Followers

Sunday 30 October 2011

Berita Dari Tasek Gelugor - Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia Peringkat Parlimen Tasek Gelugor



29 Oktober 2011 - Bertempat di Taman Pokok Sena Indah telah berlangsungnya satu program Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia Peringkat Parlimen Tasek Gelugor khusus untuk menghargai peranan kanak-kanak,ibu bapa dan keluarga.Program yang cukup baik ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor dengan kerjasama KRT Taman Pokok Sena Indah Tasek Gelugor.



Hampir 1000 masyarakat sekitar hadir bersama keluarga masing-masing dan ini menjadikan program yang dijalankan cukup meriah.Program yang dirasmikan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Ahli Parlimen Tasek Gelugor ini telah bermula sejak malam 28 Oktober 2011 dengan majlis gotong-royong oleh ahli-ahli KRT Taman Sena Indah bagi menyediakan makanan kepada tetamu dan orang ramai yang akan hadir.

Seawal jam 8.45 pagi 29 Oktober 2011 pelbagai acara telah dilangsungkan terdiri daripada pertandingan mewarna dan acara sukaneka termasuklah pemeriksaan kesihatan percuma.Pendaftaran OKU dan permohonan bantuan KARISMA juga dilakukan oleh Unit Khidmat Penyayang (UKP )



Pelbagai pihak juga turut tampil memberikan sumbangan bagi menjayakan program ini termasuklah daripada KFC yang memberikan sumbangan makanan percuma kepada 500 orang kanak-kanak.Turut serta menjayakan adalah Maestro Swiss Trading Sdn Bhd dengan memberikan minuman VICO secara percuma kepada semua yang hadir.





Ketibaan YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Ahli Parlimen Tasek Gelugor diiringi oleh YB Tuan Hj Shabudin Yahya ADUN Permatang Berangan merangkap Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor bersama dif-dif jemputan disambut dengan begitu meriah sekali oleh masyarakat yang hadir.Ini membuktikan bahawa program kemasyarakatan seperti ini cukup bermakna dan berharga buat seluruh masyarakat Tasek Gelugor di samping penduduk dapat bertemu lebih dekat dengan kepimpinan.




Anak-anak daripada PDK dan PAKK juga turut mengambil bahagian dalam persembahan pentas melibatkan kumpulan tarian dan nyanyian yang cukup menghiburkan.Acara ini membuktikan bahawa anak-anak ini sebenarnya mampu berdikari dengan hasil tunjuk ajar guru-guru yang terlatih.




Majlis yang dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti ucapan aluan oleh En. Zulkifli Ismail Pengarah Kebajikan Negeri Pulau Pinang,Ucapan oleh YB Tuan Hj Shabudin Yahya Adun Permatang Berangan dan ucapan perasmian oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Ahli Parlimen Tasek Gelugor ini turut diserikan dengan penyampaian sumbangan peralatan ICT kepada PDK dan PAKK dalam kawasan disamping menyampaikan hadiah kepada pemenang acara sukaneka dan pertandingan mewarna kanak-kanak yang disampaikan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.







Program yang berakhir jam 1.00 petang ini diakhiri dengan jamuan rakyat berupa hidangan nasi daging kepada semua yang hadir.Orang ramai yang hadir menyatakan cukup gembira dengan program yang dijalankan dan berharap ianya dapat dijadikan acara tahunan. 

Kanak-kanak merupakan permata negara.Oleh yang demikian hargailah anugerah pemberian tuhan ini dengan sebaik-baiknya.Merekalah yang bakal menggantikan kita selepas ini semoga negara kita terus kekal aman dan berjaya.

MMI.

       

No comments:

Post a Comment

Labels