Seperti yang dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M mula diberikan kepada rakyat hari ini.MMI yang mengikuti proses pemberian tersebut hari ini di KADUN Sungai Dua Tasek Gelugor cukup tersentuh apabila melihat rakyat dari pelbagai lapisan umur dan bangsa sama-sama hadir dengan penuh keceriaan untuk mendapatkan pemberian BR1M ini.
Di KADUN Sungai Dua sebanyak 680 orang penerima untuk siri 1 telah dikenal pasti dan layak untuk mendapatkan baucar RM500 masing-masing.Pemberian ini dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Murni Sungai Dua dan semua penerima baucar dapat menunaikan terus baucar masing-masing dengan pihak Bank Simpanan Nasional yang turut hadir bagi memudahkan semua penerima untuk mendapatkan wang masing-masing.
Program pagi tadi telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang turut menyerahkan baucar BR1M kepada mereka yang layak menerima.Turut bersama YB Tan Sri adalah YB Dato' Jasmin Mohamed ADUN Sungai Dua yang dilihat begitu sibuk sejak awal pagi melayan orang ramai yang hadir bagi mendapatkan kaunter pendaftaran yang betul untuk pendaftaran.
Pelbagai pihak turut tampil membantu melicinkan perjalanan program pagi tadi antaranya adalah Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor,Kelab Sukan Komuniti Sungai Dua dan pemimpin masyarakat dalam KADUN Sungai Dua menjadikan segala persiapan dan perancangan berjalan dengan baik seterusnya memudahkan orang ramai untuk mendapatkan baucar BR1M..
Pemberian baucar BR1M ini akan diteruskan dengan siri-siri seterusnya selepas ini yang pastinya setiap daripada rakyat yang mengisi borang permohonan akan layak menerima.Namun ada juga berita menarik berkenaan permohonan untuk mendapatkan bantuan ini , sekiranya permohonan tersebut gagal atau dikategorikan sebagai tidak layak maka orang ramai yang terlibat masih boleh membuat rayuan kepada LHDN dan permohonan tersebut akan dipertimbangkan semula.
Sampai begitu sekali kerajaan Barisan Nasional prihatin akan nasib rakyatnya.YB Dato' Jasmin dalam ucapannya turut berkata sekiranya individu yang layak dan lulus untuk mendapat bantuan ini tetapi tidak dapat datang maka YB Dato Jasmin akan kerumah orang-orang tersebut untuk membuat penyerahan BR1M.
Paling menarik adalah sepanjang MMI perhatikan ramai dikalangan mereka merupakan ahli dan penyokong pembangkang hadir untuk menerima baucar BR1M.Cumanya kepada puak-puak Pembangkang janganlah pula bantuan yang diberikan diserahkan kepada pihak lain dengan alasan fisabilillah.
Dalam kesibukan orang ramai menantikan giliran baucar mereka dapat ditunaikan MMI juga terkejut turut disapa oleh seorang anak kecil bernama Nadzim Haziq yang katanya merupakan peminat cilik blog MMI.Wow MMI ada peminat tetap hehehe .. Apa pun terima kasih kepada adik Nadzim Haziq yang memberikan sokongan.... Gua Caya Lu.
MMI.
No comments:
Post a Comment