Followers

Saturday 10 December 2011

Agenda Melayu - Persidangan Agung GPMS Kebangsaan 2011 Bermula Hari Ini


9 Disember 2011 MMI minggu ini sekali lagi ke Kuala Lumpur bagi mengikuti Persidangan Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang dijalankan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak. Seramai 400 orang perwakilan dari seluruh negara hadir bagi sama-sama menjayakan persidangan tahunan kali ini.Tepat jam 3-00 petang semua perwakilan mula mendaftarkan diri masing-masing di British Malaysian Institute (BMI) yang bersebelahan dengan UIA dan BMI dijadikan perkampungan buat semua perwakilan pada tahun ini.



Seterusnya perjalanan program telah dimulakan pada jam 9.00 malam dengan Sidang 1 mengambil tempat disusuli dengan ucapan dasar Presiden GPMS Sdr Jais Abdul Karim.Semua perwakilan dilihat begitu bersemangat mengikuti perjalanan sidang seterusnya mengamati ucapan dasar Presiden yang dilihat cukup bertenaga dan penuh dengan mesej-mesej penuh semangat bilamana Presiden melalui ucapanya mahukan GPMS dilihat sebagai sebuah NGO yang mampu meberikan sumbangan kepada anak bangsa dan seterusnya membela nasib Bangsa,Agama dan Negara.

MMI yang turut mengikuti ucapan tersebut melihat bahawa GPMS sebagai sebuah pertubuhan belia sebenarnya sentiasa bekerja dan menjalankan aktiviti untuk memastikan nasib para pelajar anak bangsa Melayu terus diperkuatkan dengan menjadikan pendidikan sebagai senjata utama kepada orang Melayu.

Ini sejajar dengan prinsip 4 SEDAR yang sentiasa menjadi ikrar dan panduan kepada semua ahli-ahlinya dalam menjalankan setiap aktiviti dan program disemua kawasan diseluruh negara.


Dalam ucapan Dasar Presiden oleh Sdr Jais Abdul Karim malam tadi beliau turut menyentuh bahawa peri pentingnya gerak kerja berpasukan terus dipupuk.Ianya dilihat sebagai satu mekanisma terbaik dalam usaha GPMS untuk terus melihat barisan anak muda Melayu dilahirkan sebagai seorang ilmuan yang perkasa.

MMI bawakan sedutan daripada ucapan dasar Presiden GPMS malam tadi.






Ucapan yang penuh semangat daripada Sdr Jais Abdul Karim.MMI turut memuji tindakan yang dilakukan oleh GPMS apabila secara terbuka dan penuh keikhlasan menzahirkan rasa berterima kasih mereka terhadap keprihatinan kerajaan Malaysia melalui YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan dan dokongan terhadap setiap program yang disusun oleh pihak GPMS.

Bagi MMI ini merupakan pentas terbaik para belia untuk sama-sama bekerja dengan kerajaan dalam usaha kita memastikan negara maju seiring dengan kekuatan anak bangsa dalam bidang pendidikan.Mungkin ada pihak-pihak tertentu diluar sana yang kurang senang apabila melihat GPMS seolah-olah sebuah pertubuhan yang pro kepada UMNO dan Barisan Nasional namun hakikatnya inilah anak bangsa para belia yang berwawasan dan komited dalam menjalankan segala gerak kerja mereka untuk sama-sama melihat bangsa Melayu juga mendapat tempat dan mampu menyaingi bangsa-bangsa lain melalui ilmu pendidikan dan ianya satu pertandingn yang cukup sihat tanpa kita memperkecilkan keupayaan bangsa-bangsa lain di Malaysia.

GPMS malam ini telah membuktikan bahawa mereka tidak rela untuk melihat Negara,Bangsa dan Agama terus diperkotak-katikkan oleh segelintir manusia dan kumpulan lain diluar sana terutamanya melibatkan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu dan dalam masa yang sama tidak akan sesekali meragut hak-hak bangsa lain di Malaysia.

Mereka juga turut memperlihatkan kematangan berpersatuan apabila turut berterima kasih kepada golongan para guru yang sentiasa menjadi nadi kepada kekuataan anak-anak Melayu.





Ucapan Presiden ditangguhkan tepat jam 12;00 malam tadi.Seluruh perwakilan yang hadir dilihat puas kerana mendapat tempat dan ruang yang membolehkan mereka untuk kembali segar sebagai seorang aktivis atau ahli GPMS.

Para perwakilan yang ditemui turut melahirkan rasa banggsa dan teruja dengan kata-kata suntikan oleh Presiden GPMS Kebangsaan untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada anak-anak Melayu.

MMI bawakan satu kenyataan oleh salah seorang perwakilan yang turut hadir ke Persidangan Agung GPMS kali ini berkenaan ucapan Presiden.

Sdr Ahmad Yakqub Nazri perwakilan daripada Pulau Pinang

Cukup meyakinkan,Bukti anak muda mampu menajdi tulang belakang kepada UMNO dan Barisan Nasional.Menjadi harapan MMI dan seluruh perwakilan agar segala perancangan yang diperkatakan dapat direalisasikan dengan baik agar anak bangsa kita terus terbela.

Terima Kasih semua,bersambung besok hari.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels