Followers

Tuesday 22 November 2011

Harimau Malaya Mampu Menyatukan Bangsa 1 Malaysia


Semalam satu detik dan waktu yang cukup menyesakkan nafas sesiapa saja yang memberikan fokus kepada perlawanan akhir bolasepak antara Malaysia dan Indonesia.Perlawanan yang memakan masa hingga ke sepakan penalti ini cukup menyeksakan bagi jutaan peminat di Malaysia.

MMI juga tidak ketinggalan dalam menyaksikan perlawanan tersebut.Namun apa yang menariknya perlawanan ini diibaratkan sebagai satu perlawanan mempertahankan maruah negara sebenarnya.Indonesia yang tidak lekang dengan pelbagai cara sentiasa mencari jalan untuk mematahkan semangat juang pasukan Malaysia.

Bomoh pun tak mampu mengekang semangat juang Harimau Malaya

Bermula seawal perlawanan diperingkat kumpulan lagi kita dapat melihat bagaimana pasukan negara kita sentiasa ditekan baik dari segi perlawanan mahupun apa saja asalkan matlamat untuk mematahkan semangat anak-anak muda bimbingan Ong Kim Swee ini luntur.



Namun semangat Malaysia Boleh dan barisan pemain yang boleh diibaratkan sebagai pelengkap kepada Gagasan 1Malaysia cukup bertenaga dan pujian harus kita berikan kepada mereka kerana semangat yang begitu tinggi mampu menenggelamkan hampir 100,000 penyokong-penyokong Indonesia.Inilah semangat yang kita mahukan.

Apa yang menarik dan MMI mahu berkongsi adalah perlawanan tersebut sebenarnya berjaya menghimpunkan sesiapa saja di Malaysia ini untuk sama-sama menyaksikan serta memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan Malaysia.

MMI yang berada di salah satu tempat (nama di rahsiakan) turut menyaksikan perlawanan tersebut bersama-sama dengan mereka-mereka (juga dirahsiakan) yang secara jelas merupakan penyokong parti pembangkang  tetapi atas nama bolasepak,ianya menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia sebenarnya boleh bersatu atas nama Malaysia. 

Bukan saja sama-sama menyaksikan perlawanan akhir tersebut malah mereka-mereka yang sebelum ini jarang bertegur sapa kerana perbezaan fahaman politik boleh duduk bersama,minum bersama,berborak bersama apatah lagi menyokong pasukan yang sama seolah-olah semuanya berdiri atas nama 1Malaysia.

Cukup menarik pengalaman yang di lalui dan ianya membuatkan MMI cukup tersentuh dan percaya bahawa selama ini hanya kerana berbeza fahaman politik kita menyekat laluan perhubungan yang sepatutnya dibuka seluas-luasnya atas nama kita rakyat Malaysia.

Apa pun MMI percaya setiap dari kita sebenarnya tersimpan dalam hati bahawa kita sama-sama cintakan negara kita.

Ayuh semua marilah kita bersatu atas nama Malaysia.Marilah kita bersatu atas nama Bangsa,Marilah kita bersatu atas nama Agama kerana bukan orang lain hanya kita yang mampu memberikan yang terbaik untuk Agama,Bangsa dan Negara.

Tahniah dan Syabas kepada pasukan bolasepak Malaysia di atas kejayaan merangkul kejuaraan dalam Sukan Sea 2011 semoga kejayaan ini akan terus memberikan suntikan semangat buat kamu dalam meneruskan misi negara.

MMI bawakan saat-saat yang menggegarkan jantung penyokong-penyokong Malaysia.


Kepada semua ayuh kita berikan sokongan agar Malaysia terus mencatat kejayaan.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels