Followers

Thursday, 26 July 2012

Sequel LOTR Kini Kembali - Nantikan "The Hobbit"


Pasti ramai yang sudah tahu berkenaan sebuah filem arahan Peter Jackson berjudul Lord Of The Ring yang telah menggemparkan seluruh dunia dengan penceritaan dan kesan khas yang cukup mengujakan sesiapa yang mengikuti perjalanan filem tersebut.

MMI merupakan antara jutaan peminat yang mengikuti penuh minat filem LOTR ini dan masih menantikan kesinambungannya dengan penuh sabar.

Kini segalanya sudah semakin pasti The Hobbit bakal menjengah pawagam berdekatan anda dalam sedikit masa lagi.

Pasti ramai dikalangan peminat sekuel LOTR ini sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menonton  The Hobbit dan bagi tidak menghampakan anda semua MMI bawakan trailer dan pembikinan The Hobbit sebagai warm up sebelum kita sama-sama menyaksikan filem penuh sedikit masa lagi.




They will coming near you soon - The 12 Dwarves 

Pssstt Lebih baik layan The Hobbit dari dok layan kerenah Mak Janda Abby tu.. 

MMI.

PANAS ! Abby Kecewa Gambar Memey Bercium Mulut Tersebar ..


Semua sedia maklum bahawa Abby Abadi telah pun berpisah dengan Norman Hakim  yang kini telah pun mengahwini Memey.

Kemelut yang melanda pasangan Abby dan Norman semestinya sudah diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia lebih-lebih lagi bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan dunia artis tanah air sehinggalah Memey disahkan sebagai isteri kepada Norman.

Namun MMI bukan mahu menceritakan perihal masalah rumahtangga mereka tetapi berkenaan berita tersebarnya gambar Memey bercium mulut yang kini berada di internet.

Di khabarkan Abby juga melahirkan rasa kurang senang dengan tersebarnya gambar-gambar tersebut.

Sebagai isteri kepada seseorang tindakan Memey membiarkan gambar beliau bercium mulut ini tersebar adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.Malah sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak MMI rasakan tindakan ini amatlah keterlalauan.

Persoalannya sekarang Memey bercium dengan siapa sehinggakan Abby turut melahirkan rasa kurang senang beliau.

Jom kita tengok..

Tu dia !!


Ooo patutlah Abby marah sangat rupa-rupanya yang bercium tu adalah anak-anak Norman sewaktu bersama beliau.Abby tak sepatutnya marah sebab gambar ini jelas memperlihatkan ikatan kekeluargaan yang cukup bahagia sekali.Klik Sini 

Amacam apa komen ampa bila tengok gambar Memey cium mulut kat atas tu ?

Hehe jangan marah aa saja nak usik-usik Abby hehe..

Moral Of The Story : Aku Sayang Keluarga Aku !

MMI.

Labels