Masyarakat dunia gempar dengan satu fenomena pelik yang berlaku dikebanyakkan tempat dan negara dalam dunia.Satu bunyi yang kuat telah dikesan dan didengar oleh kebanyakkan masyarakat di dunia yang tidak dapat mencari punca terhasilnya bunyian tersebut.
Terbaru fenomena ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit dikesan berlaku di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.
Ini adalah bunyi yang direkodkan oleh salah seorang penduduk di Kota Samarahan,Sarawak pada 11 dan 12 Januari 2012 yang lalu.
Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark. Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.
Menariknya bunyi yang sama turut di dengar di beberapa tempat di dunia pada tarikh yang sama. Ianya sedang di buat kajian.
MMI bawakan beberapa rakaman bunyi aneh tersebut yang turut berlaku di beberapa tempat dan negara di dunia untuk dibuat perbandingan.
Berlaku di Denmark 16 September 2011
Berlaku di South France 3 November 2011
Terbaru berlaku di Florida 17 Januari 2012
Apakah yang bermain difikiran anda ketika ini agaknya ? Adakah bunyi tersebut terhasil daripada gerakan apa yang dipanggil UFO ? Persoalan yang sukar untuk kita jawab.
Memang sukarkan ? Apa pun percayalah semuanya kerana kekuasaan Allah SWT.
Semakin hampir ke saat yang dijanjikan pelbagai perkara aneh terjadi. Semuanya kehendak dan di atas kekuasaan Allah subhanahu-wa-ta'ala jua.
MMI.
No comments:
Post a Comment