Followers

Wednesday 23 November 2011

Air Kotor - Selama 20 Tahun Apa Nik Aziz Buat Di Kelantan ?


Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengakui laporan media bahawa air di Kelantan tercemar dengan logam berat serta bakteria E-coli yang boleh menjejas serta membahayakan kesihatan penduduk negeri ini.

Beliau yang juga Pengerusi AirKelantan Sdn Bhd (AKSB) juga mengakui gagal menyekat pembangunan di Hulu Kelantan, terutama di Lojing sehingga menyebabkan pencemaran Sungai Kelantan, sekali gus menjejaskan kualiti bekalan air.

Namun, Nik Aziz tetap menyalahkan media yang didakwa mengambil kesempatan untuk menimbulkan isu berkenaan dengan niat memburukkan Kelantan. 

“Saya akui benda itu (pencemaran) berlaku, namun tidaklah seperti yang dibesarkan (akhbar perdana). Memang di Kelantan ada ‘orang terliur’ semuanya. Tapi kena ingat, selain Sungai Kelantan, sungai di negeri lain kotor juga. Namun begitu, operasi AKSB kini semakin baik dan akan melakukan migrasi (naik taraf) apabila menerima bantuan kewangan nanti,” katanya kepada pemberita, di sini semalam. 

Beliau mengulas laporan akhbar kelmarin mengenai ujian makmal Kementerian Kesihatan terhadap sampel air di Kelantan mendapati ia mengandungi logam berat serta bakteria berbahaya seperti E-coli. 

Laporan Bilangan dan Peratusan E-coli dan Logam Berat Bagi Air terawat dan Air Mentah Mengikut Daerah Negeri Kelantan 2008-2010 itu mengesan E-coli dalam sampel air yang diuji dari 2008 hingga 2010. 

E-coli memberi kesan kepada kesihatan pengguna yang menyebabkan cirit-birit, muntah, demam, najis berdarah serta dehidrasi yang boleh membawa maut. 

Sepanjang tahun lalu, 11 kes pencemaran E-coli direkodkan di Tanah Merah, lapan kes di Jeli dan masing-masing tujuh di Pasir Puteh dan Kuala Krai. Laporan itu mendapati bagi kes bandingan E-coli dalam air mentah pada 2010, Pasir Puteh mencatat peratusan tertinggi iaitu 17.13 peratus, diikuti Gua Musang (16.67 peratus) dan Tanah Merah (11.97 peratus). 

Berhubung kegagalan kerajaan negeri menyekat pembangunan di Hulu Kelantan, terutama di Lojing sehingga menyebabkan pencemaran Sungai Kelantan, Nik Aziz berkata, ia tidak dapat dilakukan kerana negeri ini memerlukan pembangunan. 

“Tidak ada sungai di Malaysia (yang bersih), semuanya keruh serta kotor dan di Kelantan kejadian ini berlaku disebabkan pembangunan di Hulu Kelantan terutama di Lojing, banyak kegiatan berlaku di situ. 

“Walaupun kita membuat kawalan, namun ada saja pengusaha kebun sayur yang melanggar peraturan,” katanya. 

Beliau berkata yang mampu dilakukan oleh kerajaan negeri bagi mengatasi isu itu adalah menasihati mereka selain memanggil serta menegur syarikat yang terbabit dalam kerja pembangunan di kawasan berkenaan. 

Ternyata Nik Aziz hanya pandai mengutuk orang lain sedangkan beliau sendiri sebagai seorang Menteri Besar Kelantan tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin.Kenyataan (yang dihitamkan) di atas jelas menunjukkan seolah-olah Nik Aziz kebingungan.

Beliau turut menyatakan Kelantan memerlukan pembangunan tetapi apakah rasionalnya membandingkan usaha pembangunan dengan pengusaha kebun sayur yang melanggar peraturan.

Ternyata Nik Aziz makin lupa atau pelupa.MMI rasakan dah sampai masanya beliau perlu meletakkan semua jawatannya dan berehatlah secukupnya.Biarlah orang lain pula menggantikan kamu.

Mengata pada orang lain memang mudah tetapi pelaksanaan itu memerlukan komitmen yang jitu.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels