Followers

Thursday 15 December 2011

Hasan Ali Terus Di Pujuk - PAS Retak Menanti Belah


Suasana politik dalam kem Parti Pas dilihat begitu menarik kebelakangan ini apatah lagi isu berkenaan Hasan Ali dilihat mengungguli carta top ten dikalangan pengikut taksub Pas mahupun rakyat secara keseluruhannya.

Terbaru Dewan Pemuda Pas Pusat pula mengeluarkan kenyataan akan berada di belakang Exco Hal Ehwal Agama Islam,Adat-Adat Melayu,Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor,Datuk Dr. Hasan Ali dalam usaha bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu memperjuangkan Islam demi kesatuan umat.

Sehubungan itu,Ketuanya Nasrudin Hasan meminta Hasan meneruskan perjuangan itu tanpa meninggalkan jemaah dan pihak Pemuda sedia bersama-sama dengannya demi memartabatkan Islam.

Beliau berkata,sikap positif Hasan itu wajar disahut kerana jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu begitu komited dengan perjuangan Islam.

"Hasan telah menunjukkan sikap positifnya untuk memperjuangkan Islam dan kita akan bersama-sama dengannya untuk meneruskan perjuangan ini.

"Namun adalah amat diharapkan dalam beliau memperjuangkan Islam beliau tidak menghindarkan diri daripada Pas dengan bertindak keluar daripada jemaah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas agenda Hasan yang mahu berjuang memartabatkan Islam dalam satu sidang akhbar di kediamannya kelmarin.

Ini merupakan reaksi pertama Dewan Pemuda Pas selepas tersiarnya berita pengguguran Hasan sebagai calon ekoran kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor,Saari Sungib yang dipaparkan dalam beberapa blog menyatakan kemungkinan besar ADUN Gombak Setia itu akan digugurkan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Nasrudin berkata,prinsip-prinsip keadilan juga jelas kelihatan pada agenda Hasan itu kerana selaku pemimpin peringkat negeri sudah tentu kepimpinannya bukan hanya setakat ahli Pas sahaja.

Malah katanya ia merangkumi setiap umat Islam di Selangor tanpa mengira ideologi politik.

"Bukan itu sahaja Datuk Dr. Hasan juga adalah pemimpin bagi setiap rakyat bukan Islam di negeri Selangor." katanya.

Baguslah kalau pemuda Pas mahu bersama-sama Hasan Ali sekurang-kurangnya beliau tidak berjuang keseorangan dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam ni.


Apa pun MMI masih sangsi dengan pendirian pemuda Pas ni,BERANI kah mereka dalam berhadapan dengan Nabi (Mengikut Ustaz Budak) di Kelantan ? Apa bolehkah pemuda Pas mempertahankan perjuangan ini kalau Nik Aziz yang digelar nabi ini tidak bersetuju untuk mempertahankan Hasan Ali ? Sejauh mana Nasrudin Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat mampu mempertahankan Hasan Ali sekiranya pucuk pimpinan tidak bersama-sama dengan mereka ?

Terpulanglah,rakyat akan melihat sejauh mana komitmen kamu dalam mempertahankan apa yang kamu perjuangkan.MMI melihat sebagai seorang pemimpin muda Nasrudin seharusnya mengeluarkan kenyataan yang lebih penting daripada mempertahankan Hasan Ali.Lupakah beliau apa yang berlaku dalam peristiwa Ustaz Budak menyamakan Nik Aziz setaraf dengan nabi ? 


Dimana suara pemuda Pas ? Adakah perihal pencalonan Hasan Ali dalam Pilihan Raya lebih penting untuk dipertahankan daripada memperbetulkan kenyataan mengangkat Nik Aziz sebagai nabi kerana ianya melibatkan soal akidah ?


MMI masih ingat sekiranya Ustaz Hafiz Nordin masih mengepalai pemuda Pas pastinya beliau orang pertama yang akan bangun memperbetulkan apa yang dilihat jelas bercanggah dengan nilai-nilai perjuangan parti Pas itu sendiri.Beliau yang dulunya merupakan Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang merupakan seorang pemimpin muda yang komited dalam perjuangannya.Namun kerana sentiasa ditekan dan dikecewakan oleh pucuk pimpinan PAS sendiri maka beliau mengambil keputusan untuk berundur.Beliau sendiri jika di soal hari ini berkenaan pandangan mengenai perjuangan Pas bersama-sama dengan DAP dan PKR pastinya akan berkata MALU untuk menjawabnya.

MMI bawakan temubual beliau bersama wartawan Sinar Harian yang dipetik daripada blog Media Permatang Pauh.Klik DiSini

Jelas bukan ? MMI bukan bercakap kosong inilah sebenarnya yang berlaku dalam parti Pas.Mereka dilihat semakin menyimpang jauh dari asas perjuangan mereka sendiri.Faktor DENDAM NIK AZIZ terhadap UMNO hanya kerana peristiwa lalu memakan diri serta ahli-ahli Pas hari ini yang hanya menjadi pak turut kepada isi hati dan hasrat seorang pemimpin yang semakin rakus menggunakan agama sebagai topeng politik peribadi.
Nik Aziz adalah orang yang bertanggungjawab membawa kemusnahan kepada parti PAS,Beliau sanggup menerima kemasukan rakan dan sahabat yang terang-terangan tidak menyokong perjuangan Islam yang kononnya PAS bawa namun atas faktor kuasa dan politik maka laluan itu telah dibuka dan pastinya DAP serta PKR menjadikan ahli-ahli Pas sebagai kuda tunggangan mereka dalam menggapai impian menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dan UMNO.

Semuanya atas nama kuasa dan politik semata-mata.Cuba lihat video di bawah,MMI bawakan sidang akhbar ini supaya dapat dilihat dan dinilai oleh semua bagaimana sewaktu sidang akhbar diadakan bagi memberikan penerangan berkenaan isu Hasan Ali,Khalid Samad memperlihatkan satu sikap yang tidak seharusnya dilakukan oleh seseorang yang diangkat sebagai pemimpin,Tingkah laku beliau seolah-olah tidak menyokong setiap kenyataan yang dibuat apatah lagi menyokong Hasan Ali di Selangor.Saksikan.


Pas retak menanti belah.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels