Followers

Friday, 10 February 2012

Mampukah UMNO Berubah ? - GTB Kini Di Kesan


Satu ketika dulu diwaktu Tun Abdullah Ahmad Badawi menerajui parti UMNO dan negara Malaysia bermacam-macam fitnah dan tohmahan telah pun dilemparkan kepada YAB Tun.Hinggakan sampai ketelinga setiap rakyat bahawa cara dan tindakan yang diambil oleh Tun dikategorikan sebagai pemimpin lembik.Namun semuanya berubah setelah keputusan pilihanraya 2008 diumumkan apabila Tun dengan begitu tenang dan tawaduk menyerahkan segala jawatan yang disandangnya kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dikala inilah seperti dalam gambar diatas berlakunya satu proses penyerahan kuasa yang cukup teratur dan tertib tanpa ada mana-mana pihak untuk menjatuhkan sesama sendiri.MMI hingga kehari ini apabila melihat gambar diatas akan berasa sebak kerana pelukan diantara dua pemimpin utama negara itu telah membuktikan bahawa orang Melayu sebenarnya boleh bersatu atas nama bangsa,agama dan negara.

MMI akui negara dibawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi melahirkan sedikit kegusaran atau satu perasaan kurang keyakinan kepada rakyat untuk melihat Malaysia terus maju.Namun semua itu berubah apabila tampuk kuasa telah diserahkan kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memimpin Malaysia khususnya parti UMNO.

Terima kasih kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana pernah memimpin kami rakyat Malaysia dan segala jasa mu tak akan kami lupa sampai bila-bila.Inilah budaya terbaik yang telah ditunjukkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana beliau sebagai seorang Perdana Menteri dan Presiden UMNO ketika itu  sanggup untuk melepaskan jawatannya demi untuk melihat perjuangan UMNO dan Barisan Nasional terus mampu menjadi wadah terbaik kepada rakyat.

Kesannya apabila hari ini negara dibawah pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai program melibatkan negara,politik dan rakyat yang menjadi fokus utama telah dapat menarik dan mengembalikan sokongan mereka-mereka yang dulunya tidak bersama UMNO dan Barisan Nasional.Alhamdulillah jika dilihat kepada gerak kerja yang dilakukan dan yang akan dilakukan,MMI percaya seluruh rakyat dan negara akan beroleh kejayaan pasti.

Namun yang menjadi halangan atau kelewatan kepada apa yang telah disusun dan dirancang adalah sikap orang-orang UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri.Hari ini telah wujud satu kumpulan yang digelar sebagai GTB atau dalam maksud penuhnya Geng Tolak Bahagian.Bagi MMI ianya bukan saja dimaksudkan sebagai Geng Tolak Bahagian malah boleh dianggap sebagai Geng Tolak Bersatu.Kenapa semua ini berlaku ? Inilah permasalahan yang MMI rasakan perlu diselesaikan agar segala perancangan dan persediaan terutamanya bagi menghadapi PRU Ke-13 dapat dijayakan dengan mencatat keputusan yang cemerlang.



Penyakit ini perlu diubati secepat mungkin kerana ianya bakal menjadi barah yang mampu merosakkan struktur parti dan masyarakat UMNO itu sendiri.

Pemimpin UMNO di setiap bahagian perlu turun padang dan bertemu dengan ahli bagi menangani sindrom Geng Tolak Bahagian (GTB).

Ketua Pemuda UMNO negeri, Ir. Shaik Hussein Mydin berkata, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk berbincang dan menyelesaikan masalah tersebut.

Menurutnya, keadaan sedemikian mungkin wujud disebabkan golongan berkenaan kecewa dengan tindakan atau sikap pemimpin utama bahagian itu sendiri.

"Kita tidak boleh sombong dan menunggu GTB datang kepada kita. Kita perlu bersemuka dengan mereka.

"Pemuda UMNO negeri yakin jika semua pemimpin utama bahagian mempraktikkan sifat pemaaf dan bertoleransi, maka GTB akan bertukar membawa maksud Geng Terima Bahagian".

Semalam, Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya memberi amaran mengenai kewujudan GTB di setiap bahagian.

Kumpulan tersebut dianggotai oleh ahli-ahli UMNO sendiri yang cuba memboikot atau mensabotaj bahagian masing-masing jika 'orang mereka' tidak dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum nanti.

Pergerakan kumpulan berkenaan kini dikesan di beberapa bahagian di negeri ini.

Amaran ini bukannya sengaja direka-reka diwaktu atau masa yang dilihat semakin hampir dengan tarikh pilihanraya namun itulah hakikatnya yang perlu diterima oleh seluruh ahli UMNO untuk melihat parti dan perjuangan ini terus kekal dan dapat diwariskan kepada generasi pewaris selepas kita.

Kepada mereka-mereka diluar sana dan yang terlibat hentikanlah perbuatan yang ternyata sia-sia ini.Percayalah dibawah satu bumbung sebagai sebuah parti kita seharusnya menghormati arahan dan saranan YAB Presiden UMNO untuk melihat semua ahlinya mengamalkan sikap bertoleransi dan menerima keputusan pucuk pimpinan parti dan semua ini dilakukan semata-mata untuk melihat UMNO terus kekal relevan.

Sebagai ahli UMNO seharusnya perasaan malu itu timbul sekiranya kita sebahagian daripada mereka yang dilabelkan sebagai GTB dan percayalah segala usaha itu semua sia-sia belaka dan tidak menguntungkan mana-mana pihak malah membuka ruang kepada pihak pembangkang untuk mencuri kesempatan.

Walaupun GTB ini tidak seramai mereka yang berprinsip dan berpendirian kita harus melihatnya sebagai satu perkara yang cukup membahayakan dan mampu merebahkan perjuangan UMNO yang selama lebih dari 50 tahun kita pertahankan.

Ayuh Hentikan Spekulasi Kerja Untuk Parti !

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels