Followers

Monday 16 January 2012

Anwar Semakin Merbahaya !


Anwar Ibrahim dilihat semakin merbahaya kepada jutaan umat Islam di Malaysia semenjak dibebaskan dari mahkamah.Ini amat jelas dilihat apabila beliau cuba untuk membenarkan aktiviti seks bebas berlaku di negara ini.Tindakan ini dilakukan semata-mata untuk mendapatkan sokongan kumpulan terbabit terutamanya dalam tempoh masa pilihan raya yang akan diumumkan tidak lama lagi.

MMI yakin dan percaya Anwar sedang meniliti keupayaan beliau dalam menghadapi PRU ke-13 nanti lebih-lebih lagi dengan sokongan puak-puak seperti Ambiga yang dilihat mampu dipergunakan untuk mencapai kemenangan.

Anwar sebenarnya sudah tahu bahawa untuk mendapatkan sokongan kaum-kaum terbesar di Malaysia seperti Melayu,Cina dan India , beliau perlu berdepan dengan penyokong-penyokong Barisan Nasional.Inilah sikap Anwar Ibrahim yang dilihat semakin terdesak untuk menang dalam pilihan raya.


Rakyat sebenarnya sudah kenal siapa Anwar Ibrahim dan kenyataan diatas adalah kenyataan yang dibuat oleh Anwar sendiri sewaktu pilihan raya ke-12 yang lalu.Namun kali ini kita perlu lebih berhati-hati kerana tindakan manusia bernama Anwar ini cukup merbahaya bukan saja kepada negara malah kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Baru-baru ini setelah Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, barulah Ketua Pembangkang itu secara berani menjadi jurucakap bagi memperkatakan hak-hak homoseksual di Malaysia.

Fokus utamanya adalah berkempen untuk memansuhkan undang-undang yang menyekat kebebasan melakukan aktiviti homoseksual.

Seksyen 377 Kanun Keseksaan dijadikan sasaran kerana seksyen itu dianggap penghalang kepada golongan pengamal homoseksual untuk melakukan aktiviti mereka sama ada secara sukarela atau paksa.

Wawancara Anwar dengan BBC, 12 Jan, ketika Ketua Umum PKR itu berada di Mumbai adalah contoh terkini tentang pegangannya terhadap aktiviti homoseksual.


Ironiknya, wartawan BBC bertanyakan Anwar soalan berkaitan hak-hak golongan gay dengan bertanyakan adakah beliau bersedia menerima hak-hak yang sering dituntut oleh kumpulan gay terutamanya kebebasan mengamalkan aktiviti seks songsang atau beliau juga bersikap anti-diskriminasi yang sering dilihat oleh golongan heteroseksual (seks normal).

Anwar menjawab “kami perlu menyemak semula sebahagian daripada undang-undang lapuk kami.”

“Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan.”


Klik Untuk Berita Penuh

Pernahkah anda membenarkan Anwar Ibrahim untuk bercakap bagi pihak diri anda dalam perkara ini ?

Inilah yang sering digunakan oleh Anwar Ibrahim sewaktu berada di luar negara dengan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mewakili suara rakyat Malaysia.Kepala Hotak Dia !!! Kepada anda diluar sana sentiasalah mengikuti kenyataan-kenyataan Anwar Ibrahim kerana beliau merupakan musuh utama kepada negara hari ini malah MMI boleh kategorikan sebagai musuh utama kepada seluruh umat Islam di bumi Malaysia hari ini.

Kepada semua masanya sudah tiba,sebagai rakyat kita harus menolak Anwar Ibrahim dan perjuangannya.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels