2 Disember 2011 bertempat di Restoran Dulang Kampung Baru Kuala Lumpur,Satu majlis jamuan mesra telah diadakan bagi meraikan semua perwakilan UMNO Tasek Gelugor dari setiap sayap.
Majlis yang dianjurkan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Ahli Parlimen Tasek Gelugor merangkap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ini turut menjemput semua ahli-ahli UMNO Tasek Gelugor yang berada di Kuala Lumpur sempena dengan Perhimpunan Agung UMNO 2011.Beliau yang dilihat begitu ceria sekali turut menjemput semua staff Pusat Khidmatnya di Tasek Gelugor bagi sama-sama memeriahkan majlis yang dianjurkan.
Walaupun hujan sedikit pada awalnya namun semua tetamu yang dijemput hadir dan jumlah keseluruhan adalah seramai 136 orang.Selain daripada para perwakilan turut bersama adalah YB Tuan Hj Shabudin Yahya Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor merangkap Setiausaha Politik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri beserta rombongannya,Dato Jasmin Mohamed Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor bersama isterinya,Dato Hjh Jahara Hamid Ketua Wanita UMNO Bahagian Tasek Gelugor merangkap ADUN Teluk Air Tawar,Sdri Norhafizah Othman Ketua Puteri UMNO Bahagian Tasek Gelugor beserta jawatankuasa puterinya.
MMI melihat majlis tersebut begitu baik sekali dianjurkan kerana pada ketika Perhimpunan Agung UMNO sedang berjalan disebelah malamnya dianjurkan majlis makan malam dan masa tersebut digunakan sepenuhnya oleh semua kepimpinan untuk sama-sama bertemu dan berbual secara santai dengan para tetamu yang hadir.
Program ini sebenarnya sengaja disusun sebegitu rupa dengan tidak memilih tempat seperti hotel dan restoran agar YB Tan Sri dapat meluangkan masa bersama seluruh jentera Tasek Gelugor dan tetamu dalam keadaan santai.Sdr Hasbul Hazani Daud Pegawai Khas Pusat Khidmatnya sewaktu ditemui berkata program seumpama ini bertujuan membina satu ikatan persaudaraan dan mewujudkan semangat berpasukan yang dilihat amat perlu dalam keadaan sekarang yang hanya menanti masa dan ketikanya untuk gendang pilihan raya dibunyikan oleh YAB Perdana Menteri dan semestinya kerjasama sebagai sebuah pasukan penting.
Tahniah kepada seluruh jentera UMNO Bahagian Tasek Gelugor , Kepada semua gandingan dan jalinan berterusan ini pasti akan memberikan kejayaan kepada UMNO dan Barisan Nasional.Sejajar dengan hasrat YAB Datuk Seri Najib Tun Razak supaya perkuatkankan barisan.
MMI optimis kesepakatan ini bakal memberikan yang terbaik buat semua di Tasek Gelugor.Syabas kepada semua yang terlibat.Misi kita memastikan UMNO dan Barisan Nasional terus menjadi pilihan rakyat dan kita jadikan BN Pilihan Orang Muda.
MMI
No comments:
Post a Comment