Perhimpunan Agung UMNO 2011 telah masuk hari ketiga.Setelah selesai persidangan ketiga-tiga sayap Wanita,Pemuda dan Puteri maka Perhimpunan Agung UMNO 2011 telah pun membuka tirainya apabila pagi kelmarin telah di rasmikan oleh YAB Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Seperti yang di janjikan kali ini MMI bawakan suasana yang cukup meriah di sekitar Perhimpunan Agung UMNO apabila skuad Lensa menerjah masuk ke ruang niaga bagi membuat liputan.
Sama-sama kita saksikan.
Di ruang legar ramai mengambil tempat untuk sama-sama mengikuti perbahasan melalui skrin besar yang disediakan |
Kan dah cakap,pilih-pilih |
Pilihan yang tepat itu penting namun kerana terlalu banyak gerai kadang-kadang rabun mata memilih |
Paling menarik apabila ada yang membuat tawaran harga runtuh |
Antara jualan yang turut mendapat sambutan adalah pembelian model kapal terbang.Mungkin bermula dari sini kita boleh menjadi sehebat Tony Fernandez mana tahu satu hari nanti |
Salah satu gerai jualan di PWTC ini adalah gerai dari Puteri Pontian.Kepada barisan Puteri atau sesiapa saja boleh datang ke gerai ini kerana tudung-tudung yang di jual cukup menarik. |
Kepada peminat-peminat sukan ragbi datanglah ramai-ramai ke salah satu gerai yang menjual barangan sukan khusus untuk ragbi dan paling best turut menjual jersi rabgi Malaysia |
Penjualan sampin khususnya sampin UMNO turut mendapat sambutan menggalakkan.Kepada yang belum memilikinya datang dan tengok sendiri.Harga boleh runding punya jangan risau |
Antara pengunjung yang membanjiri gerai di PWTC |
Antara gelagat pengunjung yang turut memeriahkan PWTC |
Turut mendapat perhatian adalah ais krim istimewa dapatkannya di aras 3 |
Ahli-ahli Wanita UMNO sentiasa bersemangat dalam mengikuti perjalanan perhimpunan dan melihat kepada jumlah kehadiran serta setia di depan skrin besar, Wanita memang terbaik ! Syabas MMI ucapkan kepada Wanita kerana semenjak dari hari pertama sehinggalah ke hari ini Wanita tetap setia bersama.
MMI.
No comments:
Post a Comment