Followers

Tuesday 6 December 2011

Makin Sesat - Nik Aziz Oh Nik Aziz Part 1


Nik Aziz makin hari makin menjadi-jadi.Terbaru beliau telah menyatakan dengan jelas bahawa UMNO seperti kereta tiada brek.MMI mengikuti artikel tersebut yang dikeluarkan sendiri oleh lidah rasmi PAS iaitu Harakah dan ternyata terdapat beberapa percanggahan kenyataan yang dilihat terkena batang hidung PAS (Nik Aziz) sendiri.

Beliau dalam kenyataannya turut menuduh UMNO dengan berbagai-bagai tuduhan sedangkan jika di teliti Nik Aziz seolah-olah nyanyuk atau pun pelupa kepada apa yang pernah diucapkannya.Namun MMI yakin orang-orang sebegini sememangnya kaki putar belit hanya kerana kuasa sanggup menggadaikan maruah diri dan agama.

MMI bawakan antara kenyatan Nik Aziz supaya semua dapat menilainya.

Nik Aziz menyifatkan UMNO sebagai ' kereta tiada brek ' kerana tidak mempedulikan suruhan dan larangan Allah SWT.Ini kerana UMNO berpegang kepada dasar kebangsaan dan membelakangkan Islam dalam perjuangannya sehingga menyebabkan tidak ada kawalan dalam melakukan perkara duniawi.

MMI.Manusia angkuh sahaja bercakap sedemikian.Sedangkan UMNO sentiasa berusaha memastikan Islam sebagai agama rasmi negara terus di pertahankan melalui pelbagai cara dan kaedah sebagai contoh pembinaan surau dan masjid disetiap kawasan penempatan orang-orang Melayu dan Islam.Tidak cukup dengan itu kewujudan mahkamah syariah,barisan peguam-peguamnya yang dilatih dan dibina oleh kerajaan untuk apa sebenarnya ? Program-program ceramah yang di atur oleh pihak stesen rasmi kerajaan yang banyak menyediakan ruang kepada sesi soal jawab agama,Menyediakan kelas-kelas agama kepada pelajar di sekolah-sekolah dan banyak lagi.Paling penting sejauh mana kebenarannya apabila Nik Aziz sendiri berkata UMNO meletakkan Kebangsaan sebagai keutamaan perjuangannya ? Ikuti lagi kenyataan beliau di bawah. 

Kerana membelakangkan Islam,maka UMNO menolak mukallaf iaitu seseorang itu dipertanggungjawab menjalankan perintah dan larangan-Nya setelah mencapai usia dewasa atau akil baligh."Mukallaf ini UMNO tak peduli.Kerana apa? Kerana UMNO ini dasarnya kebangsaan.Agama kemudian.Jadi mana mukallaf ? UMNO sudah buang satu kerja yang ditetapkan oleh Allah bahawa tiap-tiap manusia bila akil baligh mesti buat ini dan mesti tinggal itu. "Dalam UMNO sebab dia singkir Islam dan ambil kebangsaan maka tidak ada mukallaf.Sebab itu timbul rasuah,dadah,pecah rumah,rompak,jual bayi,timbul macam-macam perkara kerana rakyat di bawah pemerintahan UMNO sudah hilang brek.

MMI.Pertama sekali percayalah iman itu tidak dapat dijual beli,iman juga tidak dapat diwarisi, ini hakikatnya dan MMI percaya semuanya bermula daripada rumah.Maksudnya kesucian Islam itu di ajar bermula daripada rumah oleh ketua keluarga yang seharusnya diperturunkan dari generasi ke generasi yang baru.Selain daripada usaha kerajaan menyediakan kelas-kelas KAFA di sekolah-sekolah.Apakah kita boleh memaki hamun kerajaan hanya kerana kes rogol dan bunuh yang berlaku di kawasan kita sedangkan kita sebagai ketua keluarga tidak menegur dan memerhatikan tingkah laku dan cara berpakaian anak-anak kita.Dalam zaman serba moden ini jika semua keluarga Islam menjalankan tanggungjawab dan kewajipannya MMI yakin dan pasti bukalah 1 juta disko sekalipun hatta untuk melihat seorang Islam hadir dan berhibur tidak akan berlaku.Usaha Kerajaan melalui Islam Hadhari sewaktu kepimpinan Tun Pak Lah namun siapa yang memperlekehkan Islam Hadhari kalau bukan PAS.

Tuduhan yang dilemparkan dengan menyatakan  kerana kegagalan kerajaanlah maka wujudnya gejala rasuah,dadah,pecah rumah,rompak,jual bayi dilihat sebagai serangan politik yang makin tidak keruan.Sebagai seorang petugas ataupun pemimpin seharusnya mereka tahu kejadian-kejadian yang disebut itu bukan salah Barisan Nasional tetapi berlaku dimana-mana saja dalam dunia.Malahan PAS juga pernah mengagihkan wang ringgit kepada petugas-petugas mereka di Penanti dan tidakkah ini layak dipanggil RASUAH ? 


"Syurga neraka ini bukan projek kerajaan ,projek Allah." kata Nik Aziz.Lagi Berita DiSini


MMI.Yang ni lagi pelik , bukan apa ini kenyataan Nik Aziz ni....Bukankah PAS pernah berkata bahawa "UNDI PAS MASUK SYURGA" dan sekarang kenyataan Nik Aziz jelas membawa maksud Syurga dan Neraka hanya ditentukan oleh Allah SWT sahaja.Jadi jelaslah tindakan Nik Aziz dan PAS sebelum ini sebenarnya tersesat.Apabila isu undi pas masuk syurga kepimpinan PAS tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan pun.untuk memperbetulkan apa yang seharusnya diperbetulkan.Kenapa agaknya ? 

MMI .

No comments:

Post a Comment

Labels