Followers

Friday 20 January 2012

Justice 4 Saiful - Apa Tindakan Peguam Negara ?


Sehingga ke saat artikel ini di tulis pihak Peguam Negara masih belum membuat sebarang rayuan berkenaan kes liwat Mohd Saiful Bukhari.MMI cukup hairan kenapa perkara begini berlaku?Apa yang susah sangat untuk Ybhg Tan Sri Abd Ghani Patail selaku Peguam Negara untuk memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan ke atas keputusan yang di buat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9hb Januari 2012. 

Mohd Saiful Bukhari bukan rakyat Malaysia ka ? Beliau bersama keluarga dan peguamnya telah berkali-kali memohon kepada peguam negara secara terbuka untuk memfailkan notis rayuan namun masih tiada sebarang tindakan daripada pihak peguam negara.Terbaru Mohd Saiful Bukhari sendiri melalui peguamnya telah menghantar sepucuk surat kepada peguam negara memohon suapaya difailkan notis rayuan.

MMI bawakan kenyataan daripada Mohd Saiful Bukhari sendiri.

Assalammualaikum,

Untuk makluman semua, kelmarin, peguam saya Tetuan Zamri Idrus & Co telah menghantar sepucuk surat rasmi bagi pihak saya kepada YBhg Tan Sri Abd Ghani Patail, Peguam Negara, memohon beliau untuk memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan ke atas keputusan yang di buat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9hb Januari 2012.

Saya terpaksa mengutus sepucuk surat rasmi ini kerana sehingga ke hari ini tiada maklum balas terhadap permohonan terbuka saya dan bapa dari YBhg Tan Sri sama ada beliau akan memfailkan rayuan atau tidak. Masa juga semakin suntuk.

Rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depan saya.

Jika saya berhak memfailkan rayuan itu sendiri, saya akan berbuat demikian tanpa menyusahkan individu lain. Namun kuasa mutlak untuk memfailkan rayuan, hanya terletak ditangan Peguam Negara.

Pada hemat saya, saya hanya menuntut hak saya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dimana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi.

Saya berdoa agar Peguam Negara mempertimbangkan permohonan saya ini.

Terima kasih saya ucapkan pada rakan-rakan dan semua pihak yang mendoakan dan menyokong saya untuk permohonan rayuan ini.

Saya akan terus berdoa, sabar dan istiqamah.

SAIFUL BUKHARI AZLAN
19hb Januari 2012

MMI amat kesal dengan sikap berdiam diri pihak peguam negara.Mohd Saiful Bukhari mangsa liwat dalam kes ini berhak untuk diberikan pengadilan yang seadilnya dan beliau berhak untuk membuat rayuan supaya haknya sebagai warganegara Malaysia dan manusia yang dianiaya mendapat pembelaan yang sewajarnya.


Bagi MMI sekiranya petang ini masih tiada tindakan daripada peguam negara untuk memfailkan notis rayuan ianya jelas bermakna peguam negara telah mengabaikan tanggungjawabnya untuk meletakkan keadilan di tempat sewajarnya.

Jangan pula nanti selepas bertahun-tahun akan datang muncul pula cerita menyatakan berlaku proses jual beli diantara pihak-pihak tertentu dalam menangani kes liwat Mohd Saiful Bukhari.

Justice 4 Saiful ! Atas dasar itu MMI tidak akan berdiam diri sekiranya proses rayuan ini tidak berlaku.

Pihak pembangkang jangan cakap lah pastinya senyap dan sepi,cumanya MMI agak hairan dipihak merekalah sebenarnya paling banyak kumpulan-kumpulan yang menggelarkan diri sebagai pejuang keadilan ataupun badan-badan yang mempertahankan hak asasi manusia.Kemana agaknya kumpulan dan badan ini sekarang ? Jelas mereka bukan memperjuangkan keadilan dan hak asasi manusia seperti mana yang di laung-laungkan kerana misi dan matlamat mereka hanyalah untuk mempertahankan seorang manusia bernama Anwar Ibrahim. 

Persoalannya mengapa Anwar Ibrahim boleh diberikan masa selama 3 tahun 6 bulan dengan berpuluh-puluh kali pengangguhan kes sedangkan Mohd Saiful Bukhari dinafikan haknya untuk mendapatkan pembelaan yang sewajarnya dengan memfailkan notis rayuan ? 

JANGAN TIDOR LA OOOIIIIII !!!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels