Gambar Hiasan |
ALOR SETAR 6 Jan. - Beberapa bangunan milik UMNO Kedah disembur cat dan kata-kata nista terhadap parti itu menjelang keputusan mahkamah pada Isnin ini berhubung kes liwat melibatkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut menjadi mangsa ialah kenderaan orang awam serta bas yang disembur cat warna hitam dengan perkataan “Bebaskan Anwar” dan “Gerakan 901”. Bangunan Tunku di sini yang menempatkan pejabat Badan Perhubungan UMNO Kedah, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dan Bank CIMB, disembur perkataan memburukkan UMNO, Barisan Nasional dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Bangunan UMNO Padang Terap di Kuala Nerang dan bangunan UMNO Kubang Pasu di Jitra turut menjadi sasaran kumpulan tidak bertanggungjawab yang menyembur perkataan serupa.
UMNO Kedah membuat laporan polis di Balai Alor Setar, Kuala Nerang dan Jitra, pagi ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, UMNO Kedah sangat kesal dengan perbuatan vandalisme berunsur provokatif itu. — BERNAMA
MMI kata ..
Belum pun keputusan kes liwat Anwar Ibrahim diumumkan juak-juak pembangkang dilihat semakin meroyan dan tidak senang duduk apabila bertindak menyimbah cat bagi menunjukkan tanda protes mereka seolah-olah keputusan terhadap Anwar telah pun di ketahui.
Kepada rakyat Malaysia nilailah..
MMI.
No comments:
Post a Comment