Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata selain Adam Adli Abdul Halim, seorang lagi mahasiswi, Siti Nurul Piteriah Abdul Halim akan turut didengar tindakan tatatertib kerana melakukan kesalahan melanggar AUKU.
Siti Nurul Piteriah atau dikenali sebagai ‘Yuyu Luna’ di laman sosial facebooknya juga terlibat bersama-sama Adam Adli ditahan polis pada malam demonstrasi pelajar luar di pintu pagar UPSI, pada 1 Januari.
“Tadi (petang semalam) dah dibebaskan atas jaminan polis, perbicaraan 20 Januari nanti tetapi saya masih kabur atas kesalahan apa saya ditangkap jam 3.30 pagi tadi (1 Januari 2012)”, kata Luna seperti dilaporkan gazebodaily.net
Portal Malaysiakini turut melaporkan Luna juga adalah setiausaha LMP (kumpulan Legasi Mahasiswa Progresif), satu organisasi pelajar underground yang dipengerusikan Adam Adli.
Adam Adli memberitahu portal itu setiausahanya, Luna telah disingkirkan dari kolej kediaman Aminuddin Baki, UPSI.
AIDCNews sebelum ini pernah mengingatkan seandainya demonstrasi itu sekadar untuk permainkan Dr Junaidy, mereka silap besar. Mereka sepatutnya membaca sejarah siapakah tokoh yang buat kajian tentang “Mahasiswa Politik dan Undang-Undang” yang menjadi salah satu rujukan gerakan mahasiswa masa kini.
Ramai pemerhati politik kampus berpendapat, demonstrasi anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang bermentorkan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai satu usaha untuk memulakan ‘revolusi seperti Mesir dan Tunisia‘ yang bertopengkan pemansuhan AUKU.Lagi Berita
MMI yakin jutaan rakyat Malaysia akan bangun mempertahankan tindakan biadap puak-puak mahasiswa dan mahasiswi ini.
Untuk kesejahteraan negara Malaysia.Ayuh semua kita bersiap sedia..Maruah negara harus kita pertahankan.
MMI.
No comments:
Post a Comment