Followers

Thursday, 5 January 2012

Bahana Jika Anwar Terus DiBiarkan Bebas


Semua orang sudah tahu bahawa tarikh 9 Januari 2012 merupakan tarikh dimana mahkamah bakal membuat keputusan terhadap kes liwat Anwar Ibrahim.Bagi MMI tarikh tersebut merupakan tarikh keramat kerana jutaan rakyat Malaysia menanti keputusan mahkamah dan mengharapkan keadilan dapat dimiliki oleh Mohd Saiful Bukhari.

Namun apa yang MMI nak dedahkan kali ini adalah berkenaan sebuah syarikat yang menganjurkan promosi produk berjenama NIVEA dengan cara yang sememangnya tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia.Didapati syarikat tersebut menggunakan model wanita yang sanggup berbogel demi mempromosikan produk berjenama tersebut.

Fuh jika dilihat cara dan kaedah tersebut boleh tercabut jantung mereka-mereka yang melihatnya dan pastinya produk tersebut selepas ini makin laris kerana bentuk promosi yang sedemikian.

Tetapi kita tetap bersyukur kerana perkara tersebut bukan berlaku di negara kita Malaysia.Perlu diingat budaya seperti di gambar bukanlah budaya rakyat Malaysia kerana kita tetap berpegang kepada nilai-nilai agama dan menghormati hak serta bangsa-bangsa yang lain.

MMI beranggapan sekiranya Anwar Ibrahim terus dibiarkan bebas pastinya perkara-perkara sebegini boleh berlaku kerana Anwar dan konco-konconya pernah mengiktiraf perhimpunan Seksualiti Merdeka baru-baru ini yang menjurus kepada memperakui seks bebas dan songsang itu sebagai hak kemanusiaan yang jelas bercanggah dengan nilai dan budaya rakyat Malaysia.




Mahukah budaya dan perkara seperti ini berlaku di pekan,bandar,kompleks membeli belah di kawasan anda semua ?

Yang pasti ianya jelas bukan budaya kita.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels