Followers

Thursday 23 February 2012

Bai'ah Berulang Lagi - Pemimpin Pas Lebih Hebat Dari Tuhan


Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat dari bersumpah, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.

Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai’ah yang dibuat “maka akan celaka dunia dan akhirat”. 

MMI nak mengajak semua untuk refresh semula perkara berkenaan bai'ah ni.Mungkin ada yang dah lupa jom kita ingat balik.


Apa cer bro ? Dulu sampai ke tahap isteri di ceraikan sekarang ni celaka dunia dan akhirat,Persoalannya siapa Hadi Awang yang nak celakakan sesama manusia ni ? Dan paling menyimpang sekali adalah celaka dunia dan akhirat.Bukankah semua tu seolah-olah menyamakan dirinya dengan kuasa Allah SWT ?

Dalam kes dulu sehingga tertalak tiga si isteri sekiranya mengkianati parti maka bagaimana pula nasib Hasan Ali sekarang agaknya ? Bukankah beliau dipecat kerana mengkianati parti ? Apakah alasannya untuk tidak jatuhnya talak tiga kepada isteri si Hasan Ali ini ?

MMI bawakan kenyataan daripada beberapa tokoh agama yang pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan bai'ah Pas sehingga tertalak tiga para isteri ini untuk sama-sama kita renungkan.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata tindakan itu jelas mempersendakan kemuliaan isteri apabila menjadikan pasangan sebagai barang gadaian dan jaminan politik.

"Isteri bukannya barang gadaian dan jaminan, sewaktu hendak kahwin kita ambil dengan cara baik dan kita memperisterikannya dengan perjanjian yang besar di hadapan Tuhan," katanya ketika mengulas mengenai pendedahan beberapa pemimpin Pas melakukan baiah talak tiga yang akan jatuh ke atas isteri wakil rakyatnya yang mengkhianati parti itu termasuk melompat parti. 

Bagi Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, menyifatkan baiah sehingga talak tiga akan jatuh ke atas isteri pemimpin Pas yang melompat parti adalah tidak bertamadun dan boleh menjatuhkan imej Islam.

"Talak juga dibenci oleh Allah, baiah seperti ini adalah budaya orang yang tidak bertamadun. Perempuan mahal harganya dan bukan boleh dijual beli dan bab agama jangan dipolitikkan sehingga isteri menjadi mangsa.

"Sanggupkah dengan politik kita biarkan rumah tangga yang dibina hancur. Bagaimana jika pemimpin itu melompat parti pada usia 65 tahun, sudah punyai ramai cucu, anak dan menantu. Apa yang berlaku jika mereka bercerai, cuba bayangkan," katanya. 

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata, amat malang bagi gerakan yang mengambil Islam teras perjuangan menjadikan baiah itu sebagai dasarnya.

"Dasar ini mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian," kata beliau dalam blognya http://zul4kulim.blogspot.com. 

"Malah ada di antara mereka menceritakan bagaimana mereka sendiri menggigil apabila mengangkat baiah berkenaan.


"Yang paling sedih, ada di antara isteri yang dikehendaki hadir dalam majlis baiah ini menangis dan menggeletar mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi untuk kepentingan politik kepartian yang terlalu sempit dan jumud," katanya. 

Itulah yang berlaku dan masih berlaku dalam sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam.Jelas mereka hanya menggunakan Islam untuk kepentingan survival politik semata-mata.Selebihnya hampa pikiaq sendirilah.


Hadi Awang turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya Pas sudah menyeleweng dari dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan. "Jawapannya, Pas tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, beliau mendakwa negara kebajikan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) berunsurkan rasuah demi kemenangan pilihan raya.

Apa kejadahnya Hadi Awang cakap ni ? Rasanya mungkin dah sampai tahap sakit otak dia ni dek kerana melayan kerenah Nik Aziz yang semakin meroyan dan nyanyok tu.

Negara Kebajikan yang BN laksanakan selama ini dikatakan rasuah,memang hebat Hadi Awang ni tapi pernah ka dia fikir yang selama ni membantu warga tua melalui JKM tu apa dia ? Banyak lagi lah malas cakap dengan puak-puak songsang ni.

Yang ni nak kira macam mana pula 
Yang terbaru antaranya bantuan persekolahan dan BR1M,kerajaan berikan kepada mereka yang layak tanpa mengira fahaman politik contoh seperti gambar diatas apa adakah ianya masih dikira rasuah ? Bagaimana pula pemberian RM100 kepada warga emas di Pulau Pinang apakah ianya dianggap sebagai bantuan ? 

Mamun agaknya Hadi Awang sekarang ni,maklumlah takut diri sendiri pula dipecat oleh Pas.

Apa pun MMI cuma mahu semua untuk membuat penilaian yang sebaik-baiknya adakah Pas masih boleh dianggap sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam ? Apakah mereka masih berada dilandasan yang benar ? fikirlah kerana soal akidah dan bangsa terletak ditangan kita.

MMI.
 

No comments:

Post a Comment

Labels