Hari ini kecoh satu Pulau Pinang mengatakan AMK Pulau Pinang akan ke Menara UMNO di Jalan Macalister untuk serah surat meminta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang , Datuk Zainal Abidin Osman supaya meletakkan jawatan kerana isu skandal tanah Bayan Mutiara.
MMI yang tak berkesempatan untuk bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain hanya mengikuti perkembangan melalui jaringan blog dan makluman daripada telefon juga tidak senang duduk dengan apa yang berlaku di Menara UMNO.
Namun apa yang menarik berlaku di Menara UMNO adalah Panglima Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang Ir Shaikh Husin Mydin sebenarnya telah sedia menanti kedatangan juak-juak rejim DAP ni.
Paling mengejutkan adalah tindakan dan surat yang diserahkan oleh Amir Ghazali selaku Ketua AMK kepada Ir Shaikh Husin Mydin amatlah memalukan sekali hatta jika dilihat surat tersebut ianya jelas menunjukkan taraf dan maruah AMK sendiri yang amat tidak profesional.
Haha MMI yang melihat surat ini pun ketawa kecil apatah lagi mereka yang menerimanya.Daripada sumber yang MMI perolehi kisahnya bermula dengan surat di sediakan oleh DAP Nibong Tebal.Pada mulanya Puak DAP ni nak serahkan kepada Datuk Zainal sebagai memorandum desakan kiranya DAP nibong tebal nak jadi hero lah , kemudian puak ni call Amir malam semalam untuk serahkan namun Amir kata tak boleh hadir. Tiba-tiba bila sampai di Menara UMNO,puak-puak ni nampak Geng Pemuda UMNO.Amir pun kebetulan hadir pagi ni dan dia call Khairil Anuar Jelutong.Respon dari Khairil Anuar katanya lewat sikit sebab ada hal di Masjid Jamek Jelutong.Sebab tu pagi tadi waktu pemuda UMNO semua dok tunggu depa,bila nampak kelibat Khairil Anuar mai,baru depa yang lain semua mai sekali.Akhirnya dengar kata Khairil Anuar marah teruk kat Amir pasal isu surat nie kah kah kah.
Tu lah buat kerja harapkan orang lain akhirnya yang selamat puak-puak DAP yang malu besar puak-puak AMK.Itulah akibatnya apabila menjadi anjing kepada DAP.
Apa pun MMI nak ucapkan SYABAS kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang yang cukup berani dan steady dalam menangani isu ini.Tahniah juga kerana beliau turut menyediakan surat rasmi daripada Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang untuk menuntut Lim Guan Eng supaya meletakkan jawatan.Dan paling menarik adalah beliau menjadikan AMK yang hadir ke Menara UMNO pagi tadi sebagai budak destpach yang perlu pula menyerahkan surat kepada Lim Guan Eng.
MMI sesekali tak menyesal menjadi ahli pemuda UMNO apatah lagi dengan ketua yang sebegini.Teruskan bro.Klik Sini untuk melihat gambar penyerahan surat dari kedua-dua belah pihak dan surat yang diserahkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang kepada Lim Guan Eng.
Apa pun kita teruskan perjuangan dan jadikan apa yang berlaku pagi tadi sebagai salah satu rancangan lawak di pagi hari oleh AMK.
Psssttt Ingat nak jumpa Amir Ghazali nak minta tolong dia buat surat pasal nak ucap tahniah kepada Ir Shaikh Husin Mydin,Ada dia nak mau aaa?
MMI.
hahahah ini memang cerita lawak kelmarin. hahahah
ReplyDelete