Followers

Monday 21 November 2011

Pakatan Haprak Makin Tertekan-PM Lancarkan Slogan "BN Pilihan Orang Muda"


Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC petang kelmarin sesak dengan ribuan Pemuda dan Puteri UMNO dalam satu majlis pelancaran slogan "BN Pilihan Orang Muda"  . Seramai 3000 barisan Pemuda dan Puteri dari setiap bahagian seluruh negara berkumpul dalam dewan bersama-sama YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Pengerusi Barisan Nasional sewaktu majlis pelancaran diadakan.

Pelancaran slogan ini membuktikan komitmen UMNO dan Barisan Nasional untuk terus berkhidmat kepada rakyat khususnya kepada orang muda.MMI yang turut bersama cukup teruja dengan sambutan yang diberikan malahan sokongan dan komitmen padu daripada semua pihak pastinya membuatkan siapa saja yang berada dalam majlis tersebut bersemangat untuk terus bekerja bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional terus mendapat kepercayaan rakyat,





Impak daripada gerak kerja yang begitu komited oleh UMNO dan Barisan Nasional puak-puak pakatan haprak juga turut panas punggung.Tak sampai 24 jam YAB Datuk Seri Najib melancarkan slogan BN Pilihan Orang Muda , PAS juga turut melancarkan strategi partinya Klik Sini semuanya atas alasan untuk menuju Putrajaya.

PAS nak menuju Putrajaya sekarang ? Bukankah dulunya PAS pernah berkata akan menjual Putrajaya sekiranya berkuasa ? Adakah Putrajaya dilihat cukup penting sekarang daripada slogan Membangun Bersama Islam ? Atau hanya menjadi budak suruhan kepada cita-cita  DAP dan Anwar Al-Juburi ? Kita tinggalkan PAS dan Pakatan Haprak dengan sikap bodoh sombong mereka.    

Sebelum itu Karnival Kerjaya Pemuda BN edisi terakhir bagi tahun 2011 yang turut mengambil tempat mencatat jumlah kehadiran yang cukup menggalakkan.Lebih dari 400,000 pengunjung hadir menyertai karnival tersebut.Jika dikira daripada jumlah keseluruhan daripada edisi pertama yang bermula Mac lalu sehingga kini Karnival Kerjaya Pemuda BN telah berjaya mancatat kehadiran mencecah sejuta pengunjung.




Inilah sebahagian daripada gerak kerja UMNO dan Barisan Nasional untuk memberikan yang terbaik kepada rakyatnya selain daripada berpolitik.Ini cukup berbeza dengan pihak pembangkang yang saban hari hanya berpolitik selain daripada hanya memberikan perkhidmatan ceramah politik kepada penyokong-penyokongnya.

Disebelah paginya YAB Perdana Menteri telah melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang dihadiri hampir 2000 pengamal media sosial terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh negara.
Konvensyen ini cukup berjaya dan merupakan satu pentas pengiktirafan oleh kerajaan terhadap semua pengamal media sosial di Malaysia yang sentiasa mendokong Gagasan 1Malaysia.

Perdana Menteri , Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata , pengundi yang berusia antara 21 dan 35 tahun merupakan penentu kepada kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang kerana mereka merupakan kumpulan terbesar dalam siri PRU kali ini.



Justeru beliau berkata bagi memastikan faktor calon boleh menang manjadi syarat utama BN maka mereka yang dipilih hendaklah di kalangan yang dapat diterima oleh generasi muda.Sehubungan itu tidaklah salah sekiranya keaktifan mereka dalam menggunakan media sosial bagi tujuan berhubung  dengan rakyat terutamanya pengundi muda dianggap sebagai satu bonus untuk terpilih mewakili BN.Berita penuh Klik Sini

Dr MiM mewakili semua peserta Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia sampaikan  Resolusi kepada YAB PM
Ini merupakan satu pengiktirafan daripada kerajaan terhadap semua pengamal media sosial.MMI mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan Barisan Nasional yang prihatin terhadap semua pengamal media sosial yang mendokong Gagasan 1Malaysia,sesungguhnya usaha kita semua dihargai,kepada semua para Bloggers,Facebookers,Twitters dan lain-lain yang sentiasa bekerja mempertahankan Barisan Nasional SYABAS ANDA SEMUA TERBAIK.


Ayuh kita sama-sama pastikan Barisan Nasional menjadi parti dan kerajaan terbaik buat seluruh rakyat Malaysia.

Terjemahkannya dalam PRU Ke-13 nanti.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels