Followers

Monday, 19 December 2011

GEMPAR ! - AHLI GPMS TERLIBAT DALAM DEMO MAHASISWA PELAMPAU ?


MMI terkejut apabila melihat kelibat seorang anak muda yang turut berada bersama barisan pakatan haprak dalam demo melibatkan mahasiswa baru-baru ini.Kecoh sungguh demo tersebut apabila mahasiswa yang mendabik dada kononnya dah cukup hebat ni mencabar kesabaran jutaan rakyat Malaysia apabila menceroboh PWTC dan menurunkan bendera YAB Perdana Menteri.

Banyak dah cerita berkenaan demo bodoh mahasiswa-mahasiswa ni yang jelas didalangi oleh puak-puak Anwar Al-Juburi.Tapi kali ini MMI nak fokuskan kepada seorang anak muda yang bernama Mohd Redzuan Bin Mohamad Yusuff ( Lihat gambar yang di tunjukkan oleh anak panah di atas ).Budak ni merupakan antara barisan kepimpinan GPMS Kebangsaan atau kepada yang tak faham barisan kepimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung sebuah NGO memperjuangkan nasib anak bangsa Melayu melalui pendidikan yang baru sahaja menyelesaikan Persidangan Agung Tahunan mereka di UIA baru-baru ini.

Yang menjadi persoalannya,Apakah kehadiran beliau bersama-sama dengan Tian Chua dan pimpinan puak-puak pakatan haprak itu sebenarnya dizahirkan dengan tanda sokongan kerana beliau dilihat begitu mesra dan turut bersalaman dengan mereka.


Jika ianya benar maka GPMS sebagai sebuah badan NGO yang dilihat sentiasa dibantu oleh pihak kerajaan ternyata sebuah pertubuhan yang tidak tahu erti berterima kasih.Apakah Mohd Redzuan yang turut merupakan orang yang dipertanggungjawabkan oleh GPMS semasa Persidangan Agung baru-baru ini di UIA untuk menganjurkan satu Sesi Pembentangan Kertas Kerja Oleh Pemikir-Pemikir Muda GPMS dan dalam masa yang sama bersama kepimpinan GPMS Kebangsaan yang lain turut menganjurkan Seminar Pemikiran Najib Tun Razak Dari Nazrah Generasi Muda sebenarnya seorang anak muda retorik.Bercakap dan bertindak mengikut kesesuaian masa dan keadaan tetapi dalam masa yang sama jauh dibenak hati membenci kerajaan yang sentiasa membantu segala gerak kerja mereka.

   

Anda semua boleh melihat sendiri dengan jelas bukti yang MMI bawakan jelas menunjukkan perhimpunan tersebut didalangi oleh pimpinan puak-puak pakatan haprak dan lihatlah keakraban Mohd Redzuan sewaktu bertemu barisan kepimpinan ini.

Mungkin ada yang mengatakan pelanduk dua serupa namun pihak GPMS dan Mohd Redzuan sendiri sebenarnya harus menjawab persoalan ini.Apakah rasionalnya seorang pimpinan tertinggi GPMS Kebangsaan hadir dalam Himpunan Mahasiswa Haprak ini ? Takkanlah kehadiran ini semata-mata untuk mengambil tahu perihal mahasiswa yang berkumpul sedangkan Mohd Redzuan seorang pemimpin sebuah pertubuhan GPMS di peringkat kebangsaan yang sentiasa dibantu oleh pihak kerajaan.

Dimana prinsip 4 SEDAR kamu wahai Mohd Redzuan ?

Jangan sampai MMI gelarkan pengkianat bangsa kerana cara dan tindakan kamu jelas merupakan seorang manusia dan pemimpin retorik yang hanya pandai bercakap tapi dalam masa yang sama tindakan kamu jelas bercanggah dengan nilai dan prinsip kamu sendiri.

Mungkin kamu mahu disamakan dengan Adam Adli budak hingusan yang datangnya dari kampung Baru Penaga Pulau Pinang yang hari ini ternyata merupakan kuda tunggangan kepada puak-puak pakatan haprak yang mengambil peluang kononnya atas tiket kebebasan dan mempertahankan hak.Jangan kamu ulangi kesilapan ini wahai anak muda.




MMI turut mahu berkongsi dengan semua hasil kerja anak muda ini dalam pembentangan kertas kerja beliau dalam Seminar Pemikiran Najib Tun Razak Dari Nazrah Generasi Muda baru-baru ini.Dan nilailah adakah pembentangan kertas kerja ini membawa maksud tertentu dengan tindakan sipembentang sendiri dengan hadir dalam himpunan mahasiswa bersama puak-puak pakatan haprak.

PEMIKIRAN NAJIB TUN RAZAK DARI SUDUT UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA Oleh : Mohd Redzuan Bin Mohamad Yusuff

Fakta : Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi ( Ketika itu Datuk Seri ) pada 3 April 2009.Di dalam ucapan sulungnya ,Dato; Sri Najib memberi jaminan untuk mengkaji secara komprehensif Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).(Utusan Malaysia 4 April 2009)

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.Seperti negara lain yang mengamalkan sistem yang sama,antara isu utama yang dihadapi oleh pemerintah negara adalah isu undang-undang dan hak asasi manusia.

Keselamatan awam melalui undang-undang adalah antara faktor utama yang menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.Negara yang aman dan mempunyai panaroma indah akan menarik pelancong asing dan pelaburan asing.Negara yang aman dan mempunyai sistem pentadbiran yang baik mampu untuk membangunkan sumber insan yang berkesan.Semuanya tidak akan mampu digapai tanpa sesebuah negara mempunyai keamanan dan keamanan hanya mampu dicapai dengan sistem undang-undang yang berkesan dengan keadaan semasa.

Hak asasi manusia pula boleh didefinisikan sebagai hak yang dimiliki oleh seseorang manusia yang diterima secara automatik ketika dia itu dilahirkan (Jack Donnelly).Namun hak asasi manusia perlu sentiasa dibatasi oleh undang-undang untuk menjamin seseorang tidak menceroboh ke dalam zon hak asasi orang lain.

Menyedari faktor graviti untuk dua perkara yang sering bergerak saling bertentangan dan mempunyai impak yang tersendiri,Dato' Sri Najib Tun Razak cuba mengambil langkah yang terbaik dari pada kedua-dua perkara tersebut.

Ketika mengambil alih pimpinan nagara,Dato' Sri Najib membuat pengumuman mengenai semakan semula ke atas ISA.Pada ucapan Hari Malaysia 2011,beliau membuat kejutan dengan mengumumkan pemansuhan terus ISA serta tiga Proklamasi Darurat yang masih berkuat-kuasa,secara langsung menghapuskan kuasa perundangan Ordinan Darurat yang menjadi antara undang-undang yang digeruni banyak pihak.

Dato' Sri Najib juga mengumumkan sendiri untuk menghapuskan seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang sering menjadi kontroversi dalam kalangan aktivis mahasiswa,yang sering mengatakan seksyen tersebut menjadikan mahasiswa seperti robot yang tidak mempunyai pemikiran matang dan sebagainya.

Soalan yang menyerang minda orang ramai,mengapa Perdana Menteri membuat keputusan yang tidak popular  di kalangan penyokong kerajaan dan tidak pula di puji pembangkang?

Dari sudut politik,sememangnya tindakan memansuhkan kesemua perkara tersebut adalah tindakan yang bertujuan mengurangkan kawalan kerajaan keatas gerakan-gerakan tertentu.malah memungkinkan ruang yang lebih luas untuk hak asasi manusia disalahguna.Ia juga akan tetap menjadi modal serangan musuh politik.

Namun,Dato' Sri Najib menyedari bahawa hak asasi juga perlu diberi ruang yang sewajarnya untuk berkembang dan mencorakkan sebuah negara.Sememangnya beberapa undang-undang seperti ISA dan Ordinan Darurat diperlukan untuk menjamin keselamatan negara namun keadaan yang memerlukan undang-undang sedemikian berjaya diatasi dan tidak lagi wujud.Oleh yang demikian,kewujudan undang-undang tersebut hanya akan menjadi kekangan yang tidak lagi diperlukan.

Kekangan yang berlebihan dalam dunia semasa juga boleh mendorong kepada keadaan yang tidak stabil terutama dari segi keselamatan.Sebagai contoh,walaupun pihak kerajaan mengharamkan perhimpunan tanpa permit,demonstrasi jalanan tetap berlaku malah semakin menjadi-jadi.Walaupun pihak kerajaan mempunyai mandat daripada peruntukan undang-undang yang sedia ada untuk mengambil tindakan pencegahan dan sebagainya,tindakan yang diambil tetap menjadi kritikan hebat.Malah kehadiran pihak keselamatan di kawasan berlakunya perhimpunan berkenaan sudah cukup untuk menjadikan peserta perhimpunan bertindak liar serta sudah menjadi perbincangan di kalangan mahasiswa sejak bertahun lamanya.Ini secara tidak langsung menjadi medan pemangkin kepada kematangan pemikiran mahasiswa.

Keputusan membuat transformasi dalam bidang perundangan merupakan tindakan yang patut dan dipuji kerana peruntukan undang-undang sesuatu negara perlu sentiasa berkembang dan berevolusi selari dengan perkembangan negara dan minda masyarakat.Semakin matang sesuatu masyarakat,semakin banyak ruang mereka pinta dan sekiranya wajar kerajaan harus memenuhi tuntutan media mereka.Tamat.

Inilah dia pembentangan seorang anak muda bernama Mohd Redzuan,Dalam beliau membuat beberapa perbandingan ditimbulkan persoalan dan semestinya menjurus kepada mengangkat mahasiswa sebagai satu badan atau individu yang seolah-olah begitu maksum dalam soal hak dan kepentingan politik.

MMI langsung tidak terkejut malahan tidak hairan pun apabila kelibat anak muda ini kelihatan dalam aksi demo yang dilakukan kononnya oleh mahasiswa yang matang pemikiran mereka.

Cumanya sebagai seorang ahli dan merupakan kepimpinan tertinggi dalam sebuah gerakan belia iaitu GPMS Kebangsaan yang kita tahu memperjuangkan nasib anak bangsa dalam bidang pendidikan,Apakah rasionalnya kehadiran beliau dalam aksi demo yang kononnya dihadiri oleh para mahasiswa yang matang pemikiran mereka ? 

MMI.

3 comments:

  1. Salam sahabat Redzuan merupakan AMT GPMS (Exco Siswa IPTA) berada di situ untuk memantau demo tersebut. Berada di lokasi tidak bermakna menyokong demo tersebut. Harap sahabat faham peranan GPMS dalam memartabatkan Agama , Bangsa dan Negara. Pautan GPMS Melaka http://gpmsmelaka.blogspot.com/
    Salam ukhwah sahabat.

    ReplyDelete
  2. Mana2 pihak yg ingin penjelasan kehadiran AMT, Sdra Mohd Redzuan Mohamed Yusoff .. Boleh hubungi Pengerus GPMS Melaka secara peribadi (0122479000) @ boleh call Presiden Gpms Malaysia, Sdra Jais Abdul Karim - 0105431472. Secara dasarnya, Sdra Redzuan berada disitu utk memerhati /kenalpsti penglibatan ahli Gpms dr mn2 Gpms Cwgn2 Khas Univ .. Boleh dptkn penjelasan mngenai pndirian Gpms melalui sidang akhbar Presiden dlm Utusan Melayu (Jawi) bertarikh 19 Dis dan esok dlm Utusan Malaysia (20 Dis

    ReplyDelete
  3. Ayat tu sedaplah sikit.. Kami ini sebuah badan NGO. tidak menyokong mana-mana parti politik tidak kira KERAJAAN ataupun Pembangkang. Sekiranya Sdr. Redzuan berada di situ pun mungkin kerana atas dasar kerja kerana dia memegang jawatan BIRO SISWA IPT dalam GPMS. Sebelum nak post sesuatu harap anda tanya dan selidik dahulu. Takut nanti buruk padahnya. Ini dah kira mencalarkan nama baik GPMS. INGAT 1 PERKARA, GPMS NON-PARTISAN. KERAJAAN ka PEMBANGKANG ka mana salah kami LAMBUNG.

    ReplyDelete

Labels