Followers

Monday 9 January 2012

Perhimpunan Sudah Bermula !!


Belum pun 9 Januari 2012 , terdapat dua perhimpunan telah pun berlaku secara serentak.Masing-masing dengan rentak dan agenda masing-masing.Tapi yang menariknya kedua-duanya melibatkan Pakatan Haprak cumanya berbeza nada dan barangkali sedikit emosi.

Seperti yang anda lihat dalam gambar diatas Anwar Ibrahim tertuduh bagi kes liwat yang akan diumumkan keputusannya oleh mahkamah pada pagi nanti telah pun berkumpul bersama-sama dengan juak-juak penyokong tegar beliau di Kelab Sultan Sulaiman bagi memberikan kata-kata semangat atau amanat terakhir beliau sebelum dihumban ke penjara pada esok hari.

Berhimpunnya mereka bertujuan untuk menyediakan satu pentas kepada semua pengikut-pengikut Pakatan  Haprak yang telah pun berada di ibu negara dapat juga sekurang-kurangnya menghabiskan masa dengan melayan cakap-cakap Anwar Ibrahim yang sudah ribuan kali mereka dengar.Lagi Gambar & Berita.

Paling menarik Anwar dalam ucapannya dilihat seolah-oleh telah pun mengetahui keputusan yang bakal diumumkan besok dengan menyatakan beliau telah bersedia dengan segala kemungkinan paling buruk berhubung keputusan mahkamah pagi nanti

Namun berbeza pula dengan himpunan yang lagi satu ini bilamana 1000 orang penyokong Hasan Ali hadir ke rumahnya bagi menunjukkan tanda sokongan mereka dan isyarat kepada Pas bahawa mereka tidak bersetuju dengan keputusan memecat Hasan Ali daripada menjadi ahli Pas.


Turut hadir bersama-sama ke rumah Hasan ali adalah Ustaz Nasharuddin , Ustaz Harun Din dan Ustaz Ismail Kamus.


Hebat sekali kedua-dua perhimpunan ini kerana mempunyai auranya yang tersendiri.Sama ada datangnya aura itu dari sudut individu atau kumpulan tertentu MMI biarkan kepada semua untuk memberikan jawapan..Namun yang paling menarik adalah perhimpunan di rumah Hasan Ali dilihat sebagai yang terbaik kerana kemungkinan 1000 ini meninggalkan Pas kerana kecewa dengan pendirian parti atau pun mereka ini bakal memilih UMNO untuk terus menyumbang bakti dan keringat kepada rakyat Malaysia.Insyallah semua ini tidak mustahil untuk dilakukan.

Kita nantikan apa pula yang akan berlaku pagi nanti..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels