Followers

Saturday 19 November 2011

Kerajaan Tahu Kedudukan NFC - Ikuti Pembongkaran Fitnah Pembangkang


Nama NFC atau National Feedlot Corporation tiba-tiba menjadi begitu popular dalam seminggu dua ini.Heboh seluruh negara memperkatakan berkenaan isu NFC yang dituduh sebagai satu projek yang membazirkan wang rakyat dan paling menarik adalah kaitan isu ini dengan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil yang kononnya terlibat dalam skandal pembelian kondo dan juga pinjaman wang jutaan ringgit kepada Ketua Wanita UMNO Malaysia ini.


Namun Datuk Seri Sharizat telah pun menjawab tuduhan dan serangan yang dilemparkan kepada beliau pada 10 November yang lalu dan MMI bawakan kenyataan daripada beliau.

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata isu berkaitan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dikaitkan dengan anggota keluarganya merupakan satu agenda politik oleh pihak pembangkang.

Shahrizat berkata dakwaan pembangkang bahawa kerajaan telah berbohong mengenai jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada projek NFC melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani adalah tidak benar.

“Serangan ini merupa percubaan dari pihak pembangkang untuk melemahkan semangat saya.“Saya rasa isu NFC ini telahpun dijawab dengan panjang lebar oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar,” katanya.

Pembangkang bukan berminat terhadap isu NFC tetapi menggunakan isu NFC untuk menyerang dirinya selaku Ketua Wanita Umno dan Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Raja’ah:Seni, Idea dan Kreativiti Sulaiman Esa Dari 1950an-2011 di Balai Seni Visual Negara, di sini, Rabu.

“Saya ingin tegaskan, kami (keluarga Shahrizat) bukannya begitu lemah…saya rasa keluarga saya tidak sepatutnya dilemparkan dengan tuduhan sebegini kerana keluarga saya telah bekerja keras, tetapi itu bukan perkara pokoknya.

“Perkara pokoknya ialah Noh Omar dah jawab mengenai isu berkenaan dan saya rasa gembira kerana pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memantau kejayaaan projek itu,” katanya.

Sumber mynewshub.

MMI turut hairan dengan tindakan dan cara pembangkang hari ini yang dilihat begitu terdesak serta rakus dalam menyerang kerajaan dan Barisan Nasional. Fitnah telah pun menjadi sebahagian daripada cara dan tindakan pembangkang yang paling berkesan dalam usaha untuk mewujudkan perasaan benci dikalangan rakyat terhadap kerajaan.

Tetapi pembangkang lupa bahawa kerajaan tahu mengenai kedudukan sebenar Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan tidak akan termakan dengan tuduhan pembangkang kononnya projek tersebut berada dalam keadaan tidak terurus serta gagal mencapai sasaran ditetapkan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan bertindak bersandar fakta dan bukannya berpandu kepada cerita-cerita yang dibawa pembangkang.

Sehubungan itu, katanya, terserah kepada masyarakat untuk menilai sejauh mana kesahihan dakwaan pembangkang kerana pengurusan NFC melalui Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail telah menjawab setiap isu berbangkit dalam projek berkenaan.



"Penjelasan telah diberi secara terperinci dan petugas media juga turut diberi peluang melawat pusat projek tersebut. Kini terserah kepada orang ramai untuk menilai," 

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kerajaan berpuas hati dengan penjelasan Mohamad Salleh berhubung isu NFC.

Dalam penjelasannya, Mohamad Salleh berkata, projek berkenaan berjaya menepati sasaran awal dan menafikan dakwaan pembangkang kononnya ia berada dalam keadaan tidak terurus.

Pada masa yang sama, beliau memberitahu keputusan NFC membeli kondominium di Bangsar menggunakan wang pinjaman projek ternakan lembu juga merupakan satu langkah yang bijak dalam mengukuhkan kewangan syarikat itu.

Sementara itu, ditanya mengenai tindakan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman yang telah memulakan siasatan dalam isu tersebut termasuk kemungkinan wujud elemen pecah amanah, Muhyiddin berkata, perkara itu terserah kepada pihak berkuasa.

"Terserah kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan atau sebagainya. Perkara ini (soal siasatan) saya tidak perlu jawab kerana ia bidang kuasa pihak berkuasa berkenaan," jelasnya.

Inilah tindakan terbaik yang dilakukan oleh kerajaan dalam menangani isu fitnah NFC ini.

Kepada semua Klik Sini untuk mengikuti laporan oleh Generasi Pejuang Bangsa berkenaan penafian 9 tuduhan pembangkang terhadap NFC.

Ternyata pembangkang semakin tertekan dengan kerja buat Kerajaan Barisan Nasional.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels