Followers

Friday 16 December 2011

PANAS ! PAS Makin Parah - 5 Nama DiBeritakan Mula Bertukar Kem


Pas dilihat makin parah sekarang semuanya gara-gara permainan politik kebencian yang sentiasa diterapkan oleh pucuk pimpinan mereka kepada pengikut-pengikutnya.Jika diperhalusi,PAS lah sebenarnya yang menghasut seluruh rakyat khususnya orang-orang Melayu supaya membenci sesama Melayu.

Apakah kita lupa Nik Aziz seorang pemimpin politik yang diangkat sebagai ulama tetapi dalam masa yang sama mengajar dan mengajak seluruh pengikutnya agar sama-sama membenci rakan sebangsa dan seagama dengan mereka hanya kerana faktor politik.

Lebih malang lagi apabila beliaulah yang paling lantang menolak usaha perpaduan yang cuba dijayakan oleh para pemimpin baik dari UMNO mahupun PAS sendiri yang melihat bahawa orang-orang Melayu perlu bersatu untuk memastikan kekuatan bukan saja dari segi bangsa malah agama,negara dan kerajaan.

Bayangkan kerakusan PAS dalam berpolitik yang diterajui oleh Nik Aziz atau "GodFather" PAS ini mereka sanggup untuk mengetepikan pemimpin mereka sendiri sekiranya dilihat lebih kepada soal perpaduan dengan UMNO.Dimana letaknya perjuangan PAS yang kononnya dipimpin oleh ulama ini? MMI rasakan selayaknya Nik Aziz yang patut di gelar "GodFather" kerana tindakan dan cara beliau memimpin PAS begitu sinonim dengan cara dan perbuatan manusia-manusia MAFIA ini.
Sekadar Hiasan
Mengapa "GodFather" ? Sehingga ke saat ini tidak terdetik walau sedikit pun dalam benak dan hati beliau untuk mengundurkan diri dari arena politik.Bayangkan sudah berapa lama beliau memimpin dan menerajui PAS ? Dulunya di tuduh Tun Dr mahathir sebagai pemimpin kuku besi tetapi dengan pengunduran Tun sebagai Perdana Menteri dan memberikan laluan kepada kepimpinan pelapis dan baru membuktikan segala tuduhan jahat terhadap UMNO dan Barisan Nasional itu hanyalah atas faktor kepentingan politik semata-mata.

Yang pastinya "GodFather" masih mahu bertanding dan mengekalkan jawatan dalam parti.Kepada pemimpin-pemimpin PAS bersuara lah kerana kamu selama ini hanya memendam rasa,MMI turut di maklumkan oleh pengikut-pengikut PAS bahawa mereka juga sebenarnya mahu melihat Nik Aziz berundur dan memberi laluan kepada muka baru namun atas faktor kuku besi dalam PAS ianya tidak dapat dilaksanakan.

Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang dalam temuramah bersama Media Permatang Pauh antaranya telah menyatakan bahawa Setiap teguran yang kami buat pada peringkat Pemuda Pas Pusat, bila pimpinan Pas Pusat jawab, negeri akan kena balik. Malah saya agak ralat masa itu, Timbalan Presiden, Datuk Seri Haji Hadi Awang datang untuk rasmi Dewan Pemuda Pas Pusat bersidang, beri semangat Pemuda mesti berani dan bersemangat.


Tetapi bila Pulau Pinang cuba nak ambil pendekatan atau kata-kata Tuan Guru Hadi iaitu ambil keberanian untuk menegur, mungkin dari sudut bahasa kasar dan yang patut kena tegur pemimpin. Saya amat kesal selepas benda itu meletup, pimpinan Pusat akan kata itu pandangan peribadi.

Ini bukan soal peribadi tetapi soal muktamar. Kalau orang faham itu muktamar, saya mewakili Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang iaitu wakil dan pandangan Pemuda Pulau Pinang.

Sampai tahap tak boleh lupa bila Hadi kata Pemuda Pas macam beruang, sayang pada tuan dia dan tampar nyamuk sampai koyak muka tuan dia. Juga Tuan Guru Hadi ada sebut Pemuda macam buih Coca-Cola. Tarbiah datang dari Pusat supaya Pemuda berani untuk menegur. Tetapi apabila teguran dilontar, seakan tidak boleh terima pula.Lagi Berita

Itulah yang berlaku dalam PAS sebenarnya.Perkembangan terbaru berkenaan Ustaz Nasharudin Mat Isa Ahli Parlimen PAS Bachok berkata prinsipnya sejak tiga tahun lalu masih tidak berubah dan teguh memperjuangkan perpaduan Melayu-Islam di negara ini.

“Pendirian saya dari dulu sudah diketahui umum..maknanya dalam hal yang berkaitan dengan perpaduan ini, sesuatu yang menjadi pegangan saya daripada dulu..ini adalah tuntutan dan ajaran agama yang harus diperjuangkan”, katanya.

Nasharuddin, bekas Timbalan Presiden PAS juga turut mengakui mutakhir ini berlaku budaya baru dalam PAS, di mana kepimpinan bawahan bertindak bersendirian mendahului keputusan Presiden dan Majlis Syura.

Dan paling menarik perhatian MMI adalah menurut sumber, pergelutan dalaman PAS sekarang ini seperti api dalam sekam, selain Nasharuddin dan Hassan, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Harun Din, Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib dan Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Tantawi juga turut disenaraikan dalam kem yang sama.

Hebat bukan ? Kita ikuti pula klip video dibawah ini yang menyebabkan puak-puak PAS semakin hilang punca.

Begitu jugalah hal yang berlaku terhadap Datuk Dr Hasan Ali Kontroversi melibatkan Hasan timbul selepas akhbar pada Ahad lalu melaporkan pengesahan Ketua Penerangan Pas Selangor Shaari Sungib bahawa Exco Kerajaan Selangor itu tidak menerima pencalonan mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Hasan pada sidang media pada keesokan harinya berkata, beliau akan terus bekerjasama dengan Pas dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan Institusi Raja-Raya Melayu.

Beliau secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada Perdana Menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan Pas dan Umno dan akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.

Kenyataan itu menyaksikan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali semalam berkata, Hasan sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan Pas.

Mustafa berkata, kenyataan itu menggambarkan Hasan seolah-olah mempersoalkan dasar Islam yang diperjuangkan Pas dan terpengaruh dengan tuduhan parti itu diperalatkan DAP.


Turut memberi reaksi ialah Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang tidak kisah, sekiranya Hasan mengambil keputusan meninggalkan Pas untuk menyertai Umno.

Mahfuz pula dilaporkan berkata, Pas tidak menghalang mana-mana ahli mahu meninggalkan parti kerana Pas adalah demokratik dan menghormati hak ahli.

Mengulas perkara itu, Hasan berkata, beliau akan mengadakan satu sidang media khas dalam waktu terdekat bagi memberi penyelasan .

"Apa pun, saya akan mengadakan satu sidang akhbar dalam masa terdekat untuk menjawab segala tuduhan dan tohmahan yang tidak berasas terhadap saya oleh pemimpin-pemimpin Pas," katanya.

Itulah kemelut yang berlaku dalam parti PAS sekarang tetapi agak menghairankan apabila Nik Aziz dilihat seolah-olah membisu dalam perkara ini.Mungkin beliau dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan ataupun mengambil pendekatan untuk tidak mahu ambil tahu.

Terbaru hari ini Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam HarakahDaily telah mengeluarkan kenyataan yang dilihat seolah-olah menyerang kedua-dua tokoh pemimpin PAS tersebut.PAS dilihat begitu marah sekali terhadap kedua-duanya kerana kenyataan berkenaan  
turut menyentuh perihal kehadiran mesyuarat dan yang menarik ianya turut merupakan satu serangan secara peribadi kepada Datuk Dr Hasan Ali dan Uztaz Nasharudin Mat Isa.


Datuk Mustafa Ali dalam kenyataannya berkata "Ingin saya dedahkan, dalam rekod di Pejabat Agung PAS Pusat dan Pejabat Perhubungan PAS Selangor, Nasharudin setelah tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS, beliau telah dilantik sebagai AJK PAS Pusat yang dilantik, tetapi sepanjang masa selepas dilantik hingga kini, tidak ada sekalipun beliau menghadiri mesyuarat PAS Pusat.

"Sementara Hassan Ali dari sudut di pusat kadang-kadang hadir kadang-kadang tidak, tetapi di peringkat Selangor, sekalipun beliau tidak hadir (mesyuarat).

"Walaupun telah dinasihati supaya hadir dan saya sendiri menghubungi Nasharudin Mat Isa supaya datang mesyuarat walaupun sanggup awalnya (untuk hadir), tetapi akhirnya tidak hadir," beritahu Mustafa dalam wawancara khas itu.Berita Penuh

Hah apa dah jadi ni?..Pas bertekak sesama sendiri,Kita sebagai orang luar dari PAS hanya mampu melihat bahawa akhirnya PAS turut membuka pekung didada.Mereka juga sebenarnya turut tidak terlepas daripada pelbagai masalah dalaman tetapi menutupnya dengan menghentam UMNO dan Barisan Nasional.


Percayalah Allah SWT lebih berkuasa,yang pastinya 5 nama telah dimaklumkan berada dalam kem yang sama dan ianya dilihat sebagai satu tamparan yang cukup hebat buat PAS.

Cumanya MMI mahu melihat sejauh mana 5 pemimpin ini berani menegakkan kebenaran dan terus bersuara dalam PAS.Bukan untuk melihat PAS hancur tetapi untuk melihat satu saf barisan pimpinan PAS yang terbaik dan mampu meralisasikan hasrat murni seluruh rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu bersatu menjadi jentera yang paling ampuh dan kuat dalam kita mewujudkan kerajaan perpaduan.Insyallah.

MMI mahu mengajak semua untuk sama-sama membayangkan alangkah hebatnya Malaysia dan kerajaan kita apabila banyak kepimpinan terdiri daripada orang Melayu dan Islam yang datangnya daripada parti UMNO dan PAS menerajui kementerian-kementerian selain bekerja untuk kebaikan seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia sebagai satu kerajaan.

Pasti Hebat!

MMI.
  

No comments:

Post a Comment

Labels