Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dengan nasib rakyat,Barisan Nasional sentiasa bekerja untuk memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan selamat dan ekonominya stabil.Ini merupakan faktor terpenting dalam kita membina sebuah negara yang aman dan makmur.MMI yakin dengan kestabilan ekonomi dan sebuah negara yang selamat kita mampu membela rakyat seterusnya memperkasakan agama.
Perkembangan terbaru mutakir ini melihatkan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional dalam memastikan nasib rakyat dibela.Terbaru dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang telah mula diedarkan bermula 15 Januari 2012 memperlihatkan bahawa kerajaan sememangnya bersungguh-sungguh untuk memastikan rakyat diberikan keutamaan sejajar dengan slogan 1 Malaysia Rakyat DiDahulukan Pencapaian DiUtamakan.
Jika dikira dari sudut janji sewaktu pembentangan bajet 2012 yang lalu kerajaan telah mengotakan janjinya dengan telah memberikan bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar sekolah dalam negara serta terbaru adalah pemberian BR1M.Semua ini dilakukan hanyalah kerana kerajaan mempunyai kemampuan dan kemampuan ini disumbang oleh kestabilan politik dan kemakmuran negara.
MMI yakin tidak ada sesiapa pun di Malaysia ini yang mahu melihat anak-anak kita senasib dengan kanak-kanak dalam gambar diatas.Sebagai rakyat kita juga sebenarnya dituntut untuk sama-sama memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan aman.Yakinlah UMNO dan Barisan Nasional sesekali tidak akan memastikan perkara seperti gambar diatas berlaku.
Persoalannya sekarang bersyukurkah kita sebagai rakyat Malaysia terhadap segala yang kita nikmati hari ini?
Apakah kita sebagai rakyat selama ini tidak dibela oleh kerajaan ?
Persoalan ini MMI lontarkan kerana seharian mengikuti program-program yang kesemuanya untuk rakyat,masih terdapat mereka-mereka yang tidak tahu bersyukur apatah lagi berterima kasih.
Semalam dalam satu program ceramah yang diadakan di Markas Pas Pongsu Seribu wajah-wajah mereka yang siangnya bersama BR1M turut kelihatan.Kerajaan bukannya memberi arahan untuk BR1M dibayar kepada ahli UMNO dan Barisan Nasional sahaja malah kepada seluruh rakyat namun sebagai seorang manusia dan rakyat yang diberikan akal fikiran apakah tindakan kerajaan memberikan bantuan ini dilihat sebagai satu tindakan rasuah hanya kerana waktu pilihan raya semakin hampir.
MMI pun tidak kisah sangat puak-puak ni nak hadir keceramah-ceramah parti mereka cuma yang menjadikan MMI agak berang adalah sikap mereka yang dilihat seolah-olah tidak langsung menghargai usaha pihak kerajaan apatah lagi untuk bersyukur.
Terdapat pihak tertentu yang jelas menerima BR1M namun dalam masa yang sama mencaci kerajaan dengan menuduh pemberian ini adalah usaha terdesak UMNO menghadapi pilihan raya sedangkan dalam masa yang sama wang RM500 telah pun berada dalam kocek baju sendiri.
Kepada juak-juak pembangkang yang masih tidak sedarkan diri ni MMI harapkan mereka berubah satu hari nanti.Jadilah manusia yang tahu bersyukur dan mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT kerana tanpanya kita sebagai hamba tidak mampu untuk terus kedepan.
Beringatlah.....
MMI.
No comments:
Post a Comment