PRU 13 merupakan tarikh yang ditunggu - tunggu oleh semua rakyat Malaysia khususnya jentera - jentera parti politik yang bakal meletakkan calon masing-masing.Selain daripada calon , faktor gerak kerja parti dan jentera juga memainkan peranan yang cukup penting.Ini kerana dalam suasana politik hari ini pelbagai maklumat dapat diketahui oleh rakyat hanya dengan menggunakan hujung jari sahaja.Itulah yang berlaku hari ini dengan kepesatan teknologi dunia , Malaysia turut seiring mengikuti perubahan teknologi maklumat ini.
Perkembangan politik sebenarnya ditentukan oleh sejauh mana satu-satu parti atau kerajaan yang dipilih oleh rakyat itu bekerja.Bekerja bukan saja untuk memastikan yang terbaik kepada parti dan kerajaan malah yang paling utama adalah bekerja untuk memastikan rakyat mendapat faedah dan manafaat hasil daripada keupayaan dan keikhlasan parti serta kerajaan itu sendiri.
MMI memfokuskan kepada politik di Parlimen Tasek Gelugor Pulau Pinang.Hari ini seperti yang diketahui umum Tasek Gelugor satu daripada kawasan Parlimen yang telah dimenangi oleh UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya yang lalu diikuti dengan 3 kawasan DUN turut dimenangi oleh calon-calon UMNO dan Barisan Nasional.Sebenarnya ia merupakan pilihan yang cukup tepat dilakukan oleh rakyat Tasek Gelugor kerana semenjak PRU12 yang lalu Tasek Gelugor telah mula berkembang dan rakyatnya sentiasa diberikan perhatian oleh semua kepimpinan terutamanya berkaitan kebajikan.
YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor telah membuka jalan agar Tasek Gelugor dilihat sebagai satu kawasan yang sentiasa menitik beratkan perihal rakyatnya.Dibantu oleh sebuah pasukan yang cukup hebat terdiri daripada YB Tuan Hj Shabudin Yahya selaku ADUN Permatang Berangan merangkap Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor , YB Dato Jasmin Mohamed selaku ADUN Sungai Dua dan juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor ianya dilihat sebagai kekuatan UMNO dan Barisan Nasional yang tidak mampu digugat oleh mana-mana parti politik daripada pihak pembangkang.
Ini cukup jelas dengan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada YB Dato Jahara Hamid ADUN Teluk Air Tawar merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian , Sdr Hasbul Hazani Daud Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian merangkap Pegawai Pusat Khidmat Ahli Parlimen dan Sdri Hafizah Othman Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Pulau Pinang.Semua ini merupakan elemen terpenting dalam usaha memastikan rakyat secara keseluruhannya mendapat manafaat yang terbaik.
Dalam masa yang sama hubungan diantara parti-parti komponen BARISAN NASIONAL seperti MIC,PPP,IPF,GERAKAN dan MCA bersama UMNO dilihat cukup akrab dan meyakinkan.Sikap saling berganding bahu dan kepercayaan yang diberikan sesama parti komponen juga sebenarnya merupakan sebahagian daripada intipati terbaik yang menyebabkan Tasek Gelugor dilihat sebagai salah satu kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional.
Jika dilihat dari sudut program sebenarnya Tasek Gelugor jauh mengatasi kawasan - kawasan yang lain apatah lagi jika dibandingkan dengan gerak kerja daripada pihak pembangkang yang dilihat cukup lemah dalam urusan menjaga kebajikan rakyat di Tasek Gelugor.MMI yakin dan percaya kepimpinan dan sluruh jentera UMNO dan Barisan Nasional Tasek Gelugor sentiasa bekerja untuk memastikan semua masyarakat dan rakyat dalam Tasek Gelugor dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan sempurna.Berilah apa saja laporan berkaitan permasalahan rakyat pasti jentera disemua peringkat akan berusaha memastikan yang terbaik dapat dihulurkan kepada mereka yang memerlukan.
Bukan saja kebajikan malah pembangunan,pendidikan,infastruktur dan semua yang berkaitan rakyat akan sentiasa cuba diselesaikan sebaik mungkin kerana menjadi dasar Barisan Nasional untuk bekerja pada rakyat.Dalam keadaan Pulau Pinang dibawah pentadbiran kerajaan pembangkang , nasib rakyat Tasek Gelugor tetap mendapat perhatian daripada kerajaan persekutuan.Semuanya melalui Ahli Parlimen dan Adun-Adun yang telah diberikan kepercayaan dan amanah oleh rakyat dalam pilihanraya yang lalu.
Inilah bukti bahawa UMNO dan Barisan Nasional sentiasa bekerja untuk rakyat.
Merujuk kepada pihak pembangkang di Tasek Gelugor , Mereka sebenarnya gentar dengan gerak kerja yang sentiasa dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional.Malah baru-baru ini sebuah pondok hentian bas yang telah rosak teruk sehingga membahayakan sesiapa sahaja yang menggunakannya tidak diperbaiki sedangkan sepatutnya menjadi tugas dan amanah kerajaan negeri dan majlis perbandaran.Bayangkanlah sebuah pondok hentian bas yang telah rosak hampir 3 minggu yang lalu sehingga pada artikel ini ditulis masih tidak mendapat perhatian daripada pihak pembangkang.Inikah yang dikatakan kerajaan pembangkang Pulau Pinang telus dan ikhlas dalam membel nasib rakyat ?
MMI bawakan bukti untuk semua.
Sejauh mana pembangkang bekerja ? |
Dimana pemantauan oleh pihak perbandaran ? |
Persoalannya , MMI baru utarakan berkenaan hentian bas dan isu sampah sahaja.Bolehkah pihak pembangkang selesaikan ? Jangan bercakap nak bela nasib rakyat jika perkara sekecil ini pun tak mampu nak dilakukan.Kemana perginya JKKKN ? Mungkin asyik merencana siapa pula nak dibawa ke Tasek Gelugor dalam program ceramah agaknya.
Bukankah pihak pembangkang hari ini merupakan kerajaan yang mentadbir negeri Pulau Pinang ? Yang menghairankan MMI kenapa pihak pembangkang gagal dalam menjaga hal ehwal kebajikan rakyat khusus di Tasek Gelugor.Jawapannya cukup mudah ianya kerana pembangkang sebenarnya tidak berada dalam satu kumpulan atau pasukan yang benar-benar komited dalam usaha membela nasib rakyat.Mereka sebenarnya dilihat lebih kepada faktor untuk berkuasa dan paling menarik adalah timbul perasaan tidak puas hati dan ketidakpercayaan sesetengah pihak kepada pihak yang lain.
Buktinya Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri sejauh manakah beliau membela nasib rakyat terutamanya yang berbangsa Melayu ? Parti PAS dan pemimpinnya sejauh mana mereka ini mampu untuk merubah pemikiran pemimpin DAP laknatullah ini supaya memahami dan faham situasi politik terutamanya melibatkan kawasan-kawasan Melayu ? Sebenarnya mereka gagal dan gagal mereka adalah kerana sentiasa membenarkan diri dan maruah dipergunakan oleh pemimpin-pemimpin DAP terutamanya untuk kepentingan dan perjuangan DAP.
Sampai bila harus menjadi pak turut dan hamba kepada DAP ? Ternyata Pembangkang di Tasek Gelugor lemah dan tidak mampu untuk membela nasib rakyat.
MMI bawakan Perbandingan Hala Tuju PKR dan BN selepas PRU12 yang lalu.
Kepada Pembangkang Teruskanlah Ceramah Kerana Ceramah Mampu Membela Nasib Kamu.
Kepada UMNO dan Barisan Nasional Teruskan Bekerja Kurangkan Kontroversi
Untuk Rakyat Untuk Negara Untuk Bangsa dan Agama.
MMI.
No comments:
Post a Comment