Petang tadi gempar dengan berita mengatakan 500 mahasiswa dan mahasiswi USM Pulau Pinang akan mengadakan demo bagi menyokong perjuangan Adam Adli dan SMM.Seluruh wartawan diberitakan berkejar ke USM bagi mendapatkan berita termasuklah wartawan daripada Kuala Lumpur.
Namun pujian harus kita berikan kepada mahasiswa dan mahasiswi USM kerana mereka telah membuktikan gerakan radikal dan politik jalanan bukan pilihan seterusnya membuktikan kematangan mereka dalam soal membuat keputusan tanpa menjadikan diri mereka sebagai anjing kepada permainan politik bodoh pihak pembangkang.
10 orang saja yang hadir dalam apa yang dipanggil sebagai himpunan menyokong gerakan BEBAS dan mahasiswa yang berjuang demi kebebasan ini.
Dikhabarkan mereka yang hadir di gelanggang bola keranjang tempat dimana mahasiswa dan mahasiswi diminta berkumpul telah menukar tajuk himpunan tersebut daripada himpunan menyokong gerakan BEBAS kepada "Study Group" hahahaha apa punya bingai puak-puak ni.Dikhabarkan juga tujuan mereka berbuat demikian adalah bagi mengelakkan diri mereka daripada ditangkap.
MMI bukan bercakap kosong,ikuti petikan dibawah ianya diambil dari laman FB seorang daripada mereka yang merancang dan menyebarkan maklumat untuk mengajak mahasiswa dan mahasiswi untuk hadir beramai-ramai dalam himpunan menyokong gerakan BEBAS.
Inilah bukti bahawa malam tadi mereka bukannya barisan pelajar yang sedang dalam "Study Group" kerana jelas dilihat perancangan sudah diatur dari awal cumanya himpunan tersebut tidak mendapat sambutan daripada mahasiswa dan mahasiswi USM sahaja.
MMI bawakan lagi BUKTI hebahan dan jemputan telah dilakukan oleh mereka sejak dari awal.Klik link di bawah.
Inilah sebahagian daripada gerakan jahat yang cuba dimulakan di Pulau Pinang bagi mencetuskan gelombang bantahan tersusun daripada golongan mahasiswa.Yang pasti pihak pembangkang jelas sedang berusaha untuk mengheret rakyat khususnya pelajar ke jalanan bagi menghuru-harakan negara dan menjadikan hak kebebasan sebagai umpan untuk menyelamatkan seorang manusia bernama Anwar Ibrahim seterusnya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional seperti mana yang berlaku di Mesir baru-baru ini.
Lagi berita bergambar di Generasi Pejuang Bangsa dan Pemikir Politik Jerantut.
Yang pastinya anda telah disajikan gambar-gambar yang memperlihatkan kali pertama gerakan seperti ini diketuai oleh mahasiswa berbangsa Cina dan rakan-rakannya.Namun mereka ini dilihat agak bijak daripada mahasiswa-mahasiswa lain kerana bijak menyelamatkan diri dengan berkata berada dalam "Study Group".
Bayangkanlah jika ianya dilakukan oleh bangsa Melayu pastinya mereka akan terus bertindak tanpa memikirkan kesannya sehinggalah mereka ditangkap Polis.MMI serahkan kepada anda semua untuk membuat penilaian.
Anak Melayu bermatian-matian dalam apa yang mereka sebut sebagai perjuangan sehingga sanggup mencerca pihak Polis termasuklah sampai ada yang mengalami kecederaan.Tapi cuba lihat bangsa lain walaupun tindakan mereka menjurus kepada memberikan sokongan terhadap Adam Adli dan konco-konconya tetapi dalam soal ditangkap Polis mereka jelas tidak sesekali menyokong.
Kenapa ? Kerana mereka tahu ditangkap oleh Polis bererti mereka bakal menerima hukuman.
MMI.
No comments:
Post a Comment