Followers

Tuesday, 6 December 2011

Makin Sesat - Nik Aziz Oh Nik Aziz Part 2


Nik Aziz ternyata gentar dan gelabah apabila ditanya berkenaan satu video klip ceramah oleh seorang ustat yang menyamakan Nik Aziz dengan Nabi.Malah beliau juga dilihat seolah-olah lepas tangan dengan membiarkan anak muda tersebut keseorangan sedangkan anak muda tersebut begitu taksub dengan pimpinan Nik Aziz hingga menyamakan Tok Gurunya dengan Nabi.

Kesian 'Ustat Budak',beliau cukup terpengaruh dengan cara dan pembawakan Nik Aziz sehinggakan timbulnya isu Nabi ini.MMI yakin dalam soal ini Nik Aziz adalah penyebabnya.Nik Aziz dianggap sebagai Tok Guru oleh semua penyokong-penyokong PAS termasuk para ahlinya.Oleh kerana ajaran dan pembawakan politik oleh Nik Aziz selaku pemimpin telah menyebabkan manusia bernama 'Ustat Budak' ini terpengaruh dan seterusnya mengangkat Tok Gurunya sebagai Nabi.

Ikuti ceramah dibawah.

 

Inilah sifat orang-orang PAS yang begitu taksub dengan perjuangan retorik PAS dalam menuju Putrajaya bukan lagi soal agama Islam.Sejurus selepas isu ini tersebar maka pelbagai pihak tampil mencemuh apa yang telah disampaikan oleh penceramah tersebut.

Antaranya sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri Kelantan menyifatkan tindakan seorang penceramah PAS menyamakan Nik Aziz dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.

Malah mereka turut mendesak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) mengambil tindakan ke atas Shamsul Zaman Sukri atau 'Ustaz Budak' kerana bimbang ucapan orang fanatik seperti itu akan menjadi wabak dan malapetaka kepada masyarakat.

Pengasas Pondok Geting,Tumpat,Abdullah Sa'amah berkata punca utama perkara tersebut berlaku adalah di sebabkan jahil agama dan sikap terlalu mendewa-dewakan pemimpin.

"Orang PAS sememangnya taksub kepada pemimpin mereka dan tidak pelik perkara ini berlaku kerana sejarah telah membuktikannya,sebagai contoh di India kumpulan Qardiyani menganggap pemimpin mereka sebagai nabi.

"Hadis ulama pewaris nabi yang digunakan oleh Shamsul Zaman untuk merujuk Nik Aziz nabi adalah salah,ahli sunnah memahami ulama pewaris nabi dalam ilmu hukum dan meneruskan misi dakwah dan buka menjadi nabi,kalau begitu semua ulama dari zaman Rasulullah SAW sehingga berjuta-jutalah nabi.

"Kecintaan 'Ustaz Budak' itu kepada Nik Aziz keterlaluan dan melampaui batas sehingga mendewa-dewakannya melebihi segala-galanya sehingga tidak sedar batas-batas perkataan yang boleh membawa kufur atau murtad," katanya.Lagi Berita

Jadi Kufur Kalau Samakan Nik Aziz dengan Nabi

Namun yang paling menarik perhatian MMI adalah sikap Nik Aziz sendiri dalam menangani masalah ini.Beliau secara jelas telah menyatakan tidak akan bertanggungjawab.

Walaupun menegaskan nabi dan ulama tidak boleh disamakan,namun Nik Aziz menegaskan beliau tidak akan bertanggungjawab terhadap tindakan seorang penceramah Shamsul Zaman Sukri atau 'Ustaz Budak',

Sehubungan itu Menteri Besar Kelantan berkata,beliau tidak berasa duka cita dengan tindakan penceramah PAS terbabit walaupun ia menyentuh soal akidah.Berdasarkan pendirian itu,katanya,beliau berpendapat tidak perlu memberi nasihat kepada penyokong PAS supaya tidak terlalu taksub dengan pemimpin.

"Saya tidak tahu hujung pangkal ' budak ' itu (Shamsul Zaman),jadi saya tak mau jawab yang itu.Saya tidak bertanggungjawab dia kena tanggungjawab,saya tidak hubungi budak itu."Saya hendak jawab begini,kalau orang menyamakan saya dengan nabi adalah kufur,maka orang Islam tolak Islam juga kufur,sama ada tolak Islam berganti dengan demokrasi atau kebangsaan juga boleh membawa kepada kufur serupa jugalah.


Inikah yang kita mahukan untuk terus membimbing kita ? Kepada PAS sedarlah kamu makin tidak releven.


 Dengar dan fahamilah..

MMI..


No comments:

Post a Comment

Labels