Followers

Thursday, 10 November 2011

Rakyat Pulau Pinang Rugi Kerajaan DAP Kuat Menipu


Kerajaan DAP Pulau Pinang sememangnya hanya pandai bercakap dari bekerja.Kerana terlalu banyak berpolitik maka keja-kerja yang sepatutnya dibuat untuk rakyat telah diketepikan.Hari ini sebahagian daripada rakyat Pulau Pinang yang membuta tuli menyokong DAP hanya kerana rakan dalam Pakatan Haprak turut menerima tempiasnya.DAP dilihat cukup bijak menipu rakyat Pulau Pinang khususnya orang Melayu hanya dengan pemberian wang ringgit.Tetapi rakyat Pulau Pinang lupa bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang ini tidak pernah menyediakan hatta sebuah rumah sekalipun untuk golongan rakyat berpendapatan rendah.


Bayangkan setelah 3 tahun DAP memerintah Pulau Pinang tidak ada satu pun unit rumah kos rendah dibina oleh kerajaan negeri.Ini sebenarnya bukti bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang gagal dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat apatah lagi dengan slogan C.A.T yang dilaung-laungkan.



MMI turut sedih melihat beberapa kerat orang-orang Melayu begitu menyanjungi Lim Guan Eng yang kononnya Khalifah Umar Abdul Aziz . Sebagai seorang Islam MMI merasakan jauh api dari panggang jika disamakan kepimpinan Lim Guan Eng  dengan Khalifah Umar Abdul Aziz.

Lupakah kita kepada janji DAP sekiranya mereka menang dalam PRU 12 yang lalu ?



Terbaru Gerakan menyangkal dakwaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang telah menyediakan 3,421 buah rumah mampu milik sejak mentadbir negeri ini, sebaliknya parti itu mendakwa ia adalah projek di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.
Pengerusi Biro Perumahan Gerakan negeri, Quah Kooi Heong berkata, Guan Eng tidak sepatutnya mengaku projek rumah-rumah itu dibina oleh kerajaan negeri pimpinannya.

"Dia (Guan Eng) sepatutnya beritahu rakyat Pulau Pinang rumah-rumah berkenaan adalah projek kerajaan BN,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, Guan Eng hanya menumpang kerja yang telah dijalankan oleh kerajaan negeri pimpinan BN dahulu dan kerajaan negeri sekarang tidak mempunyai projek rumah kos rendah.

Kooi Heong berkata, Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga menyatakan kerajaan negeri sekarang tidak membina rumah kos sederhana rendah sejak tahun 2008.

Ternyata Lim Guan Eng dan DAP menipu rakyat.

Mungkin selama ini orang Melayu terlalu sibuk melihat akan kepincangan yang berlaku dalam UMNO dan Barisan Nasional.Maka kerana itulah mereka turut bertindak memenangkan DAP di Pulau Pinang tanpa memikirkan masa depan anak-anak mereka selepas ini.

MMI bukan bermaksud bahawa UMNO dan Barisan Nasional itu maksum namun biarlah jika terdapat kepincangan kita sama-sama suarakan melalui saluran yang ada supaya setiap kepincangan itu mampu kita atasi.Sekurang-kurangnya kita tidak mengkianati sesama kita.

Hari ini kerana tindakan yang melulu semua rakyat Pulau Pinang khususnya orang-orang Melayu menerima kesannya.Bayangkan jika ini berterusan apakah yang akan berlaku pada satu masa nanti tatkala kita telah pun pergi mengadap Allah swt ? Apa yang mampu kita tinggalkan kepada anak bangsa kita ?

Bimbang jika satu hari nanti anak cucu kencing di tanah kubur kita kerana marah dan kecewa dengan perbuatan kita sewaktu kita masih berupaya untuk memperbetulkannya.


Adakah memadai dengan kita melaungkan perkataan "Takkan Melayu Hilang DiDunia " jika usaha dan tindakan untuk memastikan bangsa kita terus terbela tidak dilakukan.Cukupkah jika yang tinggal hanya Melayu tetapi Melayu itu Melayu yang tak punya maruah , harga diri , harta dan kuasa?

Fikir-fikirkanlah.


MMI.    


1 comment:

  1. Salam sejahtera, mohon dilink blog KL BOYZ disini. Blog MMI telah dilink di blog KL BOYZ.
    Terima Kasih..http://klboyzwangsa.blogspot.com/

    ReplyDelete

Labels