Followers

Wednesday 11 January 2012

Pengganas Menyusup Dalam Perhimpunan 901 Bagi Menghuru-Harakan Negara


Tindakan juak-juak pembangkang untuk berhimpun di perkarangan mahkamah untuk memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim ternyata cuba dijadikan sebagai medan untuk mencetuskan huru-hara dalam negara.Mereka ternyata tidak menghormati keputusan yang telah dicapai diantara wakil perhimpunan Azmin Ali dengan pihak polis apabila turut menggunakan pembesar suara bagi menimbulkan provokasi dan terdapat juga dikalangan mereka yang hadir membawa senjata.

Paling membahayakan apabila terdapat letupan bom dikawasan perhimpunan hingga menyebabkan kecederaan dikalangan mereka yang hadir.Cuba kita amati kejadian tersebut,Mengapa bom tersebut diletakkan dikawasan perhimpunan dan diletupkan menggunakan bom jangka (mengikut siasatan awal pihak polis) dan siapakah yang meletakkannya ? 

MMI sebenarnya dari awal lagi telah menghidu gerakan dan cubaan juak-juak pembangkang ini yang sanggup mengorbankan rakan sendiri demi mencari isu untuk menuduh bahawa letupan ini angkara pihak polis dan anggota keselamatan yang terlibat bagi mengawal perhimpunan tersebut.

Semuanya adalah atas satu niat untuk mencetuskan huru-hara apabila Anwar Ibrahim disabitkan bersalah oleh mahkamah namun keputusan sebaliknya berlaku dan inilah yang menjadikan cubaan pembangkang tidak menjadi dan akhirnya memakan diri sendiri.

Pernahkah kita mendengar isu letupan bom ini dicanang dalam ceramah-ceramah atau media pembangkang kononnya ia dilakukan oleh pihak polis ataupun UMNO ? Jika ada sekalipun sejauh mana mereka mengulasnya ? Tentunya sekadar mengaburi mata rakyat kerana ia merupakan satu perancangan yang tidak menjadi yang di rancang oleh juak-juak pembangkang bagi mencetuskan apa yang dipanggil sebagai gerakan revolusi rakyat seperti mana yang berlaku di Mesir.

Malah Tian Chua turut mengeluarkan kenyataan supaya pihak polis membuat siasatan segera untuk mengenal pasti mereka yang terlibat selain daripada cuba mengaitkan polis sebagai mereka yang bertanggungajwab.



Kita ikuti laporan ini dan kenyataan daripada pihak polis.

Tiga butir bom buatan sendiri yang meletup sehingga mencederakan lima individu di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam, dipercayai dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan Kempen Bebas Anwar 901.




Ini kerana, polis yang membuat pemeriksaan ketat di seluruh kawasan perhimpunan sebelum membenarkan peserta memasuki lokasi itu seawal pukul 4 pagi, tidak menemui sebarang objek berbahaya.

Sumber polis berkata, siasatan awal percaya, bom-bom tersebut dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan itu.

“Kawasan tersebut telah dikawal oleh anggota polis sehari sebelum perhimpunan selain pemeriksaan dibuat secara rapi.

“Malah, pemeriksaan terakhir turut dilakukan sebelum peserta perhimpunan dibenar berkumpul di kawasan itu dan tiada objek berbahaya ditemui.

“Sebab itu kita percaya bom buatan sendiri yang lengkap dengan jam jangka itu dibawa oleh peserta perhimpunan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menambah, polis terpaksa mengambil masa untuk menyiasat insiden tersebut berdasarkan rakaman video yang diambil kerana kawasan berkenaan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam kejadian itu, lima termasuk seorang peguam cedera dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Letupan pertama berlaku pukul 10.20 pagi di Jalan Khidmat Usaha disusuli 25 minit kemudian letupan kedua di kafeteria mahkamah.

Bom ketiga yang disembunyikan di bawah kon di hadapan mahkamah meletup pukul 10.55 pagi.

Kesemua peserta perhimpunan mula berada di kawasan terbabit sejak pukul 4 pagi manakala kafeteria dibuka pada waktu pejabat.

Sementara itu, Polis Kontinjen Kuala Lumpur mengesahkan tiga letupan yang berlaku semalam berpunca daripada bom jangka buatan sendiri.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya menunggu pengesahan pakar dan ahli kimia untuk menentukan jenis dan kelas bahan letupan itu.

Antara bahan-bahan yang ditemui di kawasan letupan itu ialah serpihan kon plastik, bebola gegalas, jam dan bateri, katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook Polis Kuala Lumpur hari ini.

“Polis telah mengumpul semua bahan bukti di tempat kejadian dan akan dihantar untuk dianalisis dan sedang mengesan saksi-saksi lain yang boleh membantu dalam penyiasatan berhubung kejadian tersebut,” kata Mohmad.Sumber Utusan Malaysia.


Apakah kelibat mereka ini yang menggelarkan diri sebagai KOMANDO AMK MALAYSIA terlibat secara langsung dalam kejadian letupan bom baru-baru ini ? Kita serahkan kepada pihak polis untuk lakukan siasatan.

Kepada rakyat Malaysia,berhati-hatilah selepas ini kerana pengganas politik berada disekeliling kita.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels