MMI kategorikan manusia jenis ini sebagai mereka yang hanya pentingkan diri sendiri.Kadir Sheikh Fadzil dulunya bukan main kesana kemari membawa mesej kerajaan dan dilihat sebagai seorang pemimpin yang cukup mudah didekati.Namun sejak akhir-akhir ini dilihat sudah mula menunjukkan taring tumpulnya apabila dilihat turut berada bersama-sama Anwar Ibrahim.
Soal beliau tidak lagi mahu menyokong kerajaan tidak penting disini yang menjadi persoalannya mengapa baru hari ini beliau mula menghentam UMNO dan bergerak secara jelas membuktikan sokongannya terhadap Anwar Ibrahim ?
Apa pun itu hak masing-masing dan mereka berhak untuk memilih dan membuat keputusan.Namun yang menjadi persoalan sekarang ini bagaimana pula dengan saudara-saudara dan adik beradik Kadir Sheikh Fadzil hari ini yang masih dalam UMNO?
Nampaknya setakat hari ini diam saja,apa mungkin sesuatu sedang dirancang atau berkonsepkan politik masing-masing ?
Agaknya Kadir Sheikh Fadzil lupa bahawa segala yang dinikmati oleh beliau malah keluarganya berpunca daripada UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.Kestabilan ekonomi negara lah yang menjadikan Kadir Sheikh Fadzil hari ini.Tapi MMI faham manusia ni kadang kalanya terlupa,benarlah kata-kata Tun Dr. Mahathir Melayu Mudah Lupa.
Baru-baru ni MMI bertemu seorang kenalan dan beliau baru sahaja menceritakan bahawa rumah yang dimiliki oleh Kadir Sheikh Fadzil ni cukup hebat bahkan disamakan dengan filem-filem hindustan apabila mempunyai ruang dan tangga yang istimewa.
Hang kena tengok ! kata kenalan MMI tadi.
"Ishh hang ni jangan mengata kat orang,tu usaha dia kerja buat dia selama ni mana ada sapa-sapa tolong sebab tulah dia boleh ada semua tu " kata-kata yang terpacul dari mulut MMI.
Kepada semua jom kita sama-sama teruskan perjuangan dan jadikan pedoman dengan apa yang berlaku supaya kedepan kita tidak dicop sebagai pengkianat!
Hidup Melayu !
MMI.
No comments:
Post a Comment