Followers

Monday 9 January 2012

Ketepikan Suara Pemuda Sendiri - Pas Semakin Hanyut


Tindakan memecat Hasan Ali daripada Pas dilihat sebagai tindakan terburu-buru yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan Pas Pusat.Diberitakan pemecatan ini berlaku secara drastik apabila kepimpinan Pas yang telah hilang kredibiliti mereka atas dasar prinsip dan perjuangan kerana melacurkannya  kepada DAP dan PKR dilihat telah memakan diri.

MMI percaya ribuan malah puluhan ribu penyokong-penyokong Pas hari ini pastinya terkejut dan terkedu dengan perkembangan terbaru yang berlaku terhadap parti mereka apatah lagi disaat menjelangnya sinar mentari pagi nanti bila mana seorang manusia bernama Anwar Ibrahim bakal diputuskan oleh mahkamah samada bersalah atau pun tidak.

Namun yang lebih menariknya perkembangan ini adalah bilamana keputusan pemecatan Hasan Ali dibuat oleh pucuk pimpinan Pas maka seluruh rakyat termasuk MMI sedang menantikan kenyataan dan tindakan daripada anak muda atau barisan pemuda Pas Pusat berkenaan keputusan tersebut.


Mereka (Pemuda Pas) dilihat bermula garang apabila telah menyatakan untuk tetap berdiri dibelakang Hasan Ali diwaktu tercetusnya insiden pertama dimana Hasan Ali telah membuat kenyataan dengan sepenuh keikhlasan beliau untuk meneruskan misi perpaduan umat Islam melangkaui ideologi politik dan bangsa.Apatah lagi selepas itu sekiranya YAB PM mengajak beliau untuk sama-sama membincangkan perkara-perkara yang meletakkan Islam sebagai keutamaan maka beliau akan menerimanya.Klik Sini

Disinilah bermulanya episod duka Pas hari ini bilamana terlalu mengikut telunjuk dan arahan mereka-mereka yang langsung tidak ada kena mengena dengan parti sendiri.Tapi atas nama kuasa dan politik mereka tetap dengan pendirian untuk terus menjadi anjing dan keldai kepada DAP dan PKR.




Persoalanya sekarang sejauh mana pendirian dan prinsip Pemuda Pas yang diterajui oleh Nasrudin apabila Hasan Ali bukannya meninggalkan Pas sebaliknya beliau dipecat kerana dilabelkan sebagai seorang ahli dan pemimpin yang melakukan kesalahan dan tindakan yang tidak meguntungkan parti?


Dimana suara pemuda Pas ? bilamana sebelum ini telah berikrar untuk mempertahankan Hasan Ali sekiranya sesuatu tindakan diputuskan namun ternyata semuanya hanyalah retorik semata-mata apabila pemuda Pas dilihat berdiam diri dan mengunci mulut masing-masing setelah keputusan dibuat. 

Kejadian ini bukti bahawa pucuk pimpinan Pas dan seluruh ahli pemuda mereka GAGAL dalam perjuangan caca merba yang mereka amalkan sendiri.Klik Sini

MMI pastinya menantikan kenyataan atau ulasan daripada Ketua Pemuda Pas berkenaan isu pemecatan Hasan Ali adakah mereka benar-benar ikhlas dalam perjuangan mereka ? namun perlu diingat gagal mengeluarkan kenyataan  bererti menyokong tindakan Pas memecat Hasan Ali dan semestinya pemuda Pas bakal berdepan dengan apa yang kita panggil sebagai krisis kepimpinan parti yang dilihat semakin menjadi-jadi dalam parti Pas hari ini.

Semuanya bukti bahawa Pas tidak pernah mahu mengambil tahu dan mendengar suara pemudanya sendiri dalam membuat satu-satu keputusan.

Pas semakin hanyut.

MMI. 

No comments:

Post a Comment

Labels