Sedar atau tidak Lynas telah menyebabkan orang Melayu Pulau Pinang bertumbuk dengan Cina Pulau Pinang.Bayangkanlah jika melihat dimana tempat pembinaan kilang ini dan jaraknya dari Pulau Pinang yang berada di Pahang sudah tentu satu perkara bodoh yang telah dilakukan oleh mereka-mereka yang bertindak sampai terpaksa menganggung kesakitan akibat lebam dipukul dan sebagainya.
Apa kesannya Lynas kepada orang Pulau Pinang sedangkan ianya dibina di Pahang.apakah Lynas ini merupakan sebuah reaktor nuklear seperti mana yang terdapat di negara Jepun dan negara-negara lain di dunia?
Bermacam-macam isu telah kita dengar berkenaan hal ini hinggalah diadakan pula perhimpunan hijau yang kononnya mahu menyelamatkan Malaysia daripada radioaktif dan bahan-bahan yang sewaktu dengannya.Maka berkumpullah kumpulan-kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai rakyat Malaysia yang prihatin berdemo dengan terdiri daripada pelbagai bangsa dan umur.Soalnya sejauh mana mereka -mereka ini faham akan Lynas ini ?
Kepada yang membaca artikel ini fahamkah kamu apa itu nadir bumi ? Apa yang akan dilakukan oleh kilang Lynas nanti ? Apakah bahan yang akan diproses hinggakan dikatakan mampu mengeluarkan radioaktif yang membahayakan manusia ? Apakah kilang Lynas ini hanya memperoses bahan tanpa mengeluarkan bahan-bahan yang selalunya dilakukan oleh mana-mana kilang bagi menjalankan perniagaan ? Sejauh mana bahayanya radioaktif yang diwar-warkan oleh pihak-pihak tertentu sehinggakan kenyataan dan siasatan yang dijalankan oleh badan bebas yang dilantik oleh kerajaan Malaysia tidak boleh diterima pakai ? Banyak lagilah persoalan dan tuduhan yang dibuat oleh pihak-pihak yang sebenarnya didalangi oleh juak-juak pembangkang semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka.
Jangan risau , kali ini MMI bawakan penjelasan berkenaan Lynas termasuk semuanya yang sewaktu dengannya.Secara jujur MMI bukan dalam bidang ini namun MMI bawakan penjelasan dan keterangan yang cukup baik dan mudah difahami oleh mereka yang membacanya.
So berikan sedikit masa kita tour hasil tulisan dan penerangan oleh Sdr Yazid Yunus yang arif berkenaan hal-hal berkaitan melalui laman blognya unclearengineer.blogspot.com , Jom ..
Terdahulu saya ada berjanji akan menulis tentang isu Lynas yang di bincangkan antara Raja Datuk Abd Aziz (Ketua Pengarah, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom), Prof Dr. Abd Aziz Tajuddin (Pengarah, Kampus Kejuruteraan, USM) dan saya.
Kami bertiga bersetuju bahawa isu Lynas ini telah menjadi isu politik di mana kumpulan yang menyokong dan menentang mengambil pihak berdasarkan kepada perkiraan politik semata-mata. Walau bagaimana pun, tindakan MCA sebuah parti komponen BN mempersoalkan projek tersebut nampak terkeluar dari norma politik tanah air.
Secara amnya, penentangan kepada projek tersebut mungkin akan dapat dikurangkan jika pihak yang terlibat dalam meluluskan projek ini serta Syarikat Lynas bertindak lebih “transparent” sejak dari awal lagi. Maklumat yang tepat dengan mengadakan perbincangan terbuka (public hearing) antara penduduk sekitaran tapak dan Lynas mungkin akan dapat mententeramkan sedikit kebimbangan. Mungkin ini akan melewatkan sedikit pembangunan projek tersebut tapi rakyat perlu diberikan sedikit peluang untuk berdialog dan merasa bahawa kepentingan mereka di ambilkira dalam keputusan akhir.
Saya juga ada bertanya dengan Raja Datuk Aziz mengapa kesemua pakar yang di pilih merupakan pakar dari negara luar negara sahaja. Penjelasan beliau ialah bagi memperlihatkan “independent and internationally recognised expert opinion” maka Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) terpaksa menolak pakar dari Australia (Lynas adalah sebuah syarikat Australia), Malaysia dan juga China (ini kerana China merupakan pengeluar terbesar unsur nadir bumi dan mungkin akan tertekan untuk membuat keputusan yang akan menguntungkan negara China). Jika dilihat dari komposisi negara pakar-pakar yang dilantik, kebanyakan nya adalah dari negara yang tidak mempunyai kepentingan dengan kejayaan mahupun kegagalan projek Lynas ini. Ini merupakan sesuatu yang positif kerana ia memperlihatkan bahawa kerajaan Malaysia benar-benar mahu mendapatkan nasihat professional yang bebas.Klik Sini untuk berita penuh.
MMI-Dalam keterangan tersebut beliau juga diaju beberapa soalan yang MMI rasakan perlu diketahui dan dimaklumkan kepada semua.Jadi Jom Continue Tour..
MENJAWAB SOALAN SAUDARA DP MENGENAI LYNAS
Saudara DP
Maaf kerana lambat jawab. Pertama kerana saya sibuk dengan kerja saya dan kedua saya ada perkara lain yang sedang bermain di kepala. Jadi isu lepas seperti Lynas ni dah rasa macam tak ada “kick” lagi untuk diulas. Mungkin lepas keluar laporan pakar IAEA nanti, saya akan ada mood untuk menulis kembali. Walau bagaimana pun saya cuba menjawab soalan saudara setakat yang boleh.
Apakah pandangan En berkenaan Asian Rare Earth Plant(ARE) yang pernah beroperasi di Bukit Merah, Perak suatu masa dahulu? Adakah ianya suatu operasi yang dianggap selamat pada waktu itu? Apakah pandangan En terhadap tahap keselamatan ARE sekarang?
Asian Rare Earth (ARE), Ipoh – isu ARE ni isu lama. Saya masih ingat lagi kerana masa itu saya masih berkhidmat di PUSPATI, Bangi. Dari segi teknikalnya saya rasa ARE tidaklah begitu membahayakan seperti yang di gembar gemborkan.
Unsur nadi bumi bukan bahan radiokatif. Bagaimanapun unsur ini selalunya terdapat bersama-sama dengan bahan uranium dan thorium yang mengeluarkan radiasi paras rendah. Unsur-unsur thorium dan uranium inilah yang menyeababkan proses pengeluran unsur nadir bumi ini perlu di kawal supaya radiasi dari bahan mentah tersebut tidak menjadi masaalah kepada pekerja dan penduduk sekitarnya.
Apa yang berlaku di Ipoh ialah ARE memproses bahan buangan dari industri perlombongan bijih timah. Bahan buangan seperti ini memang banyak bertimbun di kawasan Ipoh sendiri. Logiknya macam mana ia mampu membahayakan penduduk begitu rupa jika asalnya dari tanah yang di duduki oleh orang ramai.
Untuk makluman sehingga kini banyak rumah di Ipoh yang didirikan di atas timbunan bahan buangan ini. Ipoh sendiri merupakan antara bandaraya yang mempunyai paras sinaran latarbelakang (background radiation) antara yang tertinggi di Malaysia. Walau bagaimana pun saya tidak membaca data dari kajian saintifik yang mengatakan kadar berlaku kanser di Ipoh antara yang tertinggi di Malaysia.
Apakah boleh kita kata bahan buangan industri bijih timah ini yang kemudiannya di proses smula oleh ARE untuk mendapatkan nadir bumi (rare earth) merbahaya?
Saya amat tertarik dengan laporan oleh Karam Singh Walia dalam Buletin Berita 8:00 malam di TV3 mengenai dengan paras radiasi latarbelakng (background radiation) di berapa tempat di Malaysia. Kalau ada dalam youtube, mungkin saudara boleh lihat untuk memberikan perspektif yang lebih seimbang dalam isu ini.
Protes terhadap ARE telahpun dibawa ke mahkamah dan keputusan telah di buat untuk ARE memberhentikan operasinya. Itu keputusan mahkamah dan kita akur dengan keputusan itu. Samada keputusan itu tepat atau tidak, ARE telah mengambil keputusan untuk mematuhi segala arahan mahkamah. Saya di maklumkan bahawa kerja-kerja pembersihan di kilang ARE telah dijalankan seperti yang dikehendaki mahkamah. Sebagai organisasi korporat, pemegang saham ARE telah membelanjakan beratus juta ringgit bagi memastikan keadaan di sekitar kilang ARE tersebut di “pulihkan” ke keadaan normal.Klik Sini untuk maklumat penuh.
Satu pesanan MMI kepada semua baca sekali komen-komen dan persoalan yang diajukan oleh pembaca dalam blog milik Yazit Yunus kerana beliau telah menjawab dengan begitu baik dan dapat difahami oleh semua pihak.
MMI mahu berkongsi maklumat ini bersama semua kerana kita perlu tahu setiap perkara yang dimainkan oleh pihak pembangkang selalunya tidak akan dijelas secara penuh dan ianya bertujuan untuk memburuk-burukkan kerajaan terutamanya UMNO dan Barisan Nasional.
Kepada semua nilailah melalui bahan ilmiah ini supaya kita tidak menjadi sebahagian daripada mereka-mereka yang hanya mengikut telunjuk mereka-mereka yang berniat jahat.
Terima kasih kepada Mezone,semuanya bermula dari saudara.
MMI.
No comments:
Post a Comment