Followers

Tuesday, 10 January 2012

Pulau Pinang - GPMS Bertindak !


Susulan daripada laporan polis yang dibuat oleh GPMS Cawangan Barat Daya Pulau Pinang berkenaan terdapatnya slip nombor ekor yang dijual menggunakan kertas yang mengandungi cetakan ayat suci Al-Quran pada minggu yang lalu , satu memorandum telah dihantar kepads Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang hari ini.Klik Sini.

Kecewa dengan sikap pihak berwajib khususnya Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang sehingga ke hari ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan tiada apa-apa tindakan diambil menyebabkan memorandum itu dihantar hari ini.


Sdr Mohd Faiz Hj Mohamed Rafeek YDP GPMS Cawangan Barat Daya bersama-sama ahli-ahlinya hadir ke pejabat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang hari ini menyerahkan memorandum tersebut bertujuan untuk menyedarkan pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang untuk lebih peka dengan isu-isu berkaitan penghinaan agama Islam yang dilihat semakin hari semakin menjadi-jadi yang jelas tidak disenangi oleh seluruh masyarakat Islam di negeri Pulau Pinang.


Apakah hari ini kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP tidak sedikit pun melihat akan permasalahan melibatkan kepentingan agama Islam di negeri ini ? Adakah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang hari ini hanya di wujudkan untuk mengaburi mata rakyat sedangkan gerak kerja dan keberkesanannya dilihat semakin merundum semenjak dibawah pentadbiran kerajaan DAP ?

MMI juga turut di maklumkan oleh pihak-pihak tertentu bahawa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang hari ini hanyalah sekadar nama sahaja kerana fungsi dan peranannya dilihat seolah-olah dikawal atau disekat oleh pihak-pihak tertentu yang sudah tentu mempunyai kuasa tertinggi dalam negeri Pulau Pinang.

Sebagai sebuah kerajaan negeri yang kononnya diterajui oleh Umar Abdul Aziz ini sepatutnya isu-isu seperti ini tidak berlaku.Persoalannya sekali lagi apakah yang dilakukan oleh Malik Kasim sebagai Exco Hal Ehwal Agama kerajaan negeri ? Kemana kelibat beliau disaat rakyat semakin mual dengan sikap kebanyakkan pemimpin kerajaan negeri yang dilihat lebih kepada kepentingan politik daripada berkhidmat untuk rakyat Islam di Pulau Pinang ? 

Isu kertas nombor ekor yang dicetak dengan kertas yang bertulis ayat-ayat suci Al-Quran yang mula dikesan di Balik Pulau ini seharusnya diatasi secepat mungkin oleh pihak kerajaan negeri Pulau Pinang melalui exco agamanya mahupun MAINPP.Apakah kita mahu membiarkan sehingga terdapatnya penjual daging babi menjual daging tersebut dengan dibalut kertas bertulis ayat suci Al-Quran kepada pelanggannya?

Percayalah sensitiviti setiap kaum dan agama perlu dipelihara dengan sebaik-baiknya supaya rakyat dapat menikmati kehidupan dengan lebih selesa,aman dan selamat apatah lagi dinegeri seperti Pulau Pinang ini.

Kesimpulannya adalah kegagalan Malik Kasim dan MAINPP bertindak untuk mengatasi permasalahan ini bermaksud mereka gagal dalam memelihara dan menjaga kesucian agama Islam seperti mana yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat.

Ternyata kerajaan DAP mempergunakan orang-orang Melayu hanya untuk kepentingan politik perkauman mereka.

Sedarlah wahai umat Melayu dan Islam Pulau Pinang!


MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels