UMNO semakin hari dilihat semakin agresif dengan gerak kerja yang disusun baik di peringkat bahagian-bahagian mahupun peringkat negeri.Ini membuktikan kesungguhan seluruh pimpinan UMNO dalam negeri Pulau Pinang untuk memastikan pada pilihanraya ke 13 nanti UMNO mampu menyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional seterusnya merampas kembali Pulau Pinang dari tangan Pakatan Rakyat.
Gerak kerja yang diatur disemua peringkat kadang-kadang membuatkan MMI turut keletihan kerana pelbagai program disusun semuanya untuk memastikan seluruh jentera UMNO disiap sediakan bagi menghadapi pilihanraya.
Selain daripada faktor persediaan,UMNO juga dilihat semakin rancak turun ke padang mendekati rakyat melalui program-program "walkAbout" yang sentiasa di atur bagi memastikan semua peringkat rakyat dapat bertemu dan meluahkan permasalahan dan pandangan masing-masing.
Usaha ini sebenarnya merupakan usaha berterusan UMNO dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat walaupun UMNO dan Barisan Nasional merupakan pembangkang di Pulau Pinang namun segala gerak kerja yang dilakukan adalah semata-mata untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberikan keutamaan.
Hari ini bertempat di Sunway Convention Centre Seberang Jaya satu Majlis Taklimat Bajet 2012 telah diadakan anjuran Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.
Majlis yang dimulakan dengan ucapan oleh Datuk Zainal Abidin Osman selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang ini cukup bertepatan dengan waktu dan masanya kerana dalam keadaan semua pihak bersiap sedia bagi menghadapi pilihanraya taklimat berkenaan bajet 2012 yang diatur cukup memberikan satu penerangan yang menyeluruh kepada semua jentera UMNO dalam negeri Pulau Pinang yang turut hadir bersama.
Datuk Zainal dalam ucapannya turut berkata " Keikhlasan kita apabila memikul amanah amatlah penting dalam usaha berterusan bagi memastikan kemenangan dalam pilihanraya nanti.Pastikan semua jentera di semua peringkat bersiap sedia kerana tanggungjawab ini adalah tanggungjawab kita bersama."
Beliau dilihat begitu bersungguh-sungguh dalam usaha menawan Pulau Pinang dalam pilihanraya ke 13 nanti.
Seterusnya YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengambil tempat sebagai penceramah pertama bagi mengupas perkara berkenaan bajet 2012.Sentuhan dan penerangan oleh YB Tan Sri cukup menyedarkan ramai yang hadir bahawa kerajaan Barisan Nasional sentiasa komited dan hanya membuat janji kepada perkara-perkara yang dirasakan mampu dilaksanakan.Selain daripada itu beliau turut menyentuh berkenaan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu turut menjadi faktor terpenting dalam kerajaan merencanakan bajet 2012 kerana kerajaan Barisan Nasional tidak mahu dilihat sebagai sebuah kerajaan penipu yang hanya tahu membuat janji tetapi dari segi pelaksanaannya tidak mampu dilaksanakan.
Faktor kemiskinan dan kebajikan rakyat juga merupakan perkara terpenting kepada kerajaan Barisan Nasional dalam memastikan hanya yang terbaik dapat disalurkan kepada rakyatnya.Pemberian bantuan khas RM100 juga turut disentuh oleh YB Tan Sri "pemberian ini merupakan pemberian daripada sebuah kerajaan yang sentiasa meletakkan keutamaan kepada rakyatnya dan gunakanlah pemberian ini dengan sebaik-baiknya."
" Dasar Transformasi Nasional digubal untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju,yang bangsanya dihormati dan disegani di mata dunia.Transformasi negara ini adalah perjuangan yang besar erti kepada rakyat dan negara yang perlu dipikul serta dijayakan bersama.Belanjawan 2012 merupakan satu belanjawan transformasi yang akan menyumbang dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.Semua ini menggambarkan hasrat tinggi kerajaan dalam memenuhi jangkaan dan harapan semua rakyat."katanya.
Kemudian majlis disambung dengan penceramah kedua Dato Ab Rauf Yusof Setiausaha Kerja UMNO Pusat.Beliau telah memperlengkapkan keseluruhan program yang diatur dengan ceramah penerangan yang begitu mantap.
"Pastikan kita rapatkan saf,kita pastikan UMNO dan Barisan Nasional terus dipertahankan.Kerana hanya UMNO dan Barisan Nasional sahajalah yang mampu membela nasib rakyat." katanya sambil diberikan tepukan yang gemuruh oleh semua yang hadir.
MMI yakin dengan gerak kerja sebegini pastinya UMNO dan Barisan Nasional mampu menang dalam PRU ke 13 nanti.
Pakatan Haprak dilihat semakin cemas.Mereka hilang arah dan paling menarik mereka bakal menerima kesan dari kerja buat yang selama ini banyak memfitnah dan berjanji dari bekerja.
Sampai masanya kita nyahkan Lim Guan Eng dari Pulau Pinang.
Ayuh semua jalankan tanggungjawab masing-masing.
MMI.
No comments:
Post a Comment