Followers

Wednesday 14 December 2011

PANAS ! Pulau Pinang Bergegar - PKR Makin Hancur


Lim Boo Chang Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bukit Gelugor hari ini mengumumkan beliau keluar daripada parti PKR berkuatkuasa serta-merta. 

Beliau telah meletakkan semua jawatannya dari parti PKR dan kembali menyertai Gerakan yang pernah dianggotainya selama 15 tahun dulu sejak dari 1984 hinggalah 1999.

Surat perletakan jawatan dan keluar parti itu diserahkan kepada Presiden Boneka PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Lim Boo Chang berkata beliau keluar daripada PKR selepas hilang keyakinan terhadap parti itu yang gagal menepati janjinya untuk mereformasikan rakyat,persaingan sesama sendiri yang melampau dan tindakan parti yang sering mengenepikan ahlinya.

katanya,beliau pada mulanya tertarik dengan agenda pembaharuan PKR tetapi selepas tiga tahun,beliau mula hilang keyakinan kerana parti berkenaan gagal dalam menunaikan janji-janjinya.

"Konflik antara anggota berterusan,jadi dengan hati yang berat,saya letak jawatan." katanya.

Dalam sidang media sebentar tadi,beliau juga turut mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).


Alaaa ciannya Jijah ni,Jijah jangan la sedih nak buat macam mana dah orang tak suka kat kita.Jijah kena banyak bersabar tau,Dah jadi Presiden ni macam tu lah Jijah..Jijah kena tabah tau..

MMI tahu dengan beban Anwar lagi Jijah memang tertekan,Sanggupkan dia Suka Sama Suka..Abis Jijah ni apa ? MMI tahu apa yang Jijah rasa sekarang..Cuma satu je MMI nak cakap Jijah sudah-sudah lah pertahankan Anwar tu,benda betul kenapa Jijah nak sembunyi lagi..Kembalilah ke jalan yang benar Jijah,MMI yakin ramai orang kat luar sana boleh menerima Jijah seadanya..

Hahahah amacam MMI boleh jadi pelakon tak? hehe....

Inilah sebenarnya yang berlaku dalam Pakatan Haprak.Bercakap hebat seolah-olah dunia mereka yang punya.Mengata orang hebat seolah-olah mulut mereka saja yang terbuka tetapi pada asasnya jelas dan nyata mereka sebenarnya umpama kapal yang bakal tenggelam dipukul gelora.

kepada semua nantikan selepas ini akan ada lagi pemimpin-pemimpin pakatan haprak bakal meninggalkan parti mereka termasuk parti PAS.

Nantikan.

MMI.



No comments:

Post a Comment

Labels