Followers

Wednesday 23 November 2011

Panas - Rakyat Permatang Pauh Kena Tipu


Puak-puak Pakatan Haprak ni sememangnya penipu.Mereka dilihat sanggup lakukan apa saja untuk memastikan Pakatan Haprak sentiasa menjadi pilihan rakyat.Puak-puak ni pandai berlakon dan paling penting pandai tipu rakyat.

Terbaru di salah sebuah kawasan dalam parlimen Permatang Pauh,rakyat yang mengharapkan sedikit pembelaan daripada puak Pakatan Haprak ternyata telah ditipu bulat-bulat oleh kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Mengikut maklumat terdapat penduduk resah dengan apa yang berlaku terhadap kediaman mereka hanya kerana satu projek yang berdekatan dengan penempatan penduduk dan telah mengajukan permasalahan ini kepada ADUN kawasan.Kemudian tinjauan dilakukan serta mereka berjanji akan menyelesaikan permasalahan tersebut dengan kadar segera.

Lalu satu mesyuarat diadakan melibatkan ADUN kawasan dan kepimpinan termasuk Pejabat Daerah untuk menyelesaikan permasalahan penduduk ini.

Kemudiannya ADUN ini telah menyediakan peruntukan untuk disalurkan kepada penduduk bagi membantu mereka mengurangkan beban namun yang mengejutkan MMI adalah sewaktu dalam mesyuarat seseorang daripada Pejabat Daerah telah menyatakan supaya tidak menyalurkan peruntukan sekarang kerana beliau mahu serahan peruntukan dilakukan pada masa pilihanraya diadakan ini bagi mendapatkan sokongan daripada penduduk yang terlibat.

Kemudiannya keputusan dicapai dan peruntukan tersebut yang telah tersedia disimpan semula.Inilah sikap hipokrit pemimpin-pemimpin Pakatan Haprak yang dilihat begitu gusar dan tak senang duduk apabila UMNO dan Barisan Nasional terus-terusan mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat Malaysia.

Bayangkanlah nasib penduduk yang masih menunggu dan mengharapkan bantuan yang dijanjikan.Sudah tentu mereka akan dimaklumkan berkenaan peruntukan yang sedang diproses pada hal bantuan tersebut telah tersedia tetapi kerana faktor politik pemimpin Pakatan Haprak sanggup menipu rakyat semata-mata untuk dapatkan undi seterusnya menang dalam pilihanraya yang akan datang.


Gambar Hiasan
MMI turut sedih dengan nasib yang menimpa penduduk tersebut hanya kerana politik sempit puak-puak pakatan haprak mereka menjadi mangsanya.

Ternyata puak-puak pakatan haprak tidak telus dan jujur dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.Mereka dilihat lebih mementingkan agenda peribadi,semuanya untuk pastikan rakyat mengundi mereka dalam pilihanraya ke -13 nanti. 

Dimana slogan yang dilaungkan oleh kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng iaitu Cekap,Akauntiliti dan Telus ?



Dalam kes ini ternyata pakatan haprak Pulau Pinang hanya pandai berlakon dan semua yang dilakukan mempunyai agenda untuk terus berkuasa walaupun terpaksa menggadaikan maruah mereka sendiri.

Pakatan Haprak - Politik Di Dahulukan,Kebajikan Rakyat Di Lewatkan.Semuanya untuk kepentingan politik jalang mereka.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels