Followers

Wednesday, 18 January 2012

Anak Muda Makin Parah - Penangan Anwar Ibrahim Sokong LGBT


Dalam suasana negara yang aman dan makmur kita tidak dapat lari daripada pelbagai masalah melibatkan keruntuhan moral anak muda terutamanya yang berbangsa Melayu.Walaupun kumpulan ini bukanlah merupakan kumpulan terbesar anak muda namun sikap dan perbuatan mereka menjejaskan pandangan masyarakat terhadap peranan anak muda yang dilihat semakin membimbangkan.

Negara mengakui bahawa terdapat kumpulan ini yang perlu diberikan perhatian namun yang pastinya ianya terletak dalam diri masing-masing serta merupakan peranan keluarga yang paling utama.

Keruntuhan moral melibatkan semua pihak sebenarnya dan pihak kerajaan khususnya melalui Kementerian Belia dan pelbagai agensi turut digerakkan untuk memastikan anak-anak muda dan belia dapat menjalani kehidupan dengan sempurna tanpa terjebak dengan kegiatan tidak bermaruah ini.

Namun keruntuhan moral ini tetap berlaku jua dimana-mana dan paling membimbangkan apabila terdapatnya kepimpinan-kepimpinan politik yang turut menjadikan isu moral sebagai senjata untuk mendapatkan sokongan seperti mana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dengan usaha menyokong perlakuan seks bebas dalam negara.

Jelas tindakan Anwar Ibrahim yang dilihat menyokong LGBT ini sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi.Beliau lebih mementingkan kepada penguasaan politik atau hasrat untuk menakluk Putrajaya daripada melihat kesannya kepada barisan generasi pewaris bangsa.Menyokong perlakuan LGBT sudah pasti akan mendapat sokongan kumpulan-kumpulan tertentu yang sudah pasti dalam masa yang sama menggalakkan gejala ini berterusan.

Sebagai rakyat Malaysia,MMI amat bimbang dengan perkembangan terkini yang dilihat semakin membahayakan kerana sebarang tindakan mempergunakan generasi muda hari ini semata-mata untuk kepentingan politik peribadi pastinya akan membawa musibah besar bukan saja kepada diri kita bahkan kepada seluruh umat dan negara.

      

Apakah anak muda ini mengerti dan faham dengan tindakan yang mereka lakukan ? Dimanakah harga diri mereka pada saat dan ketika mereka terlibat dengan tindakan sedemikian ? Fahamkah mereka bahawa mereka sebenarnya mencemarkan nilai-nilai budaya orang Melayu yang beragama Islam dan sedarkah mereka tindakan ini sebenarnya akan membawa kepada keruntuhan akhlak yang paling dasyat kerana mereka mewakili generasi yang tidak boleh diganti dengan generasi lain?

Disaat ini janganlah ada pihak-pihak diluar sana yang menuding jari menyalahkan sesiapa kerana tugas membasmi keruntuhan akhlak perlu dilakukan oleh semua pihak apatah lagi mereka yang bergelar pemimpin.

Menuduh dan berceramah sahaja tidak cukup jika tidak disusuli dengan tindakan.

Ayuh semua sama-sama kita usahakan.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels