Terbaru DAP menubuhkan satu panel tiga anggota bagi menyelesaikan pertelingkahan antara Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh dan Timbalan Ketua DAP Pulau Pinang Dr P. Ramasamy.
"Kami berharap dapat menyelesaikan isu ini secepat mungkin,” katanya kepada pemberita dalam satu komen ringkas selepas mesyuarat itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut dan berkata, satu kenyataan akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Pertelingkahan Karpal-Ramasamy bermula selepas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu dilaporkan berkata terdapat ”godfathers” dalam DAP selepas beliau menamakan tiga individu sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang. - Bernama
Hebatnya DAP ni,sekarang dah semakin terbuka apabila menubuhkan barisan panel untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku.Tahniah kepada mereka,namun hakikatnya pertelingkahan ini sebenarnya menunjukkan pemimpin DAP juga gilakan jawatan dan kuasa.
Jom review beberapa peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang semenjak Pulau Pinang di perintah oleh Khalifah Umar Abdul Aziz dari DAP.
Sekarang DAP pula bertelagah sesama sendiri.Hebatkan Pakatan Haprak Pulau Pinang?
MMI.
No comments:
Post a Comment