Perhimpunan Agung UMNO 2011 akan bersambung pada pagi hari Sabtu yang tak sampai beberapa jam lagi dari entry ini ditulis.Sesungguhnya hari terakhir perhimpunan ini pastinya di tunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli UMNO yang mengikuti perjalanan perhimpunan daripada rumah atau di mana-mana saja.
Yang pastinya seawal pagi nanti bertempat di PWTC perbahasan akan diteruskan dengan penyokong usul Agama,Pendidikan dan Sosial membahaskan usul tersebut.Usul ini akan dibahaskan oleh kira-kira 15 wakil sebelum di luluskan oleh sidang dewan.
MMI bawakan usul tersebut untuk semua.
USUL AGAMA, PENDIDIKAN DAN SOSIAL
MENGAKUI bahawa UMNO sejak penubuhannya sentiasa mendokong, mempertahan, mengembang serta memperkukuhkan kedudukan agama Islam sesuai dengan statusnya sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
Mengiktiraf prinsip-prinsip wasatiyyah, perseimbangan, kesederhanaan dan nilai-nilai murni Islam sebagai landasan fahaman serta amalan yang memacu ke arah penyatuan ummah dan keharmonian masyarakat, seterusnya menjadi benteng daripada fahaman melampau, perlakuan songsang dan kebebasan tanpa batas.
Meyakini bahawa akses pendidikan anak bangsa mesti dibuka seluas-luasnya menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan sistem pendidikan diperkukuhkan bagi melahirkan insan yang bersifat glokal yang mempunyai ketakwaan kekuatan mental, kemuliaan akhlak dan kesempurnaan akal fikiran.
Menyedari terdapat hampir 180,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) setiap tahun yang tidak mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi di negara ini dan kebanyakannya merupakan anak-anak Melayu yang berpotensi untuk menceburi bidang kemahiran teknikal dan vokasional.
Memperakui akan peranan dan kepentingan golongan muda yang merupakan 41 peratus daripada jumlah pemilih berdaftar serta bakal menjadi penentu kepada masa depan dan kesinambungan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air.
Menginsafi akan keperluan untuk menerima kepelbagaian bangsa dan etnik seterusnya masyarakat perlu bergerak daripada sikap, amalan dan semangat bertoleransi kepada tahap yang lebih tinggi iaitu konsep penerimaan seperti digagaskan dalam falsafah 1Malaysia.
Maka, Perhimpunan Agung UMNO pada hari ini membuat ketetapan seperti berikut:
1. Menyokong penuh pendekatan wasatiyyah oleh kerajaan dalam menguruskan kepelbagaian agama dan budaya, amalan demokrasi, hak individu dan masyarakat, keadilan, sosial dan pembangunan negara serta menolak fahaman ekstrem, songsang dan melampau dalam usaha mencari hasanah (kebaikan) di dunia dan hasanah di akhirat demi mencapai al-falah yakni kejayaan.
2. Menyarankan transformasi dakwah yang bersifat universal dan mencapai golongan sasar dilaksanakan secara interaktif, menarik dan sesuai dengan peredaran zaman berteraskan al-Quran dan Sunnah.
3. Menggesa agar adab budaya nilai murni dan sistem sosial Melayu Islam dikembalikan dalam masyarakat melalui kempen di peringkat sekolah, institusi pengajian awam dan swasta di seluruh negara bagi membina generasi wasatiyyah yang lebih menghayati dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.
4. Mendesak supaya usaha-usaha penyatuan ummah diteruskan tanpa ada noktah dan dilaksanakan merentasi batas fahaman politik, kepentingan kelompok dan individu bagi merangsang kekuatan dan mencipta kegemilangan umat.
5. Menyarankan supaya terus memperkasakan instrumen kewangan, pembangunan aset dan dana Islam serta segera melaksanakan undang-undang sistem pengurusan kewangan Islam agar Malaysia dan dimasyhurkan sebagai hab pengurusan dan kewangan Islam.
6. Menuntut agar kerajaan melipat ganda usaha untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan yang menjurus ke arah pembangunan modal insan secara holistik, kreatif dan inovatif serta interaktif serta memiliki keupayaan soft skill dan keupayaan berdikari yang tinggi.
7. Menyokong keputusan Kementerian Pelajaran memperkenalkan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris bagi memperkasakan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di sekolah rendah dan menengah sejajar dengan Akta Pendidikan 1996.
8. Menggesa kerajaan agar menjadikan pendidikan vokasional dan teknikal sebagai pendidikan arus perdana bermula seawal pendidikan menengah rendah dan memperluaskannya dengan melibatkan bidang kemahiran baru bagi melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berkebolehan dalam pasaran.
9. Mendesak agar kerajaan terus membantu dan memperkasakan sistem pendidikan Islam dan kualiti sekolah-sekolah beraliran agama bagi memastikan produk yang dilahirkan dapat bersaing dari segi akademik dan mempunyai jati diri yang kukuh, berpegang kepada prinsip-prinsip wasatiyyah dan dapat menjadi penyumbang utama dalam memajukan ummah dan negara.
10. Mendokong hasrat kerajaan untuk menghakupayakan dan mendampingi generasi muda secara berterusan melalui pelbagai pendekatan dan platform termasuk golongan mahasiswa melalui pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta memperkasakan Parlimen Malaysia.
Fahamilah UMNO merupakan sebuah parti keramat untuk orang Melayu dan Agama Islam.Dalam asa yang sama kita jua menghormati bangsa-bangsa lain.Tidak ada yang tidak kenanya dengan usul diatas.
Seharusnya kita semua wajib menyokong dan pastinya semua itu untuk rakyat bumi bertuah Malaysia.
MMI.
No comments:
Post a Comment