Followers

Wednesday 30 November 2011

Sekitar Perhimpunan Agung UMNO 2011 (Hari Pertama)


Perhimpunan Agung UMNO 2011 memulakan tirainya hari ini.Ribuan perwakilan pemuda dan puteri mula mendaftarkan nama masing-masing.PWTC mula sesak dengan para perwakilan dan pengunjung.

MMI yang membuat tinjauan sekitar Perhimpunan Agung UMNO 2011 ini cukup teruja apatah lagi seawal jam 08.00 pagi petugas-petugas sudah mula membuat persiapan masing-masing.Ini bagi memudahkan segala urusan dan jadual program berjalan dengan baik.

Para perwakilan pemuda,wanita dan puteri UMNO termasuk pengunjung yang mula membanjiri PWTC sejak awal pagi.






Kaunter-kaunter pendaftaran para perwakilan juga dibuka sekitar jam 9.30 pagi melibatkan kaunter pemuda,wanita dan juga puteri.Para perwakilan dilihat begitu ceria sewaktu bergilir-gilir mendaftarkan diri selain daripada bertemu rakan-rakan dari seluruh negara.Cukup muhibah dan akrab sekali barisan Hulubalang,Srikandi dan Permata UMNO ini.

Syabas MMI ucapkan kepada urusetia pendaftaran kerana berjaya menjalankan urusan pendaftaran dengan baik sekali.Senyuman sentiasa bermain dibibir petugas membuatkan para perwakilan yang terpaksa berbaris panjang tidak sedikit pun mengeluh.Semangat UMNO.




Selain dari itu pelbagai acara menarik turut disediakan kepada pengunjung dan perwakilan yang hadir.Gerai jualan jangan cakaplah macam-macam ada.Kepada makcik-makcik dan mereka-mereka yang masih belum sampai ke PWTC atau masih mencongak-congak untuk hadir MMI bawakan khusus untuk semua persiapan dan gerai-gerai jualan yang sedang rancak dipersiapkan dan ada yang telah memulakan perniagaan.



Hebat..Tunggu apa lagi mai jangan tak mai.Selain daripada gerai-gerai jualan turut disediakan adalah pameran motor yang menarik hati sesiapa saja yang hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2011 kali ini.Khusus untuk yang meminati motor-motor ni.




Memang menarik selain daripada semua yang diatas bertempat di Tanjong Lounge Riverside PWTC juga telah berlangsungnya pertandingan akhir Pidato Politik Piala Perdana Menteri.Seramai 12 peserta telah berjaya melayakkan diri kepertandingan akhir ini dan YB Khairy Jamaluddin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia turut turun padang sebagai juri pertandingan.Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri anjuran Pemuda Barisan Nasional ini telah menjelajah keseluruh negara dalam sesi peringkat zon.Klik Sini  

Pertandingan ini dimenangi oleh peserta dari Johor Mohd Syamsul Salleh 25 tahun dan beliau berjaya membawa pulang piala iringan beserta wang tunai Rm5000.00.Sepanjang pertandingan berlangsung Tanjong Lounge Riverside penuh sesak dengan penonton dan sambutan yang diberikan amat menggalakkan.Tahniah kepada Pemuda Barisan Nasional.



Setelah berakhirnya pertandingan pidato tersebut semua perwakilan pemuda UMNO di jemput ke Dewan Tun Razak 1 PWTC bagi majlis ramah mesra dan jamuan makan tengahari yang merupakan sebahagian daripada acara tahunan pemuda UMNO Malaysia meraikan semua perwakilan dari seluruh negara yang hadir ke Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Artis kumpulan NICO sedang membuat persembahan
Sempena dengan majlis jamuan makan ini semua perwakilan dihiburkan dengan satu persembahan BN Youth Music terdiri daripada barisan artis kumpulan NICO,Adam AF dan banyak lagi.Ini merupakan sebahagian daripada usaha atau kaedah Pemuda UMNO dan BN untuk mendekati golongan muda dari pelbagai lapisan dan minat yang berbeza.





Bagi MMI program dan jadual hari pertama ini cukup padat namun ianya dapat memberikan satu pengalaman berguna buat semua perwakilan yang hadir.Kepada Pemuda UMNO teruskan kerja buat kamu yang cukup baik ini.Persetankan apa saja tohmahan orang-orang yang dengki kerana ianya tidak membawa kita ke mana.

Ayuh bangun kita pertahankan Barisan Nasional.

P/S Sampai sini dulu,kaki sakit jalan banyak sangat tadi.Apa pun MMI nak tidur sebentar.Arios.    

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels