most of the women are lured here with promises of jobs and good salaries in Malaysia.”

The Jakarta Globe News reported Mardiah as saying that a majority of the victims are from Java – East, West and Central.

“These women are eventually forced to work at nightclubs or similar places,” she said adding that the perpetrators use various modes to transport the victims into Malaysia.

Officially there are ferries commutting between Nunukan and Tawau, which sits on the east coast of Sabah.

There are scheduled trips twice a day and rates are RM65 per head. But unofficially the sea between Nunukan and Tawas is littered with boats for hire.Read More 

Memetik kenyataan di atas "It is a busy transit point for more than just tourist and traders. The island town which borders Tawau is a hotspot for pimps, teen prostitutes and human trafficking" ........ hmmm memang betullah bukan senang nak kenal pasti mereka-mereka yang berselindung di sebalik wajah pelancong dan peniaga-peniaga tu tapi janganlah sampai penguatkuasaan pula yang jadi isu nanti.

MMI

Monday, 1 April 2013

HOT JALANG Kelantan !! Wallawehhh Apa Cita Nii....


Peewiittt tu dia mai lagi !! Kelantan sebuah negeri yang sudah berada di bawah pemerintahan kerajaan negeri pimpinan parti PAS sejak lebih dari 20 tahun lamanya kini semakin berkembang pesat.Perkembangan pesat ini barangkali dengan bantuan dan sokongan kerajaan persekutuan demi kemakmuran bersama dan rakyat jelata.

Hahaha betul ke Kelantan pesat ? Hakikat yang perlu seluruh rakyat termasuk rakyat negeri Kelantan akui adalah walaupun kerajaan persekutuan sentiasa membantu tetapi kerana dasar dan ketidakupayaan kerajaan negeri pimpinan PAS akhirnya rakyat Kelantan sendiri terpaksa berhijrah ke lain-lain negeri bagi mencari rezeki.

Bukankah sebagai sebuah kerajaan negeri yang ditadbir oleh pimpinan parti PAS yang kononnya meletakkan kepentingan Islam itu sebagai perkara paling asas HARUS menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat sendiri ?

Islam apa yang di perjuangkan oleh PAS sekiranya dari segi itu pun tidak dapat di laksanakan ? Sejauh mana kekuatan dari segala sudut yang ada pada rakyat Kelantan sekiranya mereka masih berada di Kelantan ? 

Usah bermimpi di siang hari ! Itulah kenyataan yang paling baik rasanya sesuai diucapkan kepada mana-mana pihak yang masih mengatakan PAS adalah parti yang mampu membela nasib rakyat serta lebih Islam dari Islam yang lainnya.

Dari segi sosialnya seharusnya Kelantan menjadi contoh kepada seluruh Malaysia kerana pemimpin PAS sering kali mendabik dada kononnya pemerintahan dan penguatkuasaan mereka lebih HEBAT dan ISLAMIK dari mana-mana negeri di Malaysia.

Adalah sesuatu yang amat memalukan apabila kita di kejutkan pula dengan berita bagaimana anak-anak gadis Melayu di Kelantan dengan senang hati menjual tubuh badan mereka bagi mendapatkan wang.Paling mengejutkan MMI adalah kenyataan daripada salah seorangnya yang mengatakan sebahagian dari wang tersebut turut di kirim kepada ibu bapa di rumah.Subhanallah...anak-anak Melayu kita !!!

      

Mana yang serambi Mekahnya ?? Ini semua SALAH Nik Aziz , setelah lebih dari 20 tahun berkuasa di Kelantan apa yang Nik Aziz buat ?? PAS dan NIK AZIZ GAGAL !!!!!

MMI.

Thursday, 21 February 2013

PANAZZZZ Video Eksklusif Mama Bosan Penghuni Lorong Gelap


Jika sebelum ini MMI ada mendedahkan tentang kegiatan persundalan yang berlaku di kawasan TKM2 Pulau Pinang dalam entri bertajuk Hot Kawasan Timbalan Ketua Menteri PP Kini Sarang Pelacuran ?!!! banyak pihak yang melahirkan keresahan mereka khususnya tentang bagaimana terbukanya aktiviti tersebut dijalankan.

Dengan kegiatan yang terbuka sebegitu dikhuatiri ianya mampu merosakkan anak-anak muda khususnya di kawasan Seberang Perai Pulau Pinang.Tidak dinafikan dari pemantauan yang dilakukan oleh skuad MMI terdapat juga golongan dewasa yang turut mencari kepuasan malam tanpa mengira had umur termasuklah yang dah tua bangka.

Sehingga entri ini ditulis aktiviti tersebut masih berjalan seperti biasa dan bagi membuktikan ianya sememangnya berlaku skuad MMI telah melakukan Ops Terjah 2 dan kepada ampa semua saksikan sendiri bagaimana rakaman yang dibuat jelas memperlihatkan berlakunya aktiviti perdagangan seks di kawasan tersebut.

Eksklusif untuk ampa semua Mama Bosan Penghuni Lorong Gelap....


Bayangkan dengan RM30 dalam masa 10 minit rasanya ia mampu dibayar oleh sesiapa saja waima golongan muda dan inilah yang membimbangkan kita.

Dalam soal ini sekali lagi MMI mencari jawapan kepada persoalan tentang dimana ADUN kawasan ? Di mana Majlis Agama Islam Pulau Pinang ? Salleh Man buat apa ? Ramasamy kenapa diam ?

Apakah ini yang dikatakan kerajaan berjiwa rakyat ? Dalam Ops Terjah yang dilakukan jelas sekali slogan CAT yang digunakan oleh Guan Eng hanyalah sekadar gula-gula bagi memancing sokongan rakyat tetapi dalam kes ini yang kelihatan hanyalah KUCING-KUCING yang berkeliaran di kaki dan betis penghuni lorong gelap.

Kalau di himpunan BERSIH Unit Sengal PAS boleh hadir dan membuat benteng berdemontrasi mengapa agaknya dalam hal seperti ini Unit Sengal PAS diam membisu seribu bahasa ? Bukankah mereka hari ini bersama kerajaan negeri ?

MMI.

Friday, 15 February 2013

HOT Kawasan Timb. Ketua Menteri PP Kini Sarang Pelacuran ?!!!!

Gambar Hiasan
Kegiatan pelacuran yang kini berkembang umpama cendawan tumbuh selepas hujan di Pulau Mutiara benar-benar berlaku.Jika sebelum ini MMI hanya merujuk kepada laporan dari media-media tempatan kini ianya dilihat sendiri berlaku depan mata.

Gambar-gambar di bawah jelas memperlihatkan seorang pelacur berjalan disekitar kawasan premis yang menyediakan khidmat pelacuran tanpa ada rasa bimbang dengan tindakan pihak berkuasa.Dari tinjauan yang dilakukan oleh skuad MMI pusat pelacuran tersebut beroperasi sekitar jam 9.00 malam sehingga jam 4.00 pagi.

Untuk makluman semua premis dan kegiatan pelacuran ini berada dalam kawasan Chai Leng Park Perai dan tahukah ampa semua siapa yang menjadi ADUN dalam kawasan ini ?

Siapa lagi kalau bukan YB Prof. P. Ramasamy merangkap Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang dan sebagai Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang apakah yang beliau lakukan bagi menangani isu pelacuran yang berkembang pesat dalam kawasan beliau sendiri ?

Berikut antara beberapa gambar yang diambil di lokasi tersebut ,





Kelihatan juga dalam gambar pelanggan sedang tawar menawar harga bagi mendapatkan khidmat pelacur (anak panah) manakala pelacur-pelacur dengan bebas berada di sekitar kawasan premis dan semua itu dilakukan tanpa berselindung.

Apakah kegiatan mereka ini dilindungi oleh pihak-pihak tertentu ? MMI sendiri kurang pasti namun memandangkan ianya dilakukan secara terbuka maka sudah tentu ada yang tidak kena di mana-mana.

Melalui carian di laman google jelas menunjukkan sebelum ini sudah ada operasi yang dilakukan oleh pihak berkuasa Klik Sini di kawasan sekitar namun mengapa ianya masih terus beroperasi malah makin tumbuh ? 

Sebagai sebuah kerajaan (rejim DAPigs) yang selalu melaungkan pentadbiran berjiwa rakyat atau CAT di mana ketegasan mereka dalam membendung kegiatan tidak bermoral ini ? Malah Timbalan Ketua Menteri sendiri berada dalam kawasan tersebut dan MMI mahu bertanya apa yang dibuat oleh Ramasamy selama ini ?

Apa pun MMI mahu mengucapkan syabas dan tahniah kepada parti PAS kerana mereka turut menyumbang kepada apa yang kini sedang berlaku di Pulau Pinang.

MMI.

Sunday, 23 December 2012

Wanita Tempatan Di Rekrut Jadi Pelacur ??

Gambar Sekadar Hiasan
Siapa yang tidak kenal dengan Pulau Pinang.Sebuah negeri disebelah utara peta Malaysia yang mengandungi pelbagai tempat-tempat menarik untuk dilawati.Bahkan Pulau Pinang juga diantara negeri yang menawarkan satu pakej percutian menarik kepada sesiapa saja kerana keunikannya dari pelbagai segi.

Selain dari segala keistimewaan yang terdapat di Pulau Pinang , gejala pelacuran adalah sesuatu yang sedang pesat berkembang dan ianya mengundang resah di kalangan masyarakat khususnya mereka yang beragama Islam.

Terkini satu sindiket pelacuran beroperasi di sekitar Pulau Pinang dipercayai merekrut wanita tempatan untuk dijadikan pekerja seks atau 'teman wanita sementara' kepada pelancong asing dan rakyat tempatan yang berkunjung ke negeri ini.

Kebanyakan gadis tempatan yang direkrut berusia 20-an dan mempunyai pekerjaan termasuk peniaga makanan, pekerja kilang, pengurus jualan langsung, kakitangan firma kewangan dan tidak ketinggalan kakitangan kerajaan.

Mereka dibayar kira-kira RM110 bagi setiap 30 minit perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Bagi ejen yang berjaya membawa pelanggan akan dibayar RM80 iaitu RM50 ditanggung oleh pelanggan, manakala RM30 lagi dibayar oleh rumah urut.

Sindiket itu dikatakan sudah lama beroperasi di rumah urut berlesen di beberapa tempat seperti Jalan Penang dan Lebuh Chulia di sini, bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Sumber memberitahu, sindiket merekrut gadis tempatan itu dilakukan bagi mengelakkan kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa dan juga orang ramai sekiranya mengambil warga asing.

Sebelum ini, sindiket mengambil wanita Filipina, China, Thailand dan Vietnam untuk bekerja tetapi kebanyakan mereka sudah dicekup pihak berkuasa. Sejak itu, sindiket membuat keputusan tidak lagi mahu menggunakan perempuan warga asing.

"Tindakan mengambil warga asing amat berbahaya dalam perniagaan ini dan ia juga menyebabkan senang dikesan pihak berkuasa," katanya kepada Berita Harian.

Difahamkan, ramai gadis tempatan rela melakukan pekerjaan sebagai pekerja seks bagi mendapatkan pendapatan lebih, selain untuk berseronok mengadakan hubungan seks dengan pelanggan yang lazimnya pelancong asing.

"Semua perempuan dari setiap negeri di Malaysia ditawarkan kepada mana-mana pelanggan yang berminat. Malah, hampir semuanya boleh bertutur Bahasa Inggeris dengan baik.

"Sindiket pelacuran ini juga mempunyai kelebihan kerana pekerja seks terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India termasuk perempuan etnik Sabah dan Sarawak," katanya.

Sumber memberitahu, sindiket berkenaan akan mendapatkan perempuan tempatan melalui ejen yang dilantik untuk melakukan tinjauan di kawasan pejabat, kilang dan kawasan tumpuan orang ramai seperti pusat beli-belah dan pusat rekreasi.

Katanya, ejen akan mendekati gadis yang difikirkan berpotensi untuk bekerja dengan sindiket dan akan menawarkan peluang pekerjaan menjadi 'teman wanita sementara'.

Beliau berkata, biasanya, mereka hanya mahu bekerja sementara dan tempoh bekerja ialah pada waktu malam saja.

"Malah, pernah berlaku beberapa gadis tempatan yang datang sendiri mahu berjumpa dengan tauke untuk memohon pekerjaan sebagai 'teman wanita sementara'.

"Gadis yang bekerja dengan sindiket akan diajar mengenai beberapa petua penting untuk menarik perhatian dan mengambil hati pelanggan yang datang mendapatkan perkhidmatan," katanya.Berita Harian.

Jika ampa semua masih ingat baru-baru ini kecoh tentang isu Guan Eng menyalurkan dana yang besar untuk hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang namun sejauh mana dana besar itu dipergunakan sekiranya gejala pelacuran terus-terusan berkembang ? Malah yang tragis adalah mereka begitu berani merekrut wanita tempatan untuk dijadikan sebagai pelacur.

Dimana suara juak-juak pimpinan Islam dalam Pakatan Haprak bagi menangani permasalahan sebegini ? Apakah masih tunduk dan langsung tidak berani bersuara ?

Kalau juak PAS berbangga dengan peruntukan besar kepada hal ehwal agama Islam dari Rejim DAPigs rasanya mereka juga seharusnya berbangga dengan kepesatan industri pelacuran di Pulau Pinang malah lebih dasyat lagi disaat mereka mempunyai kuasa untuk menegur tentang kegiatan pelacuran yang semakin menjadi-jadi ramai wanita tempatan sudah pun terjebak.

Kepada juak-juak penjilat Pakatan Haprak , MMI nak bertanya sebagai sebuah parti yang mempunyai wakil dalam pentadbiran kerajaan negeri , ampa dok buat apa ??

MMI.

Labels