Followers

Wednesday 14 December 2011

Hassan Ali Mula Bersuara


Mukadimah

Selepas 48 jam berita Datuk Dr. Hasan Ali,Exco Hal Ehwal Agama Islam,Adat-Adat Melayu,Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor digugurkan daripada senarai calon pilihan raya Pas tersebar,semalam beliau tampil memberikan penjelasan.
Hasan yang pernah bekerja sebagai pegawai kerajaan dan kemudian menjadi pakar motivasi,menyifatkan pengguran daripada senarai calon pilihan raya negeri adalah perkara kecil sahaja.
"Soal pencalonan ini bagi saya kecil." tegas Hasan pada sidang media di kediamannya di Pinggir Taman Tun Dr. Ismail,Kuala Lumpur semalam yang mengulas kontroversi pencalonan itu yang didedahkan oleh Ketua Penerangan Pas Selangor,Saari Sungib.
Hasan yang menjadi tokoh kontroversi sejak isu perpaduan antara Pas dan UMNO dibangkitkan sehingga beliau tidak dilantik semula sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor,tetap tidak berganjak meneruskan misi perpaduan umat Islam melangkaui ideologi politik dan bangsa.
Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini,beliau tidak memerlukan pengiktirafan daripada mana-mana pihak termasuk Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Itulah dia Hasan Ali satu nama yang agak panas dalam seminggu dua ini kerana menjadi mangsa kerakusan kuasa politik Pas yang dilihat semakin menggila.Pas hari ini dilihat begitu teruja dan terdesak seolah-olah tiada lagi hari besok buat Pas.Perjuangan mengangkat Islam sebagai agenda utama parti dibuang jauh-jauh hanya kerana faktor gandingan kuasa dalam pakatan haprak.Slogan demi slogan dikemukan oleh Pas namun semuanya membawa politik kepartian Pas ke arah kehancuran.


Tidak cukup dengan itu Pas dilihat sanggup membelangkangkan agama Islam walaupun dengan jelas dan terang salah seorang ahli muda Pas yang dianggap sebagai ustaz muda mengangkat taraf Nik Aziz sebagai sama dengan Nabi.Nauzubillahiminzalik,namun yang paling mengejutkan adalah tindakan ataupun respon daripada Nik Aziz sendiri yang tidak mahu mengulas apatah lagi memanggil anak muda Pas tersebut untuk diperbetulkan.Cukup malang penyokong-penyokong Pas hari ini kerana tindakan yang dilakukan oleh Nik Aziz amat bertentangan dengan nilai-nilai dan pegangan Islam.


Mungkin kerana Hasan Ali dilihat begitu komited untuk melihat kerajaan perpaduan menjadi kenyataan maka beliau mula disisihkan daripada menjadi antara pimpinan utama dalam Pas.Malah jika diukur gerak kerja Hasan Ali di negeri Selangor beliau sebenarnya tidak mendapat sokongan daripada rakan dan partinya sendiri.Inilah yang berlaku kepada parti Pas yang dilihat sudah tersesat jauh meninggalkan perjuangan mereka semata-mata untuk mengejar kuasa.

MMI bawakan kepada semua soal jawab diantara wartawan Utusan Malaysia bersama Datuk Dr. Hasan Ali untuk sama-sama kita kongsi dan lihatlah jawapan-jawapan yang dijawab oleh beliau sebenarnya memberikan satu gambaran apa yang berlaku sebenarnya.


Yang menarik perhatian MMI adalah soalan terakhir iaitu Adakah Datuk akan tinggalkan Pas jika parti itu tidak lagi memperjuangkan Islam,Melayu dan Institusi Raja ?
Itu bergantung kerana ini soalan untuk akan datang.Hakikatnya bukan mudah untuk kita ambil keputusan apabila menyentuh perkara ini.Untuk meninggalkan parti begitu sahaja,bukan mudah.Ia melibatkan satu pertimbangan yang sewajarnya dan dalam hal ini walau apa langkah hendak dibuat saya akan rujuk dengan ulama,rakan-rakan politik dan penasihat hal ehwal agama saya.  

Kenyataan tersebut sebenarnya menunjukkan Hasan Ali merupakan seorang pemimpin yang profesional beliau tidak memberikan gambaran secara tepat tetapi meletakkan jawapannya sebagai satu maksud yang tersirat.Malah beliau turut berkata perihal meninggalkan parti,beliau akan merujuk kepada ulama,rakan-rakan politik ( yang pastinya tidak di sebut Pas,PKR dan DAP) serta penasihat hak ehwal agama beliau sendiri ( bukannya Majlis Syura atau Mursyidul Am).

MMI bawakan perbandingan antara Pas dan UMNO dalam ceramah yang disampaikan.Buatlah penilaian yang seadilnya.



Jelas dan nyata.Terpulang kepada semua untuk menilainya.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels