Melihat gambar di atas mengingatkan kita kepada apa yang berlaku sewaktu pilihanraya kampus di UPM yang lalu.Kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara maka tindakan mengugut dan tindakan keterlaluan dihalalkan.Paling menarik dihalalkan oleh siapa kalau bukan para mahasiswa yang sekarang ini mendabik dada kononnya merekalah yang paling hebat dalam dunia.
Masihkan kita ingat budak berbaju kuning tu beliau turut berada dan terlibat dalam insiden di UPM yang lalu apabila tindakan merosakkan harta benda dan melukakan orang lain berlaku hanya kerana mempertikaikan keputusan pengundian.Budak berbaju kuning itu jugalah yang hari ini bersama-sama Adam Adli dalam insiden menurunkan bendera Najib dan mengeluarkan kenyataan untuk tidak sesekali memohon maaf terhadap Perdana Menteri.
Rupa-rupanya budaya vandalisme telah lama menjadi stail dan cara mereka dalam apa yang mereka panggil hak kebebasan.Jadi tak mustahillah dengan apa yang berlaku hari ini rupanya orang yang sama dan pendokong kepada puak-puak dan cara Pakatan Haram bekerja.
Memetik kata-kata Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah,Saya tegaskan di sini, walaupun pahit. Saya akan memilih atau lebih mempercayai saudara yang tidak sebangsa, tetapi seagama daripada saudara sebangsa, tetapi tidak seagama, walaupun mungkin orang yang dekat dengan saya termasuk adik beradik, sepupu dan ipar duai. Saya rela dipandang hina. Mereka boleh berkata apa sekalipun. Saya telah nekad dan saya tahu apa yang saya lakukan. Bukan kerana pengaruh Umno atau diupah oleh Umno. Tanpa Umno pun saya akan terus menulis mempertahankan kepentingan saudara seagama, meskipun tidak sebangsa.Klik Sini Untuk Seterusnya.
Itulah hebatnya Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah apabila beliau sanggup untuk meninggalkan bangsa sendiri semata-mata untuk terus mempertahankan kepentingan saudara seagama.Alangkah hebatnya kita hari ini sekiranya semua umat Melayu di Malaysia dapat berfikiran seperti mana Ridhuan Tee.MMI kagum dengan beliau kerana begitu sayangkan bangsa Melayu kerana beliau tahu mempertahankan bangsa Melayu bererti mempertahankan agama Islam.Jika ada kepincangan pun apabila bersatu dan bersama insyallah kepincangan dapat diatasi.
MMI nak bawakan satu klip untuk kita semua lihat dan perhalusi,Berkenaan kematian Kim Jong Il seorang pemimpin Korea Utara yang berfahaman komunis dan semestinya bukan bangsa Melayu dan beragama Islam.Lihat bagaimana rakyatnya meratapi pemergian pemimpin mereka walaupun kita tahu kehidupan rakyat Korea Utara tidaklah sebebas dan sehebat rakyat Korea Selatan dan negara-negara lain termasuk Malaysia.
Walaupun cara,agama dan budaya mereka jauh berlainan dengan kita namun yang MMI mahu berkongsi adalah sikap mereka sebagai rakyat yang begitu sayangkan pemimpinnya.Mereka menangisi pemergian pemimpin dengan rasa sedih sebagai seorang rakyat.
Tetapi di negara kita Malaysia yang jauh lebih baik dari mereka di Korea Utara sikap menghormati kepimpinan negara tidak langsung disematkan dihati khususnya puak-puak mahasiswa biadap yang tidak mahu memohon maaf terhadap YAB Perdana Menteri mengenai insiden di PWTC dalam demo yang dijalankan.Malah turut memberi kata dua kepada YAB Perdana Menteri untuk membawa politik jalanan bagi mendapatkan apa yang mereka panggil sebagai hak.
Apakah anak-anak muda ini sudah begitu hebat dan bijak dalam segala hal khususnya menjadi pemimpin yang perlu menjaga keluarga serta rakyat keseluruhannya.Mungkin mereka lahir dikala beras tidak lagi perlu di banting ditengah sawah,mereka lahir dikala perigi tidak lagi perlu digali untuk mencari setitik air,mereka lahir di kala ikan tidak lagi perlu ditangkap dan mungkin mereka lahir sebagai anak muda yang telah disediakan segalanya oleh generasi sebelum mereka.
MMI kesal dengan apa yang telah berlaku.Ternyata puak-puak pakatan haprak mengambil peluang dan kesempatan untuk menyemarakkan lagi usaha-usaha sebegini dalam usaha mengumpulkan kekuatan bala tentera mereka untuk menghadapi Pilihan Raya.
Kebebasan apa lagi yang kamu mahukan ? Jangan kamu bermimpi wahai mahasiswa keparat,Kamu tidak akan diberi laluan mudah untuk membawa fahaman vandalisme kamu itu yang tak habis-habis menuduh UMNO sebagai pihak yang bersalah.Selain dari puak-puak pembangkang tiada lagi rakyat Malaysia yang menyokong kamu sebenarnya.Jangan mendabik dada menyatakan kamu mewakili seluruh mahasiswa di Malaysia kerana mahasiswa-mahasiswa lainnya jauh lebih matang daripada kamu.
Tahniah kerana membenarkan roh Anwar Ibrahim mengalir kedalam tubuh badan kamu.Percayalah kamu sedang ditunggang oleh Anwar dan konco-konconya dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan dengan cara yang cukup jijik.Ternyata permainan puak-puak pakatan haprak dalam berpolitik lebih jijik dan busuk daripada apa yang sering mereka laungkan.
Akhir kata anak muda hari ini semakin biadap khusus penyokong-penyokong Pakatan Haprak kerana kamu telah mula meninggalkan norma-norma hidup sebagai seorang manusia normal.Bagi memastikan negara bebas daripada puak-puak dangkal ini seharusnya kerajaan mengenakan tindakan paling tegas terhadap setiap daripada mereka yang dilihat keterlaluan dalam politik.
Ayuh ! Bangun semua kita sama-sama pastikan keceluparan mulut mereka ditutup dengan gerak kerja kita.Insyallah Allah SWT sentiasa bersama dengan mereka yang benar dan ikhlas dalam apa jua tindakannya.
MMI.
No comments:
Post a Comment