Followers

Wednesday, 16 November 2011

Artis Iblis - Pihak Berwajib Perlu Ambil Tindakan


MMI sebenarnya malas nak bawa cerita berkenaan artis sorang ni.Bukannya apa makin meluat dengan pelbagai kontroversi yang semakin menjadi-jadi.Namun hari ini MMI rasa dah sampai masa untuk sama-sama dengan rakan blogger yang lain mengutarakan isu berkenaan budak ni yang kononnya artis hebat di alaf baru.

Yang membuatkan MMI menarik nafas panjang adalah apabila melihat artikel terbaru yang dikeluarkan oleh GPB berkenaan sorang artis bernama Zarina Anjoulie ni.Bukan saja megah dengan gambar-gambar separuh bogel ni malah kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau ternyata satu kenyataan yang cukup biadap malah menunjukkan keruntuhan moral yang cukup dasyat berlaku dikalangan sebahagian daripada para artis di Malaysia bahkan kepada anak-anak muda zaman sekarang.




Beliau telah mengulas mengenai isu gambar separuh bogelnya dalam majalah FHM Indonesia dengan berkata " Saya bukan nak jual badan,tapi dibayar untuk bekerja.Daripada saya asyik kena kutuk,baik saya kerja dan buat duit." 

Memang haram jadah budak ni manakan tidak kenyataan itu menunjukkan beliau bukan saja tidak menghormati bahkan menganggap seolah-olah berbogel itu sebahagian daripada kerjaya.Lupakah kita apa yang telah beliau lakukan sebelum ini ? Apakah kita mahu melihat Malaysia seolah-olah membenarkan kerjaya seperti ini berleluasa ? 


MMI bimbang dengan gejala keruntuhan moral yang semakin menjadi-jadi ini.Sepatutnya barisan artis yang merupakan ikon kepada anak muda di luar sana menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat tetapi malangnya sekarang ini ianya hanya lebih kepada mencari "glamour" yang merosakkan bukan saja masyarakat bahkan akidah anak-anak muda terutamanya yang berbangsa melayu dan beragama islam.



Lagi berita Klik Sini

MMI tak nafikan bukan semua artis berperangai dan berkelakuan seperti itu namun hakikatnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga.Kerana biadap dan angkuh segelintir artis maka jangan sampai ketikanya dunia artis dianggap sebagai dunia melahirkan syaitan dan iblis.

Gambar ini sebagai contoh Diana Amir masih kelihatan cantik dan anggun walaupun kehadiran beliau di malam anugerah skrin bertudung.



MMI mohon kepada pihak-pihak berwajib untuk mengambil tindakan terhadap mereka terutamanya para artis yang masih berdegil berkaitan tingkah laku dan pemakaian yang dilihat semakin kritikal seolah-olah mereka bukan dari kalangan masyarakat Malaysia apatah lagi dari kalangan bangsa Melayu beragama Islam.

Pihak Kementerian Penerangan juga HARUS mengubal undang-undang atau akta bagi membendung dan menyekat gejala ini daripada terus menular dikalangan masyarakat.

MMI bukan anti sosial tetapi biarlah ianya berpada-pada dan paling penting kita perlu ingat kepada mereka-mereka yang masih kecil hari ini sedang memerhatikan tingkah laku kita.

Kita menjadi contoh dan penentu masa depan Bangsa,Agama dan Negara. 

Sekadar Renungan

MMI.


1 comment:

Labels