Followers

Thursday, 9 February 2012

Anwar Dalang ISRAEL - Tidak Layak Menjadi Pemimpin Islam


Kerana mulut badan binasa itulah yang berlaku terhadap seorang manusia bernama Anwar Ibrahim yang dilihat telah tersalah langkah dalam menongkah arus politik yang penuh dengan cabaran.Demi kuasa beliau dilihat semakin merapu dengan kenyataan demi kenyataan yang dibuatnya apatah lagi beliau merupakan seorang pemimpin dalam parti pembangkang di Malaysia.Imejnya telah tercalar dan beliau hari ini terkial-kial untuk mencari alternatif baru untuk meneruskan sisa-sisa perjuangannya bersama Parti Keadilan Rakyat.

Kesilapan paling besar yang dilakukan oleh Anwar adalah menjadikan orang-orang yahudi sebagai rakan beliau.Semua sudah tahu sebenarnya tujuan jalinan persahabatan ini dibina adalah dengan tujuan untuk mendapatkan dana bagi menghadapi kerajaan Barisan Nasional di Malaysia.

Jika dulu beliau dilihat antara pemimpin dalam pembangkang yang terhebat apabila dapat menyatukan 3 parti menjadi satu barisan pembangkang namun hari ini pembentukan dan gandingan 3 parti tersebut jelas mendatangkan banyak masalah bukan saja kepada seluruh rakyat di Malaysia bahkan kepada diri beliau sendiri.

Apa benarkah ini merupakan adunan terbaik untuk rakyat Malaysia ?
Semua dapat melihat bagaimana satu demi satu pemimpin dalam Pakatan Haprak bertindak keluar parti semuanya atas alasan hilang kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim yang diibaratkan sebagai pembohong dan kaki putar belit.Terbaru pula dengan pendedahan penangkapan Hilmi orang yang bertanggungjawab dalam isu gambar bogel Elizabeth Wong yang diberitakan dibiayai sepenuhnya oleh PKR.Apatah lagi dengan isu tidak mahu bersumpah untuk menafikan beliau terlibat dalam perlakuan liwat terhadap Mohd Saiful Bukhari.Banyak lagi jika nak diceritakan namun yang paling penting dengan perkembangan terbaru ini Anwar Ibrahim sememangnya akan gelisah dan terus meracau.


Kenyataan paling kontroversi yang dibuat oleh beliau sendiri dalam The Wall Street Journal menyatakan bahawa beliau menyokong segala usaha untuk mempertahankan ISRAEL ternyata memakan diri sendiri.Ini dapat dilihat apabila rakyat Malaysia sendiri tidak dapat menerima kenyataan tersebut dan melabelkan Anwar sebagai petualang kepada Islam.Rata-rata mesyarakat dunia yang bergama Islam sudah semestinya tidak menerima kenyataan tersebut kerana jelas ISRAEL dan YAHUDI sentiasa memerangi orang-orang Islam di bumi Palestin.

Terbaru wakil perikatan pimpinan Ikhwan Muslimin yang berpangkalan di London, Dr. Azzam Tamimi menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang tidak layak menjadi pemimpin Islam kerana menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam (IIPT) itu berkata, seorang pemimpin Islam tidak seharusnya menyatakan pendirian yang bertentangan dalam kepercayaan umat Islam berhubung isu Palestin.

“Anwar Ibrahim sebagai pendukung perjuangan Islam di Malaysia baru-baru ini dipetik melalui The Wall Street Journal telah memberi sokongan kepada usaha menjaga keselamatan negara Israel.

“Ini adalah tindakan seorang pemimpin Islam yang benar-benar tidak layak memimpin,” katanya melalui entri blognya www.azzamtamimi.blogspot.com.

Beliau turut menggariskan beberapa perkara yang perlu difahami oleh masyarakat dunia berhubung dengan isu Palestin-Israel iaitu :

* Palestin merupakan kawasan Arab Islam yang diserang kuasa Barat yang menubuhkan negara Zionis bagi menyelesaikan masalah Yahudi yang teruk di Eropah.

* Masalah di Palestin tidak berpunca daripada persengketaan antara penganut Islam dan Yahudi kerana kedua-dua komuniti hidup aman sejak berabad lamanya, sebaliknya masalah timbul apabila Zionis menghalau penduduk Palestin dan menubuhkan sebuah negara yang bermusuhan dengan rakyat Palestin.

* Zionis merupakan sebuah entiti rejim yang perkauman (apartheid) yang jelas memberi ancaman kepada manusia sejagat.

* Masyarakat Islam sedia bekerjasama dengan semua bangsa termasuk Amerika Syarikat dan Eropah, namun Islam tidak akan bertoleransi atau memberi pengiktirafan kepada apa yang tidak sah dalam usaha toleransi untuk keamanan.

* Perjanjian damai yang dipersetujui oleh beberapa negara Arab seperti Mesir dan Jordan dengan Zionis di Palestin tidak adil dan tidak sah kerana dilakukan secara tidak demokrasi tanpa mengikut kehendak rakyat. Rakyat negara terbabit seharusnya diberi hak menyatakan pendirian mengenai perjanjian tersebut.

* Masyarakat Islam tidak menerima pengepungan haram yang dikenakan ke atas penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza. Kami tidak mensesiakan sebarang usaha yang boleh mengakhiri pengepungan itu.

Begitu juga pandangan daripada  Setiausaha Pertubuhan Muhammadiyah, Dr. Abdul Mu'ti yang berpendapat, tindakan Anwar itu saling tidak ubah seperti senjata makan tuan.

Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan menyokong segala usaha melindungi Israel merupakan sikap politik yang tidak bijaksana.

Menurut Abdul Mu'ti, seandainya Anwar berpendapat, kenyataan yang dikeluarkan beliau itu semata-mata untuk mendapat sokongan politik daripada Amerika Syarikat, ia merupakan kesilapan politik yang sangat serius.

"Kalau pernyataan itu dimaksudkan untuk mendapatkan dukungan politik daripada Amerika Syarikat, ia merupakan sikap politik yang tidak bijaksana.

"Setiap tokoh politik Islam yang berjuang untuk mendapatkan amanah daripada rakyat harus sentiasa berdasarkan pada prinsip-prinsip dasar ajaran agama Islam," kata Abdul Mu'ti dalam satu temu bual dengan beliau hari ini.

Muhammadiyah merupakan sebuah organisasi Islam yang besar di Indonesia yang mula diasaskan di negara itu pada tahun 1912.

Menurut Abdul Mu'ti, majoriti cendekiawan muslim di Indonesia tidak bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu seperti yang disiarkan dalam akhbar The Wall Street Journal pada hujung bulan lalu.

Abdul Mu'ti menjelaskan, kenyataan Anwar itu juga bukan hanya menyakiti umat Islam bahkan tidak sesuai dengan sikap dan pandangan masyarakat Muslim di seluruh dunia.Berita Penuh 

MMI cuma mahu mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia sekiranya pemimpin dari luar juga turut mengecam tindakan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim apakah kita sebagai rakyat Malaysia yang lebih mengenali siapa Anwar masih terpukau dengan kehebatan berpidatonya ? Apakah kita sebagai orang Islam tidak mempunyai asas keimanan yang kukuh sehinggakan sanggup menerima bulat-bulat apa yang dicanangkan oleh Anwar sebagai betul dan pihak lain sebagai bersalah?

Kepada semua hentikanlah ketaksuban yang tidak membawa apa-apa erti kepada kita sebagai rakyat Malaysia.Apakah kita mahu melihat negara yang kita bina selama ini hancur kerana perbuatan seorang manusia yang hanya gilakan kuasa.

Kepada semua kita perlu hentikan perjuangan sia-sia ini dan kembalilah kepada perjuangan UMNO dan Barisan Nasional yang mempunyai misi dan matlamat yang cukup baik dalam membawa negara dan seluruh rakyatnya menjadi yang terbaik dan insyallah menjelang 2020 kita sama-sama nikmati apa yang sedang diperjuangkan sekarang untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels